CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pesawat Patah Balik Susulan Terima Ancaman Bom

18-5-2016 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6800| Komen: 49

oleh Adib ZA

Kecoh terjadi bila sebuah pesawat komersial menuju ke Singapura terpaksa berpatah balik dan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS).


Ini semua gara-gara panggilan ancaman bom dalam pesawat itu yang membawa 30 penumpang dan empat anak kapal.

"Pesawat itu berlepas dari LTSAAS pada jam 7.39 malam, bagaimanapun kira-kira jam 8 malam, menara kawalan LTSAAS menerima panggilan daripada seorang lelaki tidak dikenali mendakwa terdapat bom dalam pesawat berkenaan. 

"Susulan itu, menara kawalan mengarahkan pesawat terbabit berpatah balik dan mendarat semula di lapangan terbang berkenaan," ujar Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din. 

Ternyata ia merupakan panggilan palsu selepas pihak polis mendapati tiada sebarang objek mencurigakan. - CARI Infonet


Sumber: Bernama

Sumber foto Wikipedia
13

Bagus
4

Marah
5

Terkejut
2

Sedih
5

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epis 17-5-2016 11:33 PM
                              
Quote Syd 17-5-2016 11:35 PM
Pengganas punya kije kah?

Ataupun ada org sakit otak buat onar?
Quote Mary_jane 17-5-2016 11:36 PM
Omg.
Quote Syd 17-5-2016 11:42 PM
Edited by Syd at 17-5-2016 11:44 PM

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima panggilan ancaman bom dalam sebuah pesawat yang mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang Jaya, pada Selasa malam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Zani Che Din memberitahu Astro AWANI bahawa maklumat daripada pemanggil yang tidak dikenali pada kira-kira jam 8 malam itu mendakwa wujudnya bom dalam salah sebuah pesawat dari Singapura ke Kuala Lumpur.

Beliau berkata sebaik sahaja pesawat itu mendarat, pihak berkuasa melakukan siasatan menyeluruh ke atas pesawat yang membawa 30 penumpang serta empat anak kapal tersebut.

Katanya, hasil siasatan yang dilakukan mendapati tiada bom ditemui.
Quote aku.semut.merah 17-5-2016 11:42 PM
nak terobang ke mana tu
Quote Syd 17-5-2016 11:45 PM
aku.semut.merah replied at 17-5-2016 11:42 PM
nak terobang ke mana tu

Dari Spore nak ke KL
Quote PongKang 17-5-2016 11:46 PM
takutnya.. kalo betul ada bom mmg naya
Quote Syd 17-5-2016 11:47 PM
Bayangkan situasi nya tadi mcm mana tadi.
Quote aku.semut.merah 17-5-2016 11:58 PM
Syd replied at 17-5-2016 03:45 PM
Dari Spore nak ke KL

ancaman tu kira bau2 dah tu..kene hati2  
Quote kasibiman 18-5-2016 12:19 AM
Bangsat tol sapa punya angkara.
Quote slavehunter 18-5-2016 12:56 AM
Anonymous call polis boleh ke kita trace balik number? Ke acah2 isis Asian yg call........berjela nak tulis Voyage and Hazard report ni......
Quote Syd 18-5-2016 07:11 AM
Edited by Syd at 18-5-2016 07:14 AM

Ancaman bom dalam pesawat [METROTV]
Fardy Bungga
[email protected]


Subang: Pesawat milik syarikat penerbangan Firefly terkandas di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) selepas dipercayai menerima ancaman bom, malam tadi.

Pesawat berkenaan difahamkan sudah berlepas menuju ke Singapura tetapi membuat pendaratan cemas selepas menerima ancaman bom.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pesawat berkenaan berlepas dari LTSAAS pada 7.40 malam tadi.

Bagaimanapun katanya, pada kira-kira 8 malam, pihak pengurusan syarikat penerbangan menerima panggilan daripada lelaki yang tidak dikenali mendakwa pesawat berkenaan membawa bahan letupan.

"Pihak syarikat terus menghubungi menara kawalan dan pesawat berkenaan diarahkan supaya membuat pendaratan cemas ke LTSAAS.

"Sepasukan unit pemusnah bom PDRM dipanggil ke tempat kejadian namun pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang bahan letupan ditemui,"katanya.

Menurutnya, pesawat yang membawa 30 penumpang dan empat anak kapal itu selamat dan mereka sudah diterbangkan ke destinasi menggunakan pesawat lain.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan tetapi masih belum menerima sebarang maklumat lanjut berhubung perkara itu.

Artikel ini disiarkan pada :
Rabu, 18 Mei 2016 @ 12:20 AM
Quote tongkatwaran75 18-5-2016 07:17 AM
[youtube]Wy_LFCQslKE[/youtube]
Quote tongkatwaran75 18-5-2016 07:18 AM


Quote FanTasyCreaTioN 18-5-2016 07:22 AM
carik sampai dapat yang buat panggilan palsu tu

Quote ad_hoc79 18-5-2016 07:29 AM
sape punya keje lah main2 ni
Quote Syd 18-5-2016 07:43 AM
FanTasyCreaTioN replied at 18-5-2016 07:22 AM
carik sampai dapat yang buat panggilan palsu tu

adakah mungkin akan kerap berlaku macam neh?
acah-acah sbb nak bikin kalut orang ramai?

menimbulkan ketakutan
Quote FanTasyCreaTioN 18-5-2016 07:52 AM
Syd replied at 18-5-2016 07:43 AM
adakah mungkin akan kerap berlaku macam neh?
acah-acah sbb nak bikin kalut orang ramai?
nyampah orang camni
rasa thrill la tu dapat nipu
hampes

uwaaa stress ni
dari semalam wat upin ipin tak menjadi2
Quote Syd 18-5-2016 07:55 AM
FanTasyCreaTioN replied at 18-5-2016 07:52 AM
nyampah orang camni
rasa thrill la tu dapat nipu
hampes

ai rasa pihak berkuasa amek perhatian berat pasal menda2 macam neh.

since, serangan pengganas dah jadik kat negara2 jiran.

negara kita pulak, tak penah jadik lagi.

Lahad Datu punye kes yang besar.

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.169575 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top