Oleh : TS Loo
Seramai 500 migran Syria disasarkan oleh kerajaan untuk ditempatkan di negara kita menjelang hujung tahun ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian selepas menyambut kumpulan kedua migran Syria di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, siang tadi. Menurut Datuk Seri Ahmad Zahid, sepertimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada sesi ke-70 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), negara kita berjanji menerima seramai 3000 warga Syria dalam tempoh 3 tahun atas dasar ihsan dan perikemanusiaan dan sehingga kini 79 migran dari negara bergolak itu telah tiba di Malaysia.
"Ketika bulan puasa ini, kita sasarkan 200 lagi migran Syria dibawa ke Malaysia tetapi ia bergantung kepada tapisan keselamatan dan saringan kesihatan." Tambah beliau, Kumpulan pertama terdiri daripada 11 orang daripada tiga keluarga tiba di Malaysia pada 8 Disember tahun lepas. Manakala kumpulan kedua yang terdiri daripada 37 dewasa dan 31 kanak-kanak itu akan ditempatkan di apartmen tiga bilik di Setia Alam. Selain itu, seramai 68 orang daripada 18 keluarga berumur antara tujuh bulan dan 74 tahun itu adalah dari Kem Bekaa Valley, Beirut, Lubnan. Kerajaan dan NGO berkenaan akan membantu golongan profesional terdiri daripada jurutera, doktor dan pensyarah itu mendapatkan pekerjaan sementara di negara ini, ujarnya lagi. "Permit kerja sementara juga akan dikeluarkan kepada golongan berkenaan dan bagi pelajar pula visa akan dikeluarkan bagi membolehkan mereka mendapatkan peluang pendidikan." Orang ramai turut digesa memberi sumbangan bagi membolehkan lebih ramai warga Syria tiba di negara ini.- CARI Infonet sumber : http://www.astroawani.com/
|
18
Bagus |
32
Marah |
32
Terkejut |
23
Sedih |
20
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Orang ramai turut digesa memberi sumbangan bagi membolehkan lebih ramai warga Syria tiba di negara ini.- CARI Infonet
Orang ramai turut digesa memberi sumbangan bagi membolehkan lebih ramai warga Syria tiba di negara ini.- CARI Infonet
DARSITA replied at 28-5-2016 10:18 PM
Dah terbela ke semua nasib orang miskin dlm negeri sendiri?
ADVERTISEMENT