CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

LGE Perlu Letak Jawatan Ketua Menteri Sehingga Kes Selesai- Pengerusi UMNO Pulau Pinang

30-6-2016 04:16 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4796| Komen: 25

Oleh : TS LOO


sumber foto: http://www.mstar.com.my/


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pengerusi UMNO Pulau PInang, Datuk Zainal Abidin Osman menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meletakkan jawatannya.

Menurut laporan Malaysiakini yang memetik kenyataan Datuk Zainal Abidin, disebabkan sebelum ini belum pernah ada mana-mana Ketua Menteri Pulau Pinang yang dihadap ke mahkamah akibat kesalahan rasuah, jadi Lim Guan Eng wajar letak jawatan bagi melindungi kewibawaan dan nama baik jawatan tersebut. 

" Sebelum kes Lim Guan Eng, tiada ketua menteri Pulau Pinang yang ketika memegang jawatan atau sesiapa bekas ketua menteri yang dihadap ke mahkamah atas tuduhan rasuah."

" Berikutan Lim Guan Eng berdepan dua dakwaan kesalahan rasuah, jadi beliau harus meletakkan jawatan Ketua Menteri dan jawatan kerajaan negeri yang lain sehingga kes perbicaraannya selesai. Tindakan sedemikian dilakukan adalah untuk melindungi kewibawaan jawatan ketua menteri."

Lim Guan Eng berdepan dua dakwaan kesalahan rasuah. Tuduhan pertama, LGE sebagai seorang penjawat awam, pada 18hb Julai 2014,  menyalahgunakan kuasanya untuk memanfaatkan dirinya dan isteri dengan meluluskan pengezonan semula sebidang tanah kepada Magnificient Emblem Sdn Bhd, justeru didapati bersalah dibawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009.

Pertuduhan kedua,  LGE didakwa bersubahat dengan ahli perniagaan wanita yang juga pemilik banglo tersebut, Phang Li Khoon untuk mendapatkan "hartanah bernilai ' RM2.5 juta yang diketahuinya berada di bawah nilai pasaran sebagai nilai harta yang ketika itu adalah RM4.27 juta, maka didapati bersalah dibawah Seksyen 165 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang turut membenarkan Lim Guan Eng menyimpan sendiri pasportnya, tetapi dengan syarat jika LGE ingin ke luar negera perlu memaklumkan pihak mahkamah dan peguam negara dua hari sebelum berlepas.- CARI


13

Bagus
12

Marah
11

Terkejut
6

Sedih
22

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 30-6-2016 05:44 PM
omg... rasa mcm dejavu
Quote tahanlasak 30-6-2016 06:46 PM
....  apa2 pun kes 1MDB mesti di selesaikan dahulu ....
.... bapak segala rasuah nk biarkan macam tu shj ke .....
.... belum terbukit salah dah tangkap .....
..... kau yang bapak segala rasuah bebas dgn Rm2.6 billion yg kau dapat duit rakyat kau balun ....
....  apa undang2 yg guna nie ....
.....  bila pembangkang buat silap skit cepat saja kau petik dan tangkap .....

  
Quote lostnfaun 30-6-2016 06:57 PM
Asas dakwa LGE nie sbb beli rumah below market kan?

Kalau dia jwb sbhgn harga rumah tue derma dr  Phang bole ke..
Quote dizzek 30-6-2016 07:00 PM
Penjawat awam nama najib je kena letak jawatan masa siasatan 1MDB dulu

Penjawat awam nama guan eng tak payah

Kata rba DAP
Quote dodolgemok 30-6-2016 07:04 PM
dizzek replied at 30-6-2016 07:00 PM
Penjawat awam nama najib je kena letak jawatan masa siasatan 1MDB dulu

Penjawat awam nama guan en ...

Ada dia letak jawatan ke cai? Apundek siap kata dia xbersalah dan case closed lg. Kau jilat je kan
Quote dizzek 30-6-2016 07:10 PM
Macam ada bau mulut busuk makcik gemok pulak
Quote mak_wa95 30-6-2016 08:34 PM
hek eleh,mcm dia xde kes rasuah..
Quote mzzenma 30-6-2016 08:39 PM
Mzz dah berjaya master satu skill..iaitu skip postings bodoh dari dijek

Bak kata sherlock, 'don't talk out loud dijek, you lower the iq of the whole street'
Quote dizzek 30-6-2016 09:14 PM
mzzenma replied at 30-6-2016 08:39 PM
Mzz dah berjaya master satu skill..iaitu skip postings bodoh dari dijek

Bak kata sherlock, 'don't ...

Sherlock who?

I dont talk la auntie mzzwwfftt

I just typed out my brilliant words
Quote aHoi83 30-6-2016 09:25 PM
dcruins replied at 30-6-2016 07:14 PM
Kalau lawyer hebat macam Tan Sri Abdullah Shafee pun gagal nak defend Khir Toyo menentang bekas AG G ...

Ok perbandingan ni jelas  
Quote aku.semut.merah 30-6-2016 10:12 PM
dcruins replied at 30-6-2016 11:14 AM
Kalau lawyer hebat macam Tan Sri Abdullah Shafee pun gagal nak defend Khir Toyo menentang bekas AG G ...

tq utk perbandingan. bijak sgt depa tu semua  
Quote mawarika 30-6-2016 11:51 PM
Welcome to Malaysia
Quote Orange1 1-7-2016 01:32 AM
Sebenarnya aku bersetuju Guan Eng  perlu letak jawatan memandangkan dia dikaitkan dgn skandal rasuah dan sudah dihadapkan ke mahkamah. Walaupun tekanan suruh letak jawatan ni dtg dr golongan yg ckp tak serupa bikin, tekanan yg sama langsung tak kedengaran dr puak ni bila golongan sendiri dikaitkan dgn skandel rasuah yg lebih besar lagi. Tapi Demi negara aku hrp LGE berjiwa besar utk ambik langkah yg mulia ni dgn meletakkan jwtn dia. Hrp tindakan dia akan menjadi permulaan dan contoh kpd pemimpin2 lain utk ambik tindakan meletakkan jawatan secara sukarela jika dikaitkan dgn kesalahan yg menjejaskan kredibiliti sbg pemimpin. Seseorang perlu memulakannya klu tak selamanyalah kita ni kekal dgn pemimpins thp negara donia ketiga...kita perlu berubah skit demi sedikit jadi lebih baik.
Quote repeaters 1-7-2016 01:33 AM
Orange1 replied at 1-7-2016 01:32 AM
Sebenarnya aku bersetuju Guan Eng  perlu letak jawatan memandangkan dia dikaitkan dgn skandal rasuah ...

mak ko sundal
Quote repeaters 1-7-2016 01:34 AM
Orange1 replied at 1-7-2016 01:32 AM
Sebenarnya aku bersetuju Guan Eng  perlu letak jawatan memandangkan dia dikaitkan dgn skandal rasuah ...

sundal la mak ko
Quote Euro_2016 1-7-2016 01:50 AM
dcruins replied at 30-6-2016 06:08 PM
Ambiga Bersih dijemput memberi sepatah dua kata kepada Joseph Lim Toyo...

Kan ambiga dah nasihatkan tohkong utk resign?  
Quote kentel 1-7-2016 07:56 AM
mzzenma replied at 30-6-2016 08:39 PM
Mzz dah berjaya master satu skill..iaitu skip postings bodoh dari dijek

Bak kata sherlock, 'don't ...

biasa la mzz....orang dah tua....msti la nyanyok...pulak nya penjilat tegar
Quote bluehedgehog 1-7-2016 08:09 AM
dizzek replied at 30-6-2016 07:10 PM
Macam ada bau mulut busuk makcik gemok pulak

da najib letak jawatan ke cai
Quote badaksumbu 1-7-2016 09:41 AM
apa pulak nak bandingkan lge dgn najib. najib tu perdana menteri, lge tu ketua menteri, bak kata lge dgn gengnya sebelum ni, tak sama taraf tu. profil kes pun dah lain. banding la dgn kes banglo khir toyo dan tindakan yg khir toyo ambik lps dia kena caj di mahkamah. tengok bwh ni, lps mengaku tak bersalah, khir toyo terus letak jawatan ketua pembangkang dun selangor, nak letak jawatan menteri besar dah tak blh sbb menetri besar dah tukar, lge bila lg?

Khir Toyo Serah Surat Letak Jawatan Sebagai Ketua Pembangkang

SHAH ALAM, 8 Dis – Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang menghadapi kes mahkamah berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini, hari ini menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Surat peletakan jawatan itu dihantar melalui faksimile kepada Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor.

Menurut seorang pegawai Dr Mohamad Khir, surat itu dihantar kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Dalam surat kepada Speaker berkenaan, Dr Mohamad Khir menyatakan bahawa nama penggantinya akan dimaklumkan oleh Barisan Nasional (BN) Selangor tidak lama lagi.

Dr Mohamad Khir yang juga Anggota Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Selangor turut mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan DUN yang memberi bantuan dan sokongan kepadanya sepanjang menjalankan tugas sebagai Ketua Pembangkang.

Isnin lepas, Dr Mohamad Khir, 45, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas pertuduhan beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo No. 8 dan 10, Jalan Suasa 7/1 L, Seksyen 7, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah syarikatnya Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Dr Mohamad Khir didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei, 2007.

Beliau juga diikat jamin sebanyak RM750,000 dengan seorang penjamin.

Shamsuddin, 45 juga didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada hari itu atas tuduhan bersubahat dengan Dr Mohamad Khir melakukan kesalahan tersebut pada 29 Mei, 2007.

Dr Mohamad Khir menjadi Menteri Besar Selangor ke-13 menggantikan Tan Sri Abu Hassan Omar dari Ogos 2000 hingga Februari 2008.



Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.273350 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top