Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata adalah menyedihkan melihat kebanyakan rakyat negara ini kurang semangat patriotisme dalam meraikan Hari Kebangsaan ke-59 tahun ini. Semangat itu perlu ditingkatkan kerana rakyat dilihat sambil lewa dalam menyambut Bulan Kebangsaan negara. “Di Malaysia, setiap tahun kita berikan bendera namun, sebilangan jumlahnya tidak dipakai atau dilekatkan di kenderaan masing-masing. “Ini adalah inisiatif kerajaan memberikan Jalur Gemilang kepada masyarakat untuk menyemarakkan Hari Kebangsaan,” katanya ketika berucap melancarkan Kibaran Sejuta Jalur Gemilang 2016 serta Program Menghias dan Persembahan Kelas Sempena Sambutan Kebangsaan di sini semalam. Beliau berkata demi menghayati erti kemerdekaan yang dikecapi negara, rakyat haruslah mempunyai sikap sayangkan negara. Tengku Adnan berkata sikap rakyat negara ini berbeza dengan rakyat Indonesia yang saban tahun menyimpan bendera yang diberikan kepada mereka supaya boleh digunakan pada sambutan tahun seterusnya. Terdahulu, Kabinet telah bersetuju untuk mengekalkan tema, logo dan lagu sambutan kemerdekaan pada tahun lepas untuk digunakan semula pada tahun ini. - CARI
Sumber - Bernama |
22
Bagus |
29
Marah |
28
Terkejut |
19
Sedih |
18
Lawak |
31
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Glass_shoes replied at 18-8-2016 08:37 AM
Bini ngn anak dia nak x kibar bendera malaysia?
shi_jewel replied at 18-8-2016 12:27 PM
Patriotik iol bukan diukur dgn kibaran bendera, tp lebih kpd jaga nama baik negara...
pyropura replied at 18-8-2016 12:45 PM
..ni gambor fotoshop, biasanya cina kan suka bendera kuminis & tak patriotik ... @zekMR
ht ...
ADVERTISEMENT