Oleh : Dean BZ Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini kini dilaporkan semakin sihat dan sudah mula boleh berjalan.
Memetik dari Bharian Online, isterinya, Datin Seri Hizam Awang Ahmad, berkata Ahmad Bashah sudah boleh berjalan selepas menjalani pembedahan komplikasi usus di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada 7 Jun. Dia kini menggunakan tongkat selepas menjalani rawatan fisioterapi selain boleh minum sendiri dan dijangka akan dipindahkan ke wad biasa dalam masa terdekat.
"Beliau kini sudah boleh dipindahkan ke wad biasa, tapi beliau meminta untuk ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk privasi. Ini juga bagi memudahkan proses pemulihan beliau. "Sepanjang berada di hospital, beliau tidak terlalu memikirkan soal kerja kerana doktor nasihatkan supaya banyak berehat bagi mempercepatkan proses pemulihan. Saya minta rakyat dapat terus berdoa supaya beliau cepat sembuh," kata Hizam selepas Majlis Penyerahan Kuih Raya Badan Amal Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (Bidara) di sini, hari ini. Beliau berkata, pada 22 Jun ini, Ahmad Bashah akan mempengerusikan mesyuarat Ahli mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) di HPP. Terhahulu, Ahmad Bashah dikejarkan ke Kedah Medical Centre (KMC) pada 4 Jun lalu selepas beliau pitam ketika menghadiri mesyuarat dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Kedah di Hotel Grand Alora, Alor Setar sebelum dipindahkan ke HPP pada 6 Jun. - CARI Infonet. Sumber - BERNAMA |
18
Bagus |
22
Marah |
25
Terkejut |
25
Sedih |
24
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
famri7 replied at 18-6-2016 05:21 PM
Take several seats ok..xda makna nk berjujuran menetes atas sejadah untul heshe.
cmf_premierleag replied at 18-6-2016 05:51 PM
Hari tu ayat sap tah...tp.meols agree la..bunyiknya mcm ni
Ada MB muda sihat..nk MB tua bangka nak ...
Darien_Fawkes replied at 18-6-2016 09:52 PM
astagaa... mohon dizzek menggantikan tempat beliau sebagai MB Kedah
ADVERTISEMENT