Oleh : Dean BZ Tempoh darurat Perancis dilanjutkan 3 bulan: Hollande Dikemaskini : 4.30petang
PARIS: Presiden Perancis, Francois Hollande hari ini mengisytiharkan tempoh darurat bagi negara itu dilanjutkan tiga bulan lagi, susulan serangan trak di Nice pada Khamis. Dipetik dari laporan Astro Awani, keadaan darurat dilaksanakan sejak serangan militan pada November lalu di Paris, dan dijangka ditarik balik pada 26 Julai. Sementara pasukan keselamatan akan kekal berjaga-jaga, Hollande juga menggesa "pasukan simpanan operasi" Perancis untuk meningkatkan kekuatannya. - CARI
Keadaan darurat dilaksanakan sejak serangan militan pada November lalu di Paris, dan dijangka ditarik balik pada 26 Julai. - Foto AFP Trak Itu Ada Senapang Dan Senjata Besar - Estrosi Dikemaskini : 2.30petang Presiden wilayah itu, Christian Estrosi berkata, trak itu mengandungi "senapang" dan "senjata besar". Memetik laporan mirror.co.uk, lori trak yang sarat dengan senjata dan bom tangan itu dipandu ke laluan pejalan kaki di Nice lebih daripada satu batu. Pemandu trak itu juga melepaskan beberapa das tembakan sebelum polis menembak mati pemandu terbabit. Pembunuh itu adalah seorang warganegara Perancis berusia 31 tahun dilahirkan di Tunisia. - CARI Gambar menunjukkan mayat seseorang terbaring selepas sebuah trak merempuh orang ramai yang sedang menonton pertunjukan bunga api di Nice pada 15 Julai, 2016. - Foto AFP Tiada Tebusan Selepas 'Serangan' Trak Di Perancis: Kerajaan Dikemaskini : 10.30pagi Kerajaan Perancis menafikan wujudnya insiden tebusan selepas serangan di bandar pusat peranginan ini di selatan Perancis. "Tidak ada tebusan," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Pierre-Henry Brandet kepada AFP, sekali gus menafikan puluhan khabar angin selepas kejadian. "Seorang individu memandu trak ke arah orang ramai dan suspek sudah dibunuh polis," katanya. "Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan sama ada individu itu bertindak sendirian atau punya rakan subahat yang mungkin melarikan diri," kata Brandet. Sementara itu dilaporkan, penyiasat antikeganasan kini mengambil alih siasatan, kata pendakwa raya. - CARI Serangan Trak Ketika Sambutan Hari Bassil Di Perancis, 73 Terbunuh Dikemaskini : 10.10pagi NICE: Sekurang-kurangnya 73 orang terbunuh dan ramai tercedera apabila sebuah trak tiba-tiba merempuh orang ramai di sebuah resort di Nice, selatan Perancis, selepas satu pertunjukan bunga api sempena sambutan Hari Bastille. Menurut laporan AFP, pemandu lori itu ditembak mati selepas kejadian itu yang menyaksikan ratusan orang yang ketakutan melarikan diri dan meninggalkan kawasan tepi pantai itu yang berselerak dengan jasad mangsa. "Seseorang memandu sebuah lori ke arah orang ramai. Dia telah dibunuh oleh polis," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Pierre-Henry Brandet. Gambar yang diperolehi menunjukkan bahagian depan trak itu penuh dengan kesan tembakan dan rosak teruk, dengan tayarnya pecah. Pegawai kerajaan tempatan Sebastien Humbert menyifatkan kejadian itu ‘serangan jenayah yang besar’. Sementara itu, Robert Holloway, wartawan AFP yang terlihat trak putih itu dipandu laju di jalan tepi pantai, menyifatkan keadaan itu "huru-hara sama sekali.” “Kami nampak orang dilanggar dan cebisan serpihan berterbangan. Beratus-ratus orang yang berada di tempat kejadian berlari sambil menjerit," katanya. Menurut pendakwa raya Nice, Jean-Michel Pretre, trak itu dipandu dua kilometer (1.3 batu) sebelum merempuh orang ramai yang sedang menonton bunga api. Saksi-saksi kejadian itu memberitahu stesen televisyen tempatan bahawa mayat bergelimpangan di tempat kejadian dan ditutupi dengan kain. Lapan bulan lalu, serangan jihad oleh kumpulan Daish di tempat hiburan malam di Paris turut mengorbankan sekurang-kurangnya 130 orang. - CARI |
22
Bagus |
7
Marah |
3
Terkejut |
8
Sedih |
12
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ctaz replied at 15-7-2016 07:54 AM
73 ekor jer mati....
ingat puluh2 ribu.....
ctaz replied at 15-7-2016 07:54 AM
73 ekor jer mati....
ingat puluh2 ribu.....
ADVERTISEMENT