CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2176|Reply: 7

PM Baharu Britain, Theresa May Buat Kejutan Dalam Senarai Kabinet Barunya

[Copy link]
Post time 14-7-2016 09:45 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO







Selepas menerima pelantikan daripada Ratu Elizabeth II sebaik istana menerima peletakan jawatan David Cameron, Theresa May kini sah menjadi Perdana Menteri Britain yang baharu


Sebelum itu gambar rasmi menunjukkan May mengadap Elizabeth di Istana Buckingham.


May menggantikan David Cameron yang meletak jawatan selepas warga Britain mengundi keluar daripada Kesatuan Eropah pada 23 Jun lalu.


Dalam pada itu, setelah mengambil alih teraju kepimpinan Britain sebagai Perdana Menteri baharu, May membuat kejutan dengan melantik penyokong utama kempen Brexit, Boris Johnson sebagai Menteri Luar.


Walaupun menyokong Britain terus kekal dalam EU, kini May mengambil langkah segera untuk menyatukan kedua-dua kumpulan dengan melantik penyokong utama kempen tinggalkan EU, Johnson sebagai menteri kanan.


Sementara itu, dalam senarai Kabinet baharu pimpinan May, Menteri Kewangan George Osborne yang juga sekutu rapat Cameron digugurkan sebaliknya melantik bekas Menteri Luar, Philip Hammond ke jawatan itu.


Hammond berdepan cabaran untuk meredakan kebimbangan pelabur dan rakyat risiko Britian keluar daripada pasaran terbesarnya, EU. - CARI








sumber : http://www.nytimes.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2016 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat lagu beyonce..who run the world..girls..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2016 12:49 PM | Show all posts
Girls power kekdahnya.  Next mungkin di US juga
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2016 03:16 PM | Show all posts
sejarah baru
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 10:16 AM | Show all posts
wanita pulak sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 10:32 PM | Show all posts
Dan duit pounds pun tengah turun mendadak lately.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2016 12:01 AM | Show all posts
Edited by rashiman at 20-7-2016 12:03 AM



Kenalah bagi tanggungjawab kepada penyokong utama kempen Brexit, dia yg mahukan britain keluar, jadi dia kenalah jadi Menteri Luar bagaimana uruskan negaranya setelah Britain keluar EU.Jadi dia kena buktikan yg sokongannya itu betul, bawa Britain yg lebih baik, jika tidak dia akan malu.



Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 10:27 AM | Show all posts
rashiman replied at 19-7-2016 07:01 PM

Kenalah bagi tanggungjawab kepada penyokong utama kempen Brexit, dia yg mahukan brit ...

betul juga kan. dia yg beriya sangat....ha skang hadaplah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.078575 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list