Oleh : Dean BZ Ramai di antara kita yang sudah terbiasa dengan cara hidup yang tidak berkualiti dan menganggap ia satu perkara remeh.
Kerana itu ramai yang suka mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat yang pastinya mendatangkan banyak perkara-perkara negatif. Akibatnya akan mengalami stress teruk, kesihatan terganggu dan sering menemui kegagalan dalam hidup. Kata orang, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. Mari kita lihat ilutrasi ini dan tanya adakah diri kita mengamalkan apa yang disarankan? ilutrasi dipetik dari designtaxi.com. 1. Tidur cukup baik untuk kesihatan dan otak. 2. Banyakkan bersia-siar, baca buku & tambah pengetahuan dengan benda-benda baru. 3. Buat rencana dan tetapkan "deadline" supaya sesuatu perkara benar-benar diselesaikan. 4. Buat catatan atas apa yang anda sudah lakukan/simpan hasil-hasil kerja. 5. Belajar dari kesalahan dan kegagalan, jangan cepat putus asa. 6. Dengar nasihat dan saranan rakan-rakan atau sesiapa sahaja, jangan terlalu ego. Amalkanlah 6 saranan diatas jika anda ingin merasa hidup yang lebih sihat dan berkualiti. Andai tidak mahu berubah, jangan sesekali menyalahkan takdir atas perkara buruk yang berlaku pada kesihatan, kerjaya dan kehidupan anda. - CARI Infonet.
|
ADVERTISEMENT