Oleh Izzah Abbasy
29 Syaaban Tahun 1437 Hijrah merupakan hari pertama umat Islam akan mula menjalani solat sunat terawih. Ketika inilah ramai yang berpusu-pusu ke masjid dan surau untuk sama-sama menyambut ketibaan Ramadan dengan umat Islam yang lain. Pertemuan di masjid adalah menjadi kewajipan buat semua. Tidak kurang juga ada yang lebih selesa pergi ke surau yang berdekatan dengan rumah. Melakukan solat sunat terawih juga boleh dan mengeratkan silaturahim sesama ahli keluarga. Namun, penulis nak kongsikan dengan anda top 10 masjid ini sering dikunjungi ramai umat Islam ketika bulan Ramadan. Bagi anda yang tinggal di sekitar Lembah Klang, masjid manakah menjadi pilihan anda? Jom, lihat keindahan 10 masjid di Malaysia ini. - CARI Infonet 1) Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor
Masjid Negeri Selangor Darul Ehsan ini menjadi lambang keagungan dan kedaulatan agama Islam di negeri ini. 2) Masjid Jamek, Kuala Lumpur Pernah menjadi masjid kebangsaan. Kedudukannya berhampiran tapak perkuburan awal di situ dan kini terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka, stesen Putra LRT dan Star LRT. Ia menjadi sebahagian daripada mencu tanda Kuala Lumpur sebagai Kota Kebudayaan Islam. 3) Masjid Putra, Putrajaya Masjid Putra terletak di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Masjid ini merupakan simbolik dan mercu tanda di Putrajaya. 4) Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta Kuala Lumpur Berkonsepkan ‘Masjid dalam Taman’ dan menggunakan konsep tradisi masjid-masjid Othmaniah di Turki. Boleh menampung seramai 17,000 orang jemaah pada satu-satu masa. 5) Masjid Negeri Sultan Abu Bakar, Johor Bahru Johor Masjid ini telah dibuka dengan rasminya oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar pada 1900. 6) Masjid Zahir, Alor Setar Kedah Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah. 7) Masjid Muhammadi, Kota Bharu Kelantan Nama Masjid Muhammadi diambil sempena nama Sultan Muhammad ke-IV yang sangat berjasa kepada Negeri Kelantan. Ia juga dipanggil sebagai "Masjid Besar" di kalangan sesetengah rakyat Kelantan. 8) Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Terengganu Masjid ini juga digelar Masjid Besi. 9) Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar Perak Masjid Ubudiah ialah sebuah masjid di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia dan merupakan simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum Muslim di Perak. Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam. 10) Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu Sabah Masjid ini dibina di kawasan seluas 14.5 ekar. Terletak di kawasan strategik bulatan Sembulan antara Jalan Mat Salleh dan Jalan Sembulan. Di masjid inilah letaknya Makam Pahlawan Sabah, iaitu tempat bersemadinya tokoh-tokoh Sabah terkenal.
|
3
Bagus |
9
Marah |
7
Terkejut |
8
Sedih |
12
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT