Oleh : Dean BZ Juara Gempak Superstar musim pertama, Siti Elizad memberitahu akan menggunakan wang kemenangan untuk mengubati penyakit mata yang dihadapi ayahnya.
Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohd. Sharifuddin, 32, yang merupakan seorang pelakon berkata, dia sudah lama berusaha mengubati penyakit tersebut tapi masih tidak berhasil. “Saya ada perancangan untuk gunakan wang tersebut bagi mengubati penyakit mata yang dideritai oleh ayah saya yang membuatkannya sukar untuk melihat. “Sudah lama saya berusaha untuk mengubati penyakitnya itu, tetapi tidak berhasil. Saya berharap sangat ayah akan sembuh secepatnya dan mampu melihat seperti sediakala,” katanya.
Pada malam final tersebut, Elizad menyanyikan dua buah lagu, iaitu Makhluk Tuhan Paling Seksi nyanyian asal Mulan Jameela dan Ketulusan Hati (Anuar Zain). “Saya percaya, kemenangan saya ini adalah hadiah yang paling bermakna untuk ibu saya. Alhamdulillah, walaupun ibu sudah tiada, impiannya untuk melihat saya berjaya telah termakbul,” katanya. Sebelum keputusan diumumkan semalam, naib juara Gempak Superstar musim pertama, Sherry Ibrahim, sempat ditanyakan soalan oleh pengacara tentang apakah yang beliau akan lakukan sekiranya dinobatkan sebagai juara. "Jika saya juara, saya ingin menghantar kedua ibu bapa saya menunaikan umrah bersama-sama" katanya. Bagaimanapun Sherry hanya memenangi tempat kedua hasil dari undian awam dan keputusan juri. - CARI Infonet. Anda juga disyorkan membaca - Elizad Juara Gempak Superstar, Raih RM100,000 Sumber - mStar
|
17
Bagus |
7
Marah |
12
Terkejut |
16
Sedih |
12
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT