Oleh: TS LOO
Kelmarin, seorang peniaga di sebuah pusat beli-belah di Kota Bharu, Kelantan dikenakan kompaun berikutan masalah poster iklan. Menurut pekerja kedai terbabit, pada 26hb Julai, pegawai Majlis Perbandaran Kota Bharu mengenakan kompaun sebanyak RM150 dengan alasan model yang ditunjukkan dalam poster iklan yang dipaparkan dalam kedai tidak memakai tudung. Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Bharu turut mengesahkan tindakan mengenakan kompaun ke atas kedai terbabit, sekaligus menegaskan pihak MPKB akan membuat pemantauan yang ketat berhubung garis panduan yang ditetapkan dalam penggunaan poster iklan. Pada bulan lepas, dalam pusat membeli belah yang sama terdapat juga sebuah kedai jam yang turut dikenakan kompaun akibat wanita yang muncul dalam poster iklan dikatakan kelihatan seksi.
Sehubungan itu, menurut Setiausaha MCA Kelantan, Datuk Lua Choon Hann yang dipetik The Star Online tindakan MPKB itu adalah bukti undang-undang syariah turut memberi kesan kepada orang bukan Islam. Tambah beliau, dakwaan PAS selama ini kononnya undang-undang syariah tidak akan dikuatkuasakan ke atas golongan bukan Islam tidak benar.- CARI sumber info: mstar |
29
Bagus |
17
Marah |
34
Terkejut |
18
Sedih |
37
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
shi_jewel replied at 10-8-2016 11:04 AM
kadang2 manusia saja je menyusahkan diri sendiri ttg hal agama.
agama itu kan memudahkan, tp tidak ...
ADVERTISEMENT