Oleh : TS LOO
Selangor mencatat jumlah kemalangan tertinggi termasuk membabitkan maut di seluruh negara sepanjang tempoh empat hari pertama Ops Selamat yang ke-9. Kenyataan itu disuarakan pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mahamad Khir Darus ketika lawatan ke Markas Taktikal Ops Selamat Zon Utara di Sekolah Latihan Akademi Kepolisian (SLAK) kelmarin. Berdasarkan rekod sejumlah 6,312 kes kemalangan direkodkan berlaku sepanjang tempoh itu, iaitu meningkat 10.7 peratus berbanding 5,702 kes pada 2015. Daripada jumlah itu sebanyak 64 kes membabitkan kemalangan maut dengan 73 kematian yang direkod menurun 102 kematian melalui 89 kemalangan maut pada tahun lalu.
Sementara itu, menurut Datuk Mahamad Khir sepanjang empat hari operasi ini juga, sejumlah 70,775 saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan kepada pemandu.- CARI |
2
Bagus |
8
Marah |
10
Terkejut |
7
Sedih |
3
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT