Oleh: TS LOO Demi tujuan advokasi terhadap keselamatan trafik, baru-baru ini kerajaan negeri Victoria, Australia memperkenalkan duta keselamatan jalanraya terbaru bergelar "Lelaki Paling Kuat Di Dunia" yang memiliki ciri-ciri fizikal badan yang mampu mempertahankan diri daripada kemalangan: dada yang besar, bentuk muka yang kembung dan sebagainya.
Graham , adalah patung arca yang dibentukan oleh tukang arca yang terkemuka dari Melbourne bernama Patricia Piccinini setelah memohon pandangan daripada surgeon atau pakar bedah, pakar siasatan hal-hal kemalangan.
Bagi menanggung hentakan kuat akibat kelajuan semasa kemalangan, Graham tersebut memiliki rupa luaran yang sangat aneh. Antaranya berkepala besar dan berbentuk cacat, tiada leher bagi melindungi otak dan tulang belakang di bahagian leher. Memiliki bahagian dada yang besar dengan tertumbuhnya enam pasang buah dada yang bertindak sebagai 'airbag' untuk melindungi bahagian jantung. Selain itu, Graham juga mempunyai kulit yang lebih kasar dan tebal daripada orang biasa bagi mengelakan dilukai dan memiliki kaki yang kuat serta bahagian sendi yang melenting supaya dapat lompat ketika kemalangan berlaku. Graham dihasilkan adalah digunakan untuk mengingatkan orang ramai kecederaan yang akan dialami akibat kemalangan dan betapa lemahnya tubuh badan manusia. Sekolah dan pusat pengajian tempatan rata-rata mengaturkan aktiviti-aktiviti yang memberi peluang para pelajar mengalami sendiri saat bersama Graham atau 'bersemuka' di laman internet.- CARI sumber info : www.inverse.com/ |
11
Bagus |
21
Marah |
20
Terkejut |
16
Sedih |
13
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT