CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Maut Akibat Gempa Bumi Kuat Berhampiran Christchurch, New Zealand

14-11-2016 11:43 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6207| Komen: 38

Description: Menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi sekuat berukuran 7.8 pada skala Richter telah berlaku di 93 km timur laut Christchurch, New Zealand.

sumber foto: internet

Menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter telah berlaku di 93 km timur laut Christchurch, New Zealand.

Pasukan penyelamat di New Zealand berusaha untuk sampai ke kawasan pusat gempa bumi.

Selain itu, Pertahan Awam New Zealand juga telah mengeluarkan amaran tsunami di kawasan pantai selatan.

Menurut laporan CNN, ianya antara yang paling kuat pernah direkodkan di negara Pasifik Selatan itu, berlaku sejurus selepas tengah malam berhampiran bandar Kaikoura di Pulau Selatan. 

Perdana Menteri, John Key mengesahkan dua orang meninggal dunia dan berkata "kita tidak boleh menolak" angka kematian akan meningkat. 


"Pada masa ini kami tidak dapat memberikan maklumat terperinci mengenai apa yang menyebabkan kematian berkenaan."


Seorang mangsa terbunuh di kawasan terpencil kira-kira 150 kilometer ke utara Christchurch manakala mangsa kedua maut apabila kediamannya di Kaikoura runtuh.

Bekalan letrik turut terputus berikutan gempa bumi tersebut.

New Zealand yang terletak di sempadan plat tektonik Australia dan Pasifik, iaitu membentuk sebahagian daripada zon Lingkaran Api, mengalami kira-kira 15,000 gegaran setahun.- CARI

sumber foto: http://edition.cnn.com
sumber foto: http://edition.cnn.com
sumber foto: http://edition.cnn.com
sumber foto: http://edition.cnn.com
sumber foto:  http://edition.cnn.com


9

Bagus
19

Marah
7

Terkejut
13

Sedih
10

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (70 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acik.Kepam 13-11-2016 10:09 PM
semua ummah2 kokesen dan polynesian/maori kat sana semuanya selamat.
Quote MissNigga 13-11-2016 10:10 PM
New Zealand, 13 Nov - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 7.5 melanda New Zealand kira-kira 12.02 pagi waktum tempatan.

Gempa itu berpusat dekat Hammer Springs dan berkedalaman 16km.

Pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran tsunami dan mengesahkan gelombang tsunami pertama sudah dalam pemprosesan.

Gelombang dikesan oleh alat pengukur tsunami Geonet.

Satu pengukur di Kaikoura yang dikedudukan 181 km utara Christchurch mengesan satu gelombang berukuran 2 meter.

Pihak berkuasa juga telah mengarahkan orang awam di kawasan yang terlibat untuk pergi ke kawasan tinggi bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Sementara itu, rakaman kejadian gempa yang dimuat naik online merakamkan bagaimana bangunan runtuh akibat gempa itu.



Quote PongKang 13-11-2016 10:33 PM
siannya.. hopefully sumanya selamat
Quote kecimpret 13-11-2016 10:35 PM
Pray for NZ..lps tgk sendiri bangunan runtuh sbb gempa kat christchurch, terus insaf dan syukurrr
Quote fishcracker 13-11-2016 10:36 PM
kuat 7.5 tu,moga semuanya selamat
Quote bungarose 13-11-2016 10:39 PM
Prayfornz
Negara yg cantik n nyaman
Quote insulin 13-11-2016 10:51 PM
Semoga rakyat NZ selamat dalam kejadian gempa bumi ni. Agak kuat juga ukurannya tu.
Quote ellejo 13-11-2016 11:10 PM
Besfren i ada travel kat sana, hari2 sheols report kat i mana dia pegi sebab dia tak kawen lagi, anak yatim. So hanya member tempat bergantung.
Now i whatsapp sheols tak delivered pun.

I tak penah riso begini mcm hilang anak pulak
Quote taikor 13-11-2016 11:15 PM
ellejo replied at 13-11-2016 11:10 PM
Besfren i ada travel kat sana, hari2 sheols report kat i mana dia pegi sebab dia tak kawen lagi, ana ...

mungkin line terputus. semoga begitu lah
Quote chazey 13-11-2016 11:17 PM
ellejo replied at 13-11-2016 11:10 PM
Besfren i ada travel kat sana, hari2 sheols report kat i mana dia pegi sebab dia tak kawen lagi, ana ...

Semoga sheol selamat. 7.5 tu kalau kita yang kena pun memang ingat mati saja.
Quote EJALTI 13-11-2016 11:32 PM
#prayforNZ
Quote EJALTI 13-11-2016 11:33 PM
ellejo replied at 13-11-2016 03:10 PM
Besfren i ada travel kat sana, hari2 sheols report kat i mana dia pegi sebab dia tak kawen lagi, ana ...

Moga besfren uols selamat...Aminnnnn...
Quote awanearisu 13-11-2016 11:39 PM
Edited by awanearisu at 13-11-2016 11:40 PM

Nov 13 2016 11:28 PM
Latest from the ministry:

National Warning: NO CHANGE Tsunami – Threat to Marine and Land Areas

Issued 0420 hours 14 November 2016


The Ministry of Civil Defence & Emergency Management (MCDEM) has issued a tsunami warning (marine and land threat) from East Cape to Southland, including Wellington (which also includes the Cook Straight area), Marlborough Sounds/Tasman Bay and the Chatham Islands, and a marine threat for all other New Zealand coastal areas.  See the attached map for affected areas.

More Detail
Areas under ‘Marine and Land Threat’ can also expect a threat of coastal inundation to land areas near the shore. Current assessments indicate that wave amplitudes of up to 3-5 metres along the coastlines closest to the earthquake epicentre (estimated from Blenheim to Banks Peninsula, and also including the Chatham Islands) can be expected in some areas (see attached map).   The remainder of the east coast can expect wave amplitudes of up to 1-3 metres.

Maklumat selanjutnya:
http://m.nzherald.co.nz/nz/news/ ... p;objectid=11747414
Quote awanearisu 13-11-2016 11:42 PM
Di twitter banyak perkembangan terkini. Cari #eqnz
Quote eyansss 14-11-2016 12:01 AM
ellejo replied at 13-11-2016 11:10 PM
Besfren i ada travel kat sana, hari2 sheols report kat i mana dia pegi sebab dia tak kawen lagi, ana ...

doakan yang baik2...  rasanya line terputus tu sebab tu tak deliver msg ko...
Quote dodolgemok 14-11-2016 12:20 AM
Innalillah... moga aman2 di sana yah. Harap tiada tsunami besar
Quote Acik.Kepam 14-11-2016 01:14 AM
Edited by Acik.Kepam at 14-11-2016 01:16 AM
ellejo replied at 13-11-2016 11:10 PM
Besfren i ada travel kat sana, hari2 sheols report kat i mana dia pegi sebab dia tak kawen lagi, ana ...

new zealand itu luas, dan gempa bumi ini jenis konsep setempat jah dek.
so tak semestinya terkesan pun walaupun berada di negara yang sama.kejadian pun berlaku tengah malam, sah sah la heshe dah menggelupor tengah tidur.



Quote God_Eater_4 14-11-2016 01:18 AM
mungkin miniskirt mengakibatkan gempa bumi di new zealand   
Quote pyropura 14-11-2016 02:09 AM
Christchurch lagi... South island cantik, tapi .....

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.052156 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top