CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Besar Galak Muridnya Minum Air Jampi, Ibu Bapa Resah

27-5-2016 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5627| Komen: 16

Oleh : TS LOO



Baru-baru ini, guru besar sebuah sekolah rendah di Pandamaran bertindak menggalakkan muridnya meminum air jampi yang kononnya mampu menjadikan seseorang lebih cerdik menarik perhatian orang ramai.

Tindakan yang difahamkan telah dilakukan sejak lebih tiga tahun lalu itu amat membimbangkan ibu bapa murid sekolah tersebut.

Kemudian ibu bapa menerusi Persatuan IBU Bapa dan Guru (PIBG) membuat aduan di Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA Klang supaya tindakan selanjutnya dapat diambil berikutan keengganan guru besar terbabit untuk menghentikan kegiatannya itu.

Menurut Timbalan Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA Klang Datuk Tan Bok Koon, sejurus menerima aduan pihak PIBG dan juga ibu bapa, tindakan segera telah diambil dan siasatan sewajarnya sedang diambil.


“Mereka (pihak sekolah) juga menggunakan air berkenaan untuk direnjis di kawasan sekolah terbabit kononnya untuk menaikkan tahap kecerdikan murid di sekolah itu. Semua ini karut,” katanya semalam.

Tambahnya, tugas guru adalah mendidik anak murid dengan menggunakan sistem pendidikan sedia ada, bukannya mengambil jalan mudah meminum air jampi dengan menggunakan nama agama.

Bagaimanapun, guru besar sekolah terbabit ketika dihubungi mengatakan air yang diminum itu sebenarnya adalah sejenis minuman bertenaga bukanlah air jampi seperti mana yang disalahtafsirkan oleh ibu bapa murid.

Tegasnya lagi, organisasi yang menderma minuman air bertenaga itu bukan badan berunsur agama sebaliknya adalah pertubuhan bukan kerajaan atau NGO yang bertujuan untuk membantu pihak sekolah menjanakan suasana keseluruhan agar lebih bertenaga positif  demi kebaikan pembelajaran murid.- CARI Infonet




18

Bagus
20

Marah
18

Terkejut
24

Sedih
14

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ketekodok 27-5-2016 11:17 AM
hahahaha.....rasanya ramai yang macam ni. bila hampir tarikh exam macam macam air jampi kena telan.....
Quote fazamania 27-5-2016 11:22 AM
Ingat dulu seminggu sebelum periksa di paksa oleh bapak minum air jampi. Dapat result, tak berapa bagus so bapak iolss maki hamun tok bomoh tu.

Iolss dgn bengapnya boleh cakap kat bapak, air jampi tu nak kene minum awal tahun sampai akhir tahun.. baru dapat A semuanya.

Tak semena2 pedih pipi iolss nih.
Selepas itu, belajar lah dgn rajin sampai pandai
Quote fazamania 27-5-2016 11:22 AM
Ingat dulu seminggu sebelum periksa di paksa oleh bapak minum air jampi. Dapat result, tak berapa bagus so bapak iolss maki hamun tok bomoh tu.

Iolss dgn bengapnya boleh cakap kat bapak, air jampi tu nak kene minum awal tahun sampai akhir tahun.. baru dapat A semuanya.

Tak semena2 pedih pipi iolss nih.
Selepas itu, belajar lah dgn rajin sampai pandai
Quote FARRAZOOL 27-5-2016 11:23 AM
Entah apa2 jerrrr
Quote lazim 27-5-2016 11:24 AM
zaman aku dlu siap ada yg jampi pensel pemadam prmbaris yg guna time exam tu
Quote R2D2 27-5-2016 11:25 AM
http://mforum.cari.com.my/forum. ... ead&tid=1004365
Quote dewi 27-5-2016 11:26 AM
kena rebus buku tu .. kasi minum air baru berkesan..

Quote Pajeri_Nenas 27-5-2016 12:05 PM
Aikkk cina pun pprt???
Quote harimau76 27-5-2016 12:05 PM
itu la cara org2 tua dulu nak berikhtiar nak bagi anak pandai.. sbb sayang anak la dorang sanggup buat mcm tu..
Quote spankee_fili 27-5-2016 01:56 PM
air tenaga? direnjis di kawasan sekolah?
pe motifnya ni cikgu oi?

Quote turboturtle 27-5-2016 02:09 PM
Pajeri_Nenas replied at 27-5-2016 12:05 PM
Aikkk cina pun pprt???

Biasa lh sis, yg ummah cina pun ada jugak yg jumud kolot, sedangkan kokesen pun ada yg masih amal ilmu hitam...
Quote Core 27-5-2016 02:13 PM
Tak salah aku rasa, bukannya menyebabkan mudarat pun. Bukannya diorg buat ritual sembelih kambing hitam atau yang pelik2 ke. Kristian pun ada jugak holy water diorg, pun renjis2 jugak, takde pulak dipertikaikan. Semua nak jadi hal.
Quote Andyscenes 27-5-2016 02:25 PM
ala yg ni ok lg, dulu ada satu kes, minum air sarang anai anai sbb anai anai tu mkn AL-QURAN. so bile minum air tu dpt berkat. kenapa x mkn anai anai tu je kn haha
Quote CrowneGlory 27-5-2016 02:42 PM
eh...bukan cina pandai2 ke?

apani jatuh maruah cina tawww....
Quote azimodin 27-5-2016 04:20 PM
Air kagen ke
Quote sabbath_shalom 27-5-2016 06:02 PM
Air tokpekong????

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.693057 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top