CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

ShopBack Kini Online Menerusi Aplikasi Mudah Alih!

20-7-2016 10:30 AM| Diterbitkan: jafKERJA| Dilihat: 2164| Komen: 1




ShopBack Malaysia, platform laman web Cashback atau pulangan tunai terulung dalam negara, hari ini mengumumkan aplikasi mudahalihnya sedia dimuat turun pembeli di Malaysia, menerusi iOS App Store dan Google Play Store, bermula dari 19 Julai 2016.

Bersempena pelancaran aplikasi mudahalih, platform, Malaysia akan memberi ganjaran RM5 kepada semua pengguna, apabila mereka membuat pembelian di mana-mana lebih 500 stor rakan niaga menerusi aplikasi tersebut dari 19-21 Julai 2016. Tambahan lagi, 11 laman e-dagang seperti Agoda, Foodpanda, Groupon, Hermo, Lazada, Qoo10, Zalora, akan turut sama menyertai sambutan ini dengan memberikan lebih pulangan tunai, tawaran harga rendah RM10, baucer potongan RM5-RM20, serta kod promo diskaun 40%.

“Pulangan tunai benar-benar hanya ‘memberikan pulangan tunai’. Fungsi pulangan tunai online berbeza dari pulangan tunai kad kredit. Ia tiada had siling dan kami menawarkan kepada pengguna sehingga 30% pulangan tunai setiap kali mereka berbelanja di stor rakan niaga kami. Ianya sangat mudah digunakan dan penjimatan pulangan tunai ini boleh dipindahkan ke dalam akaun bank mereka selepas tempoh pengesahan,” kata Sharmeen Looi, Ketua Pegawai Operasi di ShopBack Malaysia.


Platform laman web pulangan tunai ini yang membolehkan lebih 300,000 pengguna untuk membeli-belah dan mendapatkan pulangan tunai tanpa had setiap bulan, telah membuat bayaran lebih RM5.4 juta kepada pembeli di Malaysia sejak Februari tahun lepas.


Trend Cashbak di Malaysia

Berdasarkan data di ShopBack Malaysia, 30% dari pengguna datang dari Lembah Klang; 70% lagi dari kawasan Malaysia yang lain. Pembeli sering membuat pembelian selepas waktu makan tengah hari dan makan malam, di antara jam 2pm-3pm dan 9pm-10pm.

Kebanyakan pembeli membeli-belah dari kategori Pelancongan, Fesyen, Elektronik Umum dan Isi Rumah, terutama sekali penginapan hotel tempatan, lampin bayi, tambah nilai mudahalih, fesyen Korea dan produk kecantikan.
 Data ini juga menunjukkan jualan untuk F&B dan barangan Runcit akan terus meningkat kerana jenama seperti Tesco dan Guardian, telah mula bekerjasama dengan ShopBack tahun ini.

“Kami sering menerima persoalan, di mana dan bagaimana kami mendapatkan wang untuk membayar pengguna – ia sebenarnya diambil dari komisyen kami. Kebiasaannya pengiklan tidak berkongsi pendapatan mereka, tetapi model tiga-penjuru yang berasal dari US ini memberi merit kepada semua pihak yang terlibat, di mana pembeli, peniaga e-dagang dan ShopBack dapat berkembang bersama-sama, seterusnya bergandingan mengekalkan pembangunan ekosistem e-dagang

Kami menghargai idea tersebut dan berusaha membolehkan rakyat Malaysia untuk membeli-belah secara pintar, sambil memperoleh pulangan tunai menerusi pembelian harian. Pengguna telefon pintar di Malaysia dijangka mencecah 11 juta orang. Ia adalah populasi yang sangat besar yang belum kami terokai. Kami yakin aplikasi mudahalih ShopBack akan menjadi peralatan strategik untuk membawa pulangan tunai kepada lebih ramai pengguna digital dengan lebih pantas,” tambah Looi.

ShopBack Malaysia mengekalkan peningkatan trafik yang sihat, secara purata 20% dari bulan-ke-bulan pada pertengahan pertama 2016, mencerminkan peningkatan populariti pulangan tunai di kalangan pembeli tempatan.

Selain Malaysia, ShopBack juga terdapat di India, Indonesia, Filipina, dan Singapura. Ia bukan sahaja platform pulangan tunai No. 1 di Malaysia, tetapi juga di rantau Asia Tenggara, membawakan sekurang-kurangnya 6 tempahan kepada stor rakan niaga setiap minit.




 

13

Bagus
16

Marah
11

Terkejut
8

Sedih
16

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (71 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote misscendol 4-8-2016 01:25 PM
ni mcm ala2 korea la ni.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.087073 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top