Membolehkan panggilan, walaupun liputan di rangkaian yang lemah
KUALA LUMPUR, 26 Mei 2016 – U Mobile Sdn Bhd, telco yang memiliki rangkaian mudah alih terpantas di Malaysia, muncul sekali lagi sebagai syarikat pertama dalam industri yang menyediakan khidmat WiFi Calling kepada para pelanggannya. Perkhidmatan terkini ini membolehkan pelanggan membuat dan menerima panggilan suara menerusi WiFi peribadi dan awam. Dengan perkhidmatan ini, setiap stesen WiFi di seluruh dunia akan menjadi menara rangkaian U Mobile, sekaligus meluaskan lagi liputan telekommunikasi yang sedia ada. Salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh syarikat telekomunikasi di Malaysia ialah menyediakan liputan rangkaian di dalam bangunan dan pejabat. U Mobile WiFi Calling merupakan penyelesaian yang sesuai untuk menangani cabaran ini kerana kebanyakan bangunan masa kini mempunyai sambungan WiFi.
Perkhidmatan U Mobile WiFi Calling ditawarkan kepada pelanggan prabayar dan pascabayar tanpa sebarang caj tambahan. Perkhidmatan ini juga membolehkan pelanggan membuat dan menerima panggilan walaupun di kawasan liputan rangkaian terhad seperti di tingkat bawah tanah bangunan, kawasan terpencil dan pedalaman, selagi mereka terhubung dengan WiFi. Panggilan WiFi menawarkan panggilan biasa melalui telefon mudah alih menggunakan WiFi; berlainan dengan perkhidmatan Voice over Internet Protocol (VOIP) seperti Skype, Viber and WhatsApp. Selain itu, pengguna boleh membuat panggilan WiFi ke nombor mudah alih dan juga talian tetap. Mereka juga boleh membuat panggilan IDD dengan U Mobile WiFi Calling. Panggilan WiFi adalah perkhidmatan yang menjimatkan, terutama kepada pelanggan U Mobile yang sering ke luar negara kerana mereka tidak dikenakan caj perantauan bagi sebarang panggilan yang dibuat menerusi sambungan WiFi. Ini bermakna, setiap kali seseorang pelanggan U Mobile membuat panggilan WiFi ke nombor yang berasal dari Malaysia dari lokasi mana sekalipun, panggilan berkenaan akan dikira sebagai panggilan tempatan mengikut caj Malaysia. Menurut Jasmine Lee, Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, “U Mobile sedang berkembang pesat dan kami berusaha untuk menyediakan rangkaian liputan yang terbaik kepada para pelanggan kami yang kian meningkat. WiFi Calling ini memberi manfaat yang besar kepada para pelanggan yang tidak perlu risau lagi kerana mampu membuat dan menerima panggilan dari mana sekalipun, walaupun di kawasan liputan rangkaian terhad seperti di tingkat bawah tanah bangunan selagi adanya sambungan WiFi. Di samping itu, pengalaman menggunakan U Mobile WiFi Calling adalah lancar seperti membuat panggilan yang biasa.” Bagi menikmati perkhidmatan WiFi Calling, para pelanggan U Mobile perlu mengaktifkan fungsi WiFi Calling pada telefon pintar masing-masing dan pastikan bahawa mereka disambungkan kepada perrkhidmatan WiFi Calling U Mobile. Semua panggilan yang dibuat dan diterima menerusi WiFi Calling menggunakan suara Definisi Tinggi*. Perkhidmatan ini disediakan kepada pelanggan U Mobile yang mengguna model iPhone 5C, 5S, SE, 6, 6 Plus, 6s dan 6s Plus. U Mobile juga akan menawarkan perkhidmatan WiFi Calling kepada pelanggan yang mengguna telefon Android tidak lama lagi. *Suara Definisi Tinggi diaktifkan apabila panggilan dibuat dan diterima dari telefon mudah alih yang dilengkapi suara Definisi Tinggi menerusi rangkaian suara Definisi Tinggi. Untuk maklumat lanjut sila layari www.u.com.my/wificalling. |
34
Bagus |
26
Marah |
38
Terkejut |
32
Sedih |
28
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Bencohen replied at 31-5-2016 12:32 AM
Please la dong. skype facetime seme free dah berabad lamanya. Whatsapp pun dah boleh.
Umobile ni ...
ohnoLia replied at 30-5-2016 04:49 PM
dari segi teknologi nya, ai confuse, penat ai google2 tapi tak jumpa.
mcm mana secara laymennya ...
ohnoLia replied at 31-5-2016 12:50 AM
tapi skype dan face, viber dan in future whatsapp call?
kita boleh nampak bill sebagai call ata ...
gigahertz replied at 31-5-2016 07:13 AM
tech umobile ni adalah sama dengan dengan tech whatsapp call. bende2,macam ni perlukan:
wireles ...
Bencohen replied at 31-5-2016 07:42 AM
Data sis.
Sound boleh diconvertkan ke binary. Bila kita buat wifi call, kiranya kita send binar ...
ohnoLia replied at 30-5-2016 04:50 PM
tapi skype dan face, viber dan in future whatsapp call?
kita boleh nampak bill sebagai call ata ...
gigahertz replied at 1-6-2016 11:49 AM
ni akan kira sebagai data. mmg call free. tapi data internet x free.
Bencohen replied at 31-5-2016 12:32 AM
Please la dong. skype facetime seme free dah berabad lamanya. Whatsapp pun dah boleh.
Umobile ni ...
MarryPottet replied at 26-5-2016 11:17 PM
melingkuplah maxis yg kedekut lepas ni
one day the younger generation will ask, maxis? what's that? ...
ADVERTISEMENT