OLeh : TS LOO
Tahukah anda perkataan 'selfie' telah dinobatkan sebagai "Word of The Year" oleh Kamus Oxford pada tahun 2013? 'Selfie' adalah aktiviti mengambil gambar sendiri menggunakan kamera digital mahupun telefon pintar dan selalunya akan dimuat naik ke media sosial. 'Selfie' adalah satu kemahiran dan bukan mudah untuk mendapatkan gambar selfie yang menarik sehingga menjadi viral di media sosial. Menurut laporan laman web abc7.news.com, seorang pemandu pelancong yang bernama Marcelo Sueth, ketika sedang meredah sebuah hutan di Rio de Janeiro, Brazil, sempat bergambar selfie bersama seekor sloth yang seolah-olah sedang tersenyum.
Gambar selfie yang boleh dikatakan diambil secara kebetulan itu menjadi viral dan telah ditonton oleh lebih dua juta pengguna internet melalui laman web Imgur. Menurut Sueth, pada mulanya dia hanya merakamkan gambar haiwan paling perlahan pergerakannya di dunia itu dari jauh. Namun selepas melihat sloth itu tidak melarikan diri, Sueth lantas segera merakamkan gambar dengan haiwan itu yang sedang bergayut pada sebuah pokok menggunakan kayu selfie. Semasa berkongsi pengalaman itu di laman sosialnya, Sueth berharapan dapat menyebarkan rasa cinta terhadap alam semula jadi kepada semua orang. Kebanyakan netizen turut memberi maklum balas terhadap gambar tersebut dengan menyifatkannya sebagai ‘luar biasa’ dan merupakan ‘slofie’ (gabungan sloth dan selfie) pertama di dunia. Spesies haiwan berkenaan merupakan haiwan yang suka menyembunyikan diri dan sukar untuk diambil gambarnya kerana 70 peratus daripada kehidupan sehariannya adalah tidur.- CARI |
18
Bagus |
22
Marah |
17
Terkejut |
24
Sedih |
18
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT