Oleh Izzah Abbasy Kemaskini : 11.20 pagi Gunung Berapi Sinabung Meletus : 7 Korban, 2 Melecur Angka korban akibat letusan gunung berapi Sinabung di daerah Karo di sini meningkat kepada tujuh orang.
Portal Okezone melaporkan, dua lagi mangsa cedera akibat melecur dan kini mendapat rawatan di Hospital Adam Malik, di sini. Sementara itu puluhan anggota Tentera Nasional Indonesia, Angkatan Darat telah dikerah bagi mencari mangsa dan membantu penduduk tempatan. Pakar melaporkan aktiviti Gunung Sinabung masih aktif dan orang ramai dilarang menghampiri kawasan dalam radius tiga kilometer dari gunung berkenaan. - CARI Infonet Kredit : Utusan Online
Gunung Sinabung meletus sambil memuntahkan debu panas kira-kira pukul 5 petang Sabtu.
Letusan gunung berapi Sinabung Sumatera, Indonesia dijangka tidak memberi kesan kepada Malaysia berikutan keadaan angin di negara ini bertiup dari arah barat laut. Bagaimanapun Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata keadaan angin dijangka berubah bertiup dari arah barat daya mulai esok. "Sekiranya gunung berapi Sinabung berterusan meletus, asap debu boleh sampai di Semenanjung selepas 25 Mei atau 26 Mei," katanya di dalam satu kenyataan hari Ahad. Enam orang disahkan maut setakat ini manakala tiga lagi kritikal akibat terkena debu panas gunung berapi Sinabung di daerah Karo, Sumatera Utara yang meletus sejak semalam.- CARI Infonet Kredit : Bernama
|
22
Bagus |
18
Marah |
19
Terkejut |
14
Sedih |
12
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Loxlaxman replied at 23-5-2016 01:57 AM
Erghhhhhhhhhh......menyusahkan jiran.
the_killer replied at 23-5-2016 10:01 AM
Syd..kampung halaman ni
@Syd
nicuya replied at 23-5-2016 11:26 AM
cantik tp bahaya
CikNano replied at 23-5-2016 10:06 AM
apa yang menyusahkan?? bukan salah indo pon gunung tu meletup
edoraixora replied at 23-5-2016 11:48 AM
tingginye asap tu meletus
kasihan pada yg terlibat....apa nk buat di luar kawalan ma ...
Syd replied at 23-5-2016 11:28 AM
yu refer pada gambar2 tu ataupun kecantikan gunung tersebut?
kejamkah ai kalau ai rasa gambar2 ...
ADVERTISEMENT