CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

1.2 Juta Tandatangan Deklarasi Rakyat Didakwa Palsu

27-5-2016 10:21 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3372| Komen: 10

Description: Projek Deklarasi Rakyat yang digerakkan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pakatan pembangkang dikatakan terlibat dengan urus niaga menjual pangkalan data penduduk negara ini bagi mendapatkan 1.2 juta tanda ...
Oleh : TS LOO


Sumber foto: Utusan On line



Projek Deklarasi Rakyat yang digerakkan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pakatan pembangkang dikatakan terlibat dengan urus niaga menjual pangkalan data penduduk negara ini bagi mendapatkan 1.2 juta tandatangan.


Pendedahan itu dilakukan oleh seorang pengatur cara komputer bebas selepas tampil mengaku dirinya telah dihubungi seorang bernama Ema atau lebih dikenali dengan ‘Ratu Naga’ yang meminta untuk membeli pangkalan data berkenaan.


“Pada 27 April lalu dia telah menghubungi saya dan menawarkan RM5,000 untuk membeli pangkalan data itu bagi kegunaan projek memorandum Deklarasi Rakyat yang akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong,”  katanya dalam sidang akhbar semalam.



Tambah Azharuddin, wanita itu turut mengakui pangkalan data itu diperlukan secepat mungkin untuk tujuan pemalsuan tandatangan Deklarasi Rakyat dan pangkalan data tersebut diserahkan melalui e-mel milik wanita terbabit beralamat prime.ratu@gmail.com.


Ditanya mengapa dia bertindak melakukan pendedahan tersebut, Azharuddin memberitahu, setelah semua proses penye-rahan pangkalan data itu selesai, wanita terbabit hanya membayar RM1,000.- CARI Infonet




Berita selanjutnya: http://www.utusan.com.my/
19

Bagus
12

Marah
16

Terkejut
9

Sedih
19

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dondangdendang 27-5-2016 10:30 AM
sapa antara forumer cni penah sain??
Quote krustykrab 27-5-2016 10:37 AM
x pernah.............
Quote MissMamamia75 27-5-2016 10:39 AM
dondangdendang replied at 27-5-2016 10:30 AM
sapa antara forumer cni penah sain??

akak ada sign aritu...tandatangan akak tulen tau..
xde palsu2..hehe...

soalan akak pd organizer bfore sign - kalo Tok Jib turun..sapa nak naik?
diorg jawab..xkisah la sapa2..janji bukan dia..hehe...
Quote FARRAZOOL 27-5-2016 11:24 AM
Tak pernah.....
Quote lipstickz 27-5-2016 11:35 AM
Ini kelakar

Sape la Ratu Naga tu? Bodoh piang btol! - janji RM5000 tp bayar RM1000. Lg 4 ribu tu pergi mana? Masuk poket sendiri ke? Aku tak pecaye harga yg ditawarkan tu 5K je, sure lebih punye utk keje2 kotor camni

Si Azharuddin ni pn bangang jugak. Len kali mintak la lebih & minta ratu bodoh tu bank in 3/4 jumlah duit yg dijanjikan baru la email data tu. Konon nak buka aib org, aib ko yg terlondeh skrg. Buat pendedahan pn sbb dibyr seciput kan? Dun get involved into politics la cai!!
Quote cabalero 27-5-2016 11:43 AM
Edited by cabalero at 27-5-2016 11:44 AM
lipstickz replied at 27-5-2016 11:35 AM
Ini kelakar

Sape la Ratu Naga tu? Bodoh piang btol! - janji RM5000 tp bayar RM1000. Lg 4 ribu tu  ...

taktik basi...kononnya dgn harapan dapat ridicule the declaration

anyway di bawah adalah maklumbalas dari pihak tertuduh

oh ye kebelakangan ni nampak beria betul chegu bard mempertahankan najib...hmm macam fishy je


Demi Allah saya tak kenal dia - Ratu Naga

PETALING JAYA: ‘Ratu Naga’ menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau pernah berhubung dengan pengaturcara komputer separuh masa Azharuddin Othman @ Abdullah, apatah lagi membeli pengkalan data 900,000 nama dan kad pengenalan untuk Deklarasi Rakyat daripadanya.

“Dengan nama Allah saya tak kenal dia langsung. Ini fitnah. Tapi saya tergamam sebab dia boleh bersumpah kenal saya,” kata Ratu Naga atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah ketika dihubungi FMT.

Beliau juga berkata tidak pernah memiliki sebarang perkaitan dengan inisiatif Deklarasi Rakyat yang diketuai bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

“Saya mana ada kaitan dengan Deklarasi (Rakyat). Salam dengan Tun pun tak pernah,” katanya lagi.

Ditemani Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, seorang individu bernama Azharuddin Othman @ Abdullah hari ini tampil dengan akuan berkanun mendakwa didatangi ‘Ratu Naga’ yang ingin membeli pangkalan data 900,000 nama pada harga RM5,000.

“Pada 27 April 2016, saya dihubungi oleh Ratu Naga untuk membeli pangkalan data warganegara Malaysia dengan tujuan mengumpul 1.2 juta tandatangan untuk Deklarasi Rakyat, yang disokong oleh Tun Mahathir (Mohamad),” katanya dan mendakwa hanya menerima RM1,000 dan bukannya seperti yang dijanjikan.

Azharuddin mendakwa memiliki data tersebut memandangkan kerjanya sebagai pengaturcara komputer separuh masa dengan parti-parti politik bagi tujuan pilihan raya.

Sebelum ini, Ratu Naga menerusi akaun Facebooknya meluahkan kemarahannya dan berkata tidak akan berdiam diri dengan dakwaan tersebut.

“Saya akan buat PC (sidang media) jawab balik. Saya akan diam? No (tidak), biar saya pula lawan,” katanya.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/05/26/demi-allah-saya-tak-kenal-dia-ratu-naga/


Quote makneng 27-5-2016 11:49 AM
Buat malu org IT tau mangkok ni...jgn bebal sgt blh tak dek?
Quote cmf_conan 27-5-2016 12:06 PM
cehh.. takyah nak pelik..
sedangkan jumlah LIKE fb ngan IG pon boleh autogenerate..
sedangkan poll2 kat internet pon hackers boleh manipulate..

zaman teknologi ni sume pon boleh la...
yang buat C
yang jadi mangsa A
yang kena tuduh B
C tepuk tangan, possible kan?
Quote nagametal 27-5-2016 12:11 PM
saya dh sign..
Quote nagametal 27-5-2016 12:13 PM
tangkap dia penjualan data adalah satu kesalahan.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.178596 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top