CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Maut, 15 Penumpang Cedera, Bas Persiaran Terbalik Di Genting Highland

28-7-2016 09:40 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5059| Komen: 20

Oleh : TS LOO




Kelmarin kira-kira jam 7.15 malam, sebuah bas persiaran yang membawa 25 penumpang dipercayai hilang kawalan dan terbabas berhampiran pos kawalan keselamatan 1 iaitu di kilometer 17.2 jalan turun Genting Highlands.

Akibat kejadian itu, pemandu bas berkenaan maut di lokasi kejadian, manakala 15 penumpang pelancong China cedera.

Pemandu bas yang maut dikenal pasti sebagai Tan Ching Kok, 50, berasal dari Taman Bandar Baru, Kampar, Perak.
 
Jurucakap bomba Genting Highlands, berkata pihaknya yang menerima laporan pada jam 7.19 malam mengambil masa beberapa minit untuk mengeluarkan pemandu bas yang tersepit dan disahkan meninggal dunia. 


"Penumpang yang cedera di hantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), manakala penumpang lain yang tidak mengalami kecederaan dihantar pulang ke hotel." 

Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor, ketika kemalangan bas berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur.

Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung punca kemalangan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- CARI



sumber : Bernama
7

Bagus
19

Marah
7

Terkejut
10

Sedih
15

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote oppol 28-7-2016 09:52 AM
Lagi lagi dan lagi...
Quote Modngengade 28-7-2016 09:56 AM
nasib baik yg mampus tu pemandu.....
Quote rosasa 28-7-2016 09:57 AM
mari kita tengok, adakah ummah akan bersyukur driver yang mati instead of passenger
Quote CrowneGlory 28-7-2016 09:57 AM
tiap2 tahun ada je kes mcm ni terjadi... harus ditutup jah genting tu...
Quote Lina66 28-7-2016 10:00 AM
Adekah pemandu drive dgn laju?
Quote chinta89 28-7-2016 10:01 AM
masih terbayang2 kes bas jatuh gaung di genting bbrpa tahun lps.. yg aku rse sepanjang ak hidup ni, dalam byk2 kes genting, yg tu la skeri...
Quote MamaMima711 28-7-2016 10:07 AM
chinta89 replied at 28-7-2016 10:01 AM
masih terbayang2 kes bas jatuh gaung di genting bbrpa tahun lps.. yg aku rse sepanjang ak hidup ni,  ...

Kan..pastu akhbar lak siar gmbr penumpang maut bertindih2 tu.kesian sgt
Quote aHoi83 28-7-2016 10:07 AM
Dekat ayat yg di bold kan itu kenapa wartawan cari gantikan huruf "p" dengan "smiley" ???
Quote chinta89 28-7-2016 10:11 AM
aHoi83 replied at 28-7-2016 10:07 AM
Dekat ayat yg di bold kan itu kenapa wartawan cari gantikan huruf "p" dengan "smiley" ???

Bukan dia gantikan dengan smiley tp jd auto sb gabungan huruf dan ape ntah satu lg.. iols penah jd gtu. org jd salah paham pulek.... huruf P dan simbol ;


erk sori ahoi x reti i nk explain .. x tau la kot dia mmg gantikan  ngn smiley tp iols rse bukan dia sengaja.
Quote haryatie 28-7-2016 10:13 AM
selalu sgtt, takutnya
Quote aHoi83 28-7-2016 10:15 AM
chinta89 replied at 28-7-2016 10:11 AM
Bukan dia gantikan dengan smiley tp jd auto sb gabungan huruf dan ape ntah satu lg.. iols penah jd ...

Heheh terjadi dekat ayat yg di boldkan plak tu. Sahla wartawan cari pun tk review blk ape yg dia post  
Quote pooh~key 28-7-2016 10:25 AM
CrowneGlory replied at 28-7-2016 09:57 AM
tiap2 tahun ada je kes mcm ni terjadi... harus ditutup jah genting tu...

Bas yang sial, genting pula yang kena tutup.  
Quote chinta89 28-7-2016 10:38 AM
aHoi83 replied at 28-7-2016 10:15 AM
Heheh terjadi dekat ayat yg di boldkan plak tu. Sahla wartawan cari pun tk review blk ape yg dia p ...

wartawan cari ni satu hal, kdg2 bukak thread yg dh dibukak porumer. n yg lg buat i geleng kepala berita tu dh basi bbrpa mgu ke belakang

sori ter OT jap
Quote aHoi83 28-7-2016 10:43 AM
chinta89 replied at 28-7-2016 10:38 AM
wartawan cari ni satu hal, kdg2 bukak thread yg dh dibukak porumer. n yg lg buat i geleng kepala b ...

I rase wartawan cari hadap collect tacang credit kot  
Quote Artemesiaa 28-7-2016 11:34 AM
Hilang kawalan akibat bawak laju ke memang bas tak diselengarakan dengan baik sebelum bawa penumpang
Quote kiambang 28-7-2016 02:14 PM
Selalu  yang terjadi break x makan.. cameron highland pun srlalu ada kes.. seriau naik bas ke tanah tinggi.. laju nak mampus bawak..
Quote -electrifying- 28-7-2016 04:59 PM
bahaya... xsggop gua g sne nek bas
Quote awaynepian 28-7-2016 06:13 PM
Dua thn lepas pi genting ..diorang tgh bina outdoor park tu...wooohoo menakutkan..dgn piling bagai...ummah pulak berpusu2...dibuatnya runtuh...wallahu..
Quote GhostWalking 28-7-2016 06:15 PM
http://mforum.cari.com.my/forum. ... 011154&mobile=2

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.082654 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top