CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PRK : Polis Terima 20 Laporan Di Sungai Besar

18-6-2016 02:35 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3025| Komen: 1

Description: Sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar berlangsung...

Oleh : Dean BZ


Sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar berlangsung, Polis menerima 20 laporan berkaitan kesalahan mengikut Akta Pilihan Raya sehingga jam 12 tengah hari ini.
 
Pegawai Perhubungan Media PRK Sungai Besar, Asisten Komisioner Khalil Arifin, berkata daripada jumlah itu, 10 kertas siasatan sudah dibuka dan akan dilengkapkan dalam tempoh terdekat, sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya. 

Bagaimanapun, katanya, sepanjang 14 hari tempoh berkempen, keadaan boleh dikatakan terkawal dan tiada perkara tidak diingini berlaku. 

"Kalau ada pun cuma kes kecil yang tidak menjejaskan ketenteraman awam. Malah, sehingga kini keadaan di semua pusat mengundi adalah terkawal dan tiada laporan penyokong bergaduh atau berbalas kata kesat," katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau di sini, sebentar tadi. 


Mengulas lanjut, Khalil berkata lebih 2,000 pegawai dan anggota polis ditempatkan di 28 pusat pengundi di kawasan Parlimen Sungai Besar bagi memastikan kelancaran serta keselamatan sepanjang hari pengundian. 

Pilihan Raya (PRK) Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar berlangsung pada hari yang sama iaitu hari ini. Setakat ini proses pengundian di PRK Kuala Kangsar berlangsung dengan aman dan tiada sebarang kekacauan dilaporkan. - CARI Infonet.


30

Bagus
13

Marah
16

Terkejut
23

Sedih
12

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (104 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote si-buta 18-6-2016 05:12 PM
Biasa lah.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.221622 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top