Oleh : TS LOO
Kelmarin, berlakunya satu kejadian di luar jangkaan di sebuah zoo yang bertempat di Rabat, ibu kota Morocco. Seorang kanak-kanak berumur 7 tahun maut terkena batu ketika seekor gajah sedang mengamuk. Difahamkan kematian kanak-kanak tersebut berpunca dari seketul batu yang tercampak selepas di libas dengan belalai gajah dan terkena tepat pada bahagian belakang kepala mangsa. Sejurus kejadian, kanak-kanak itu pengsan dan segera dikejar ke hospital. Malangnya mangsa didapati telah meninggal dunia dalam ketika dalam perjalanan ke hospital. Ketika kejadian, kanak-kanak terbabit dikatakan sedang mengambil gambar di tepi kawasan gajah berehat. Tanpa diduga seekor gajah tiba-tiba mengangkat seketul batu dengan belalainya dan membaling ke arah mangsa.
Salah seorang saksi telah memuat naik rakaman visual kejadian di media sosial. Paparan visual jelas kelihatan, batu yang terkena kepala kanak-kanak itu berlumuran darah, keadaan amat mengerikan. Jurucakap pihak zoo menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa, dan mengesahkan mangsa tidak melanggar peraturan zoo kerana tidak memanjat pengadang keselamatan. " Kejadian tersebut boleh dikatakan agak luar biasa dan di luar jangkaan, taman zoo yang lain juga pernah berlaku kemalangan seumpama ini."- CARI sumber info: www.bbc.com/
|
13
Bagus |
23
Marah |
22
Terkejut |
17
Sedih |
13
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT