Oleh : TS LOO Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, berlaku kejadian gempa bumi kuat 6.4 magnitud menggegarkan tengah Itali awal pagi ini berhampiran bandar raya Perugia. Gempa bumi di lokasi 76 kilometer ke tenggara Perugia, berlaku jam 3.36 pagi waktu tempatan (0136 GMT) dan dirasakan sehingga Rome. Ia juga amat cetek, iaitu pada kedalaman 10 kilometer sahaja. Setakat ini masih belum ada sebarang kematian dilaporkan media tempatan. Bagaimana pun, difahamkan penduduk di kawasan sekitar telah diarah keluar sementara waktu.-CARI
Sumber berita : Reuters |
ADVERTISEMENT