Oleh : TS LOO
Selepas menerima pelantikan daripada Ratu Elizabeth II sebaik istana menerima peletakan jawatan David Cameron, Theresa May kini sah menjadi Perdana Menteri Britain yang baharu Sebelum itu gambar rasmi menunjukkan May mengadap Elizabeth di Istana Buckingham. May menggantikan David Cameron yang meletak jawatan selepas warga Britain mengundi keluar daripada Kesatuan Eropah pada 23 Jun lalu. Dalam pada itu, setelah mengambil alih teraju kepimpinan Britain sebagai Perdana Menteri baharu, May membuat kejutan dengan melantik penyokong utama kempen Brexit, Boris Johnson sebagai Menteri Luar. Walaupun menyokong Britain terus kekal dalam EU, kini May mengambil langkah segera untuk menyatukan kedua-dua kumpulan dengan melantik penyokong utama kempen tinggalkan EU, Johnson sebagai menteri kanan.
Sementara itu, dalam senarai Kabinet baharu pimpinan May, Menteri Kewangan George Osborne yang juga sekutu rapat Cameron digugurkan sebaliknya melantik bekas Menteri Luar, Philip Hammond ke jawatan itu. Hammond berdepan cabaran untuk meredakan kebimbangan pelabur dan rakyat risiko Britian keluar daripada pasaran terbesarnya, EU. - CARI sumber : http://www.nytimes.com/ |
6
Bagus |
17
Marah |
20
Terkejut |
16
Sedih |
19
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
rashiman replied at 19-7-2016 07:01 PM
Kenalah bagi tanggungjawab kepada penyokong utama kempen Brexit, dia yg mahukan brit ...
ADVERTISEMENT