CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

Kem Ramadan Yeo's 2016

26-6-2016 10:09 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3522| Komen: 0

Description: Bagi memeriahkan lagi dan sebagai pelengkap buat Kempen ‘Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya’ anjuran Yeo's Malaysia, kelmarin Kem Ramadan Yeo’s 2016 telah diadakan di De ...
Oleh : TS LOO




Bagi memeriahkan lagi dan sebagai pelengkap buat Kempen ‘Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya’ anjuran Yeo's Malaysia, kelmarin Kem Ramadan Yeo’s  2016 telah diadakan di Dewan IM4U, Taman Perindustrian Puchong, Puchong.


Pelancarannya telah disempurnakan oleh Naib Presiden Kumpulan, Yeo's Malaysia & Indonesia, Ong Chay Seng bersama barisan bintang seperti Shukri Yahaya, Kaka Azraff, Heliza Helmi, AG, Faizdickie, & Feeya Iskandar.

Sedia kita maklum, barisan bintang Yeo's tersebut telah melengkapkan kempen kali ini dengan menjadi duta kempen dengan mewakili rumah kebajikan masing-masing bagi mengumpul nilai derma yang telah bermula dari 1 Mei hingga 25 Jun 2016.

Untuk tahun ini, sekali lagi pasukan merah yang terdiri daripada Heliza Helmi dan AG mengungguli pengunpulan nilai derma dengan jumlah derma terkumpul sebanyak RM12,000. 

Jumlah derma tersebut akan disalurkan kepada rumah kebajikan yang diwakili mereka iaitu Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa dan Teratak Nur Barakah, Shah Alam. 

Manakala rumah kebajikan yang diwakili Shukri, Kaka, Faizdickie dan Feeya masing-masing akan mendapat jumlah derma RM1,000. 

Pelbagai aktiviti-aktiviti bermanfaat terkandung dalam Kem Ramadan Yeo's 2016, antaranya setiap peserta difahamkan berpuasa sehari sambil melakukan kerja amal seperti bergotong-royong membersihkan dan mengemaskan rumah kebajikan, menghiaskan rumah yang bakal menymbut Hari Raya Aidilfitri dan berhibur bersama dengan anak-anak yatim.

Difahamkan, barisan bintang juga turut serta dalam setiap aktiviti bersama kumpulan yang telah ditetapkan selama sehari bagi memberi semangat kepada para peserta. CARI

     


     


     












23

Bagus
19

Marah
12

Terkejut
20

Sedih
21

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (115 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-5-2022 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.071368 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top