CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Robin Hood’ Bantu Mangsa Kemalangan

3-1-2014 11:02 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7968| Komen: 43

Description: Kuala Terengganu: Selepas Digelar ‘Robin Hood’ Kerana Menahan Lori Roti Sebelum Diagihkan Kepada Mangsa Banjir Bulan Lalu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, Sekali Lagi Menarik Perhat ...



Kuala Terengganu: Selepas digelar ‘Robin Hood’ kerana menahan lori roti sebelum diagihkan kepada mangsa banjir bulan lalu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, sekali lagi menarik perhatian apabila membantu mangsa kemalangan jalan raya, petang semalam.

Dalam kesibukan bergegas ke beberapa lokasi bagi menghadiri program bersama masyarakat di Kijal, Ahmad sempat membantu mangsa kemalangan dua kenderaan di Seri Bandi, Kemaman, semalam.

Arah pemandu berhenti

Beliau yang secara kebetulan melalui lokasi kejadian selepas menghadiri program penyampaian bantuan dana bakti remaja di Dewan Seri Bandi, Kijal, Kemaman jam 3.45 petang, mengarahkan pemandunya berhenti sebaik melihat kemalangan itu.

Kemalangan itu membabitkan sebuah PROTON Perdana dengan PERODUA Viva yang menyebabkan pemandu dan penumpang dua kenderaan itu cedera, termasuk seorang tersepit dalam remukan PROTON Perdana.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Rosli Zakaria, berkata kemalangan itu membabitkan tujuh mangsa, termasuk seorang mangsa wanita yang parah dalam PERODUA Viva.
“Ketika Ahmad singgah di lokasi, mangsa yang cedera belum dihantar ke hospital kerana menunggu ketibaan ambulans.

“Menyedari keadaan itu, beliau membenarkan keretanya diguna bagi menghantar mangsa ke Hospital Kemaman. Malah, beliau turut menahan beberapa kereta yang lalu di situ untuk menghantar semua mangsa yang cedera ke hospital untuk rawatan segera,” katanya.

Bantu mangsa tersepit

Rosli berkata, Ahmad turut cuba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta, tetapi mangsa tidak dapat dikeluarkan berikutan keadaannya yang tersepit agak parah.

“Namun, beliau tetap berada di situ sambil tidak putus-putus memberi semangat kepada mangsa untuk bertahan sehingga dikeluarkan anggota Bomba dan Penyelamat yang dikejarkan ke lokasi.

“Selepas semua selesai, baru Ahmad bergegas ke majlis bersama masyarakat di Dewan Sivik Kijal dengan menumpang sebuah kenderaan lain yang menuju ke program sama,” katanya.

Bulan lalu, Ahmad digelar ‘Robin Hood’ oleh blogger pembangkang, berikutan tindakannya menahan lori muatan roti sebelum bahan makanan itu diagihkan kepada mangsa banjir di Chendor, Pahang.


Bagus
4

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mertzxx 3-1-2014 09:30 AM
Alhamdulillah.
Ingat Sultan Brunei jer ada perasaan mcm tue. Kalau betol eloklah.
Sampai benarkan kereta rasmi digunakan bawak org ke hospital. Pemimpin lain patut contohilah tindakan mcm ni.
Quote outcast 3-1-2014 09:32 AM
ini lah pemimpin yg layak jd pemimpim
kipidap
Quote hest 3-1-2014 09:48 AM
alhamsulillah.. tak kira lah blogger pembangkang atau pencadang.. eh.. kerajaan.. harus la korang memuji sifat leader macam ni... jgn nak bias sangat... benda harus di beri pujian dan pengajaran pada orang.. harus kita sebar2 kan.. semoga kita juga ada tindakan refleks macam ni..
Quote lucky_peace 3-1-2014 09:52 AM
terasa touching lak bacenye.....
Quote akughi 3-1-2014 09:54 AM
aku tgh tggu geng2 pas memaki hamun MB terengganu
Quote poyohabis 3-1-2014 09:56 AM
akughi posted on 3-1-2014 09:54 AM
aku tgh tggu geng2 pas memaki hamun MB terengganu

Aku cuma nak ckp ' terengganu darul eksiden' tiap2 ari ada je citer psl eksiden kat sana... Krjn sana patut ambik langkah baik pulih jalan n buat apa yg perlu...
Quote akughi 3-1-2014 10:14 AM
poyohabis posted on 3-1-2014 09:56 AM
Aku cuma nak ckp ' terengganu darul eksiden' tiap2 ari ada je citer psl eksiden kat sana... Krjn s ...

aku bukan nak cakap jalan sane teruk ke ape, bile aku gi sane, aku tgk driver belah sane bawak mcm tak ingat mati.....so pikir2 kan la sape yg patut dididik dulu dan dibetulkn dulu.....

jalan... aku tgk tak la taraf trak racing, tapi ok la....teruk sangat pun tidak.....cume driver bawak tak henggat.....memotong ni mcm depan tu tak de kereta.........
Quote sekngucing 3-1-2014 10:18 AM
ganu darul robin hood
Quote solstice 3-1-2014 10:19 AM
Mat Said ni veteran politik yg cepat paham permainan politik jaman FB & IG ni
Sama cam KJ
Tak mcm setengah veteran yg ala2 dinasor.. masih mentaliti jaman 80an
Quote ijamartgallery 3-1-2014 10:20 AM
mat id kemah kemim....
Quote chaoyunjie 3-1-2014 10:23 AM
Alhamdulillah....pemimpin2 lain pun patut menjadi contoh juga kepada yg lain...
Quote ell768 3-1-2014 10:26 AM
bagus laa kalau mcm ni..ni idak laa sellfish sgt...
Quote tupaiterbang 3-1-2014 10:28 AM
dia ni bulan 5 nak kena get-out dah..
Quote xpdckelate 3-1-2014 10:31 AM
ganu darul 14 mercedes ops silap penang darul S class mercedes
Quote haryatie 3-1-2014 10:31 AM
Alhamdulillah..
Quote the_killer 3-1-2014 10:35 AM
bagus..satu usaha yang bagus
Quote pakwetizzaqyah 3-1-2014 11:49 AM
robin hood kontot chubby..lihat pada raut wajah suci beliau..ye...dia mmg terengganu melayu asli jati original..tk mcm zizang
Quote dahliateck 3-1-2014 12:02 PM
bagus jugak dia ni,  siap guna keta dia hantar ke hosp lagi, tahankan kereta tuk hantar mangsa ke hosp

mesti kj rasa tergugat dan cuba buat lebih publisiti lg pasni
Quote solstice 3-1-2014 12:07 PM
dahliateck posted on 3-1-2014 12:02 PM
bagus jugak dia ni,  siap guna keta dia hantar ke hosp lagi, tahankan kereta tuk hantar mangsa ke ho ...

Yes
Its between KJ & Mat Said now utk merebut the most loveable menteri
KJ dah hantar anak pi sekolah biasa
Mat Said kena daftar cucu dia masuk sekolah kebangsaan ulu kemaman

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.058300 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top