Oleh : TS LOO Kemaskini : 0945 (16/8/2016) Tahniah, Beregu Malaysia Berjaya Mara Ke Final Selepas Menumpaskan Beregu China
Dalam Pertarungan Tiga Set. Tahniah, beregu lelaki negara Goh V Shem dan Tan Wee Kiong berjaya layak peringakat akhir acara badminton Sukan Olimpik Rio 2016 dengan kemenangan penuh bergaya 21-18, 12-21, 21 17.
Lawan yang mereka akan temui samada pasangan dari China juga iaitu Fu HaiFeng & Zhang Nan atau Pasangan dari Britain iaitu Marcus Ellis & Chris Langridge yang akan bertarung selepas habis perlawanan mereka. Kemaskini : 0920 (16/8/2016) Set Kedua Menjadi Milik Pasangan China 21-12 Dalam set kedua pasangan China kelihatan mengambil tindakan yang lebih agresif dan berjaya tundukkan beregu Malaysia dengan mata 21-12 Kemaskini : 0850 (16/8/2016) Malaysia Menang Set Pertama 21-18 Malaysia berjaya menewaskan pasangan China di set pertama dengan mata 21-18 mengambil masa kira-kira 25 minit. Kemaskini : 0700 (16/8/2016) Badminton Beregu Lelaki Separuh Akhir ( M'sia vs China) Pada jam 8 malam ini, aksi separuh akhir acara badminton beregu lelaki Sukan Olimpik Rio 2016 antara Malaysia dengan China bakal berlangsung di Pavillion 4 Riocentro. Terdahulu beregu lelaki negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong berjaya mara ke separuh akhir selepas menundukkan pasangan dari Korea Selatan pada Ahad lalu. V Shem dan Wee Kiong terpaksa bekerja keras selama 89 minit untuk membuat kejutan menundukkan beregu dari Korea itu dalam perlawanan yang berlarutan sehingga tiga set, dengan mata 17-21, 21-18 dan 21-19. Nantikan perkembangan selanjutnya.- CARI sumber info: Bernama
|
16
Bagus |
12
Marah |
20
Terkejut |
22
Sedih |
20
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kemaruk replied at 16-8-2016 07:20 PM
beregu china tu yang mana ye?? fu haifeng ke?
ADVERTISEMENT