CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Muktamad : BN Menang Keseluruhan PRN-11 Sarawak

7-5-2016 06:53 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 27482| Komen: 305

Oleh Izzah Abbasy

Dikemaskini 7 Mei 2016

Kesemua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi ditandingi mereka pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11), termasuk Presiden SUPP Senator Datuk Dr Sim Kui Hian di Batu Kawah.

Pengerusi BN Sarawak Tan Sri Adenan Satem mencatat kemenangan mudah bagi kerusi Tanjong Datu, menewaskan pencabarnya Jazolkipli Numan daripada PKR untuk penggal ke-10 sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri.

Kredit : Bernama


9.02 malam : BN menang dua pertiga

Barisan Nasional menang dua pertiga 82 kerusi Dun Sarawak.



9.00 malam : Keputusan rasmi diumum

*Kedudukan kerusi PRN Sarawak (9 malam): BN 47, DAP 4, PKR 1

Sumber SPR

BN menang di DUN Balingian

BN menang di DUN Baleh

BN menang di DUN Meluan

BN menang di DUN Stakan

Adenan Satem menang DUN Tanjong Datu

BN menang di DUN Serembu

Adenan Satem menang DUN Tanjong Datu

BN menang di DUN Batang Ai

DAP menang di DUN Pending

BN menang di DUN Kalaka

DAP menang di DUN Padungan

BN menang di DUN Layar

BN menang di DUN Bukit Begunan

BN menang di DUN Tarat

BN menang di DUN Batang Ai

BN menang di DUN Lingga

BN menang di DUN Murum

BN menang di DUN Bukit Semuja

BN menang di DUN Belaga

BN menang di DUN Tebedu

BN menang di DUN Dalat

BN menang di DUN Balai Ringin

BN menang di DUN Nangka

BN menang di DUN Sadong Jaya

BN menang di DUN Sebuyau 

BN menang di DUN Saribas

BN menang di DUN Bukit Saban

BN menang di DUN Daro

DAP menang di DUN Bukit Assek

BN menang di DUN Semop

BN menang di DUN Pelagus

BN menang di DUN Tamin

BN menang di DUN Demak Laut

BN menang di DUN Mambong

BN menang di DUN Meradong

BN menang di DUN Simunjan

BN menang di DUN Batu Kitang

BN menang di DUN Beting Maro

BN menang di DUN Kabong

BN menang di DUN Jemoreng

PKR menang di DUN Krian

BN menang di DUN Pantai Damai

DAP menang di DUN Kota Sentosa

BN menang di DUN Demak Laut

DAP menang di DUN Batu Lintang

BN menang di DUN Satok

BN menang di DUN Batu Danau

BN menang di DUN Bawang Assan

BN menang di DUN Gedong

Kredit : Astro Awani


8.40 malam : BN Menang 42 Kerusi Sekaligus Layak Membentuk Kerajaan Dengan Mudah

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem terus kekal sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk penggal ke-10 setelah memenangi kerusi Tanjong Datu, hari ini.

Pengerusi BN Sarawak dan Presiden PBB itu mengalahkan calon PKR, Jazolkipli Numan, dengan majoriti 5,892 undi.

Adenan mendapat 6,360 undi berbanding Jazolkipli yang meraih 468 undi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) itu.

Calon PKR itu hilang deposit.

Pada PRN-10, Adenan menang dengan majoriti 3,216 undi setelah menewaskan calon PAS, Nani Sahari dan calon Bebas, Gilbert Asson Kulong.

Adenan adalah penyandang kerusi Tanjong Datu sejak PRN 2006 dan sebelum itu beliau merupakan ADUN Muara Tuang sejak pilihan raya kecil pada Januari 1979.

Ini kali pertama Adenan, selaku Ketua Menteri, mengetuai BN negeri pada pilihan raya negeri.

Beliau dilantik sebagai Ketua Menteri pada 2014, menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud, kini Yang Dipertua Negeri Sarawak, yang menerajui Sarawak kira-kira 33 tahun.

Pada PRN 2011, PBB menampilkan prestasi cemerlang apabila memenangi kesemua 35 DUN yang ditandinginya, dan kali ini PBB bertanding di 40 kerusi ekoran proses persempadanan semula kawasan yang menyaksikan jumlah kerusi bertambah daripada 71 kepada 82.

Kredit : Bernama


SPR belum keluar peratusan mengundi

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum mengeluarkan jumlah peratusan keluar mengundi walaupun semua 1,754 pusat pengundian sudah ditutup sejak 5 petang tadi.

Sumber SPR memberitahu, maklumat akhir peratusan keluar mengundi belum dapat dikeluarkan kerana SPR masih dalam proses mengumpul data. "Maklumat tepat akan dikeluarkan kelak," katanya. 


Setakat jam 4 petang tadi, sejumlah 52 peratus pemilih keluar membuang undi dan ada kemungkinan peratusan keluar mengundi pada pilihan raya kali ini antara yang terendah.

SPR sebelum ini mensasarkan sekurang-kurangnya 70 hingga 75 peratus pemilih menunaikan tanggungjawab mereka.

Baca Selanjutnya : Berita Harian


Semua 1,754 pusat mengundi PRN-11 Sarawak ditutup 

Petugas SPR menutup pintu masuk pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Sibu tepat jam 5 petang menandakan tamatnya proses pengundian PRN-11. 

Kesemua 1,754 pusat pengundian bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) ditutup tepat 5 petang ini, menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). 

Proses pengiraan dan penjumlahan undi sedang berlangsung sekarang. SPR berkata keputusan pertama pilihan raya negeri itu dijangka diumum kira-kira 8 malam ini. 

Sebanyak 1,085,087 pemilih berdaftar layak mengundi bagi memilih wakil rakyat mereka di 80 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN-11.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata proses pilihan raya negeri itu berjalan lancar dan teratur tanpa berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. 

Kredit : Bernama

39 Peratus Pengundi Sudah Keluar Mengundi

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 39 peratus pengundi sudah keluar mengundi sehingga 1 tengah hari tadi.

PRN-11 menyaksikan perebutan 82 kerusi DUN termasuk 11 kerusi baharu. BN telah memenangi dua kerusi tanpa bertanding bagi kawasan Bukit Sari dan Bukit Kota.


Najib Seru Rakyat Sarawak Keluar Mengundi Hari Ini


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyeru rakyat Sarawak supaya menjalankan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi pada pilihan raya negeri ke-11 (PRN-11) hari ini.

"Saya mengambil kesempatan ini menyeru anda semua untuk mengundi dan memilih wakil yang berhak membawa suara anda," katanya dalam catatan di laman Facebook dan Twitter beliau hari ini.

Baca Selanjutnya : Bernama


Musa Yakin BN Sarawak Beroleh Kejayaan

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yakin calon Barisan Nasional (BN) Sarawak yang bertanding pada pilihan raya negeri hari ini akan beroleh kejayaan dan kemenangan.

Menurutnya kemenangan BN Sarawak adalah kemenangan BN Sabah dan keuntungan Sarawak juga adalah keuntungan Sabah, maju Sarawak maka majulah Sabah, dua negeri adik-beradik ini baginya sentiasa bersama.

Baca Selanjutnya : Bernama


Dikemaskini 25 April 2016

Sarawak 2016 Lapor Langsung Hari Penamaan Calon
 
P'RAYA S'WAK | BLOG LANGSUNG HARI 1 Pilihan raya bagi Bumi Kenyalang bermula secara rasmi hari ini, dengan proses pencalonan bermula jam 9 pagi ini.

Sejumlah 82 kerusi kerusi Dewan Undangan Negeri dipertandingkan, termasuk 11 kerusi baru ekoran pelaksanaan proses terbaru persempadanan semula kawasan pilihan raya di negeri itu.

Bagi Pakatan Harapan, nampaknya proses pembahagian kerusi belum dapat diselesai, selepas PKR menggesa diadakan rundingan semula pada saat-saat akhir semalam.

Ia selepas tersebar berita bahawa pengerusi PKR Sarawak Baru Bian mungkin menandatangani surat yang didakwa dikeluarkan oleh Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali yang memberi kuasa wakil PKR untuk bertanding di Tasik Biru, Mambong, Simanggang, Bukit Semuja dan Mulu.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen dalam reaksi balasnya menegaskan bahawa mereka akan bertanding di Batu Kitang sekiranya PKR meletakkan calonnya di kelima-lima kerusi berkenaan.

Begitu juga dengan BN, dengan SUPP, UPP dan SPDP dan TERAS dijangka bertembung dalam gelanggang di Tasik Biru, Batu Kawah dan Bawang Assan.

Parti-parti yang bertanding mempunyai masa sehingga jam 10 pagi ini untuk mengemukakan pencalonan mereka. Rakyat Sarawak akan keluar mengundi pada 7 Mei ini.

Ikuti BLOG LANGSUNG dengan pasukan petugas Malaysiakini membawa berita terkini dari Sarawak.

11.21am - Majlis Perbandaran Padawan, Kuching: Pegawai SPR mengesahkan Batu Kitang menyaksikan lima calon bertanding bagi kerusi itu - Lo Khere Chiang dari SUPP, Abdul Aziz Isa dari DAP, Voon Shiak Ni dari PKR dan calon bebas Othman Bojeng dan Sulaiman Kadir.

10.52am - Muara Tuang: Calon-calon dari PAS dan parti serpihannya AMANAH akan bertembung di Muara Tuang. Mereka akan berdepan dengan calon BN dalam persaingan tiga penjuru, laporan Bernama.

10.50am - Calon BN Wong Soon Koh terkejut apabila salah seorang calon bebas ialah Watson Bangau John Nathan Renang.

Wong mendakwa Watson adalah pengerusi PBB bahagian Bawang Assan - parti utama di Sarawak.

10.43am - Bukit Sari: Calon BN Datuk Awang Tengah Ali Hassan menang DUN Bukit Sari tanpa bertanding, lapor Bernama.

10.11am - Sibu: Naib Ketua Pemuda AMANAH, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata dia turut dilarang masuk ke Sarawak.

Dalam satu kenyataan, Shazni berkata dia tiba di lapangan terbang Sibu pada jam 7.57 dan diberitahu namanya ada dalam senarai larangan itu dan diminta pulang ke Semenanjung..

10am: Proses penamaan calon ditutup bagi pilihan raya negeri Sarawak.

9.50am - Dewan Perbanaran Padawan, Kuching: Petugas DAP berkata calonnya bagi Batu Kitang, Abdul Aziz Isa menunggu dalam kenderaan sehingga jam 9.15 pagi sebelum turun untuk menyerahkan borang pencalonannya, selepas mendapat tahu yang PKR akan bertanding di Serian bersama DAP.

9.45am - Bau: Walaupun wujud pertikaian mengenai pencalonan antara penyandang Peter Nansian (TERAS) dan pengganti Henry Jinep (BN-SPDP), Nansian memaparkan perpaduan BN dengan hadir menyokong Jinep di Dewan Suarah Bau, pusat penamaan calon bagi Tasik Biru.

"Ya. Saya berada di sini untuk menyokong BN," Nansian memberitahu pemberita di tengah-tengah 600 penyokong BN yang mengebarkan bendera BN, SPDP dan PRS sambil melaungkan "Hidup BN".

9.35am - Marudi: Proses penamaan calon sedang berjalan di tiga lokasi berasingan di bandar Marudi, di mana satu daripadanya di bawah kawasan Parlimen Baram.

Di luar tiga lokasi itu, keadaan adalah tenang selain daripada sedikit bunyi bising dan sesekali bunyi pesawat terbang dari landasan kapal terbang Marudi yang berdekatan.

Terdapat lebih seratus penyokong PKR menunggu di luar pusat penamaan calon masing-masing - di Marudi, Telang Usan, dan Mulu.

Bagaimanapun, jumlah mereka tidak seramai penyokong BN di setiap lokasi tersebut.

Sementara itu di luar Dewan Suarah di mana proses penamaan bagi kerusi Mulu yang sedang berjalan, kira-kira 100 penyokong calon DAP Paul Raja turut hadir dan menunggu.

Mulu dijangka menyaksikan saingan empat penjuru antara beliau, calon PKR Paul Baya, calon BN Gerawat Gala, dan calon bebas Dr Roland Dom Mattu.

Pertandingan tiga penjuru juga dijangka berlaku di kawasan Dewan Undangan Negeri Marudi, antara calon PKR Elia Bit, calonn BN Penguang Manggil, dan calon Bebas Louis Jalong

Di pusat penamaan calon bagi kerusi Telang Usan, ia dijangka menyaksikan pertembungan antara calon PKR yang juga veteran kempen anti Empangan Baram, Roland Engan dengan calon ADUN penyandang dari BN, Dennis Ngau.

Pencalonan akan ditutup pada pukul 10 pagi, di mana pegawai pengurus akan membuat pengumuman rasmi.

9.32am - Bukit Assek, Sibu: Tiga calon, Cheng Buong Toon (SUPP), Irene Chang (DAP) dan Moh Hong King (Star) memasuki pusat penamaan calon.

Mereka menyerahkan borang pencalonan kepada para pegawai SPR, manakala pegawai-pegawai berkenaan menjelaskan peraturan pilihan raya dan berbual dengan mereka untuk meredakan ketegangan.

Ini adalah kali kedua Cheng dari SUPP bertanding di kerusi majoriti kaum Cina itu, selepas dia tewas kepada mendiang suami Chang yang juga bekas pengerusi DAP negeri Wong Ho Leng dengan majoriti lebih 1800 undi pada 2011.

Setengah jam sejak proses penamaan calon bermula, segala-galanya berjalan lancar dan tidak ada calon lain yang dilihat datang di Perpustakaan Awam Sibu, di mana terletaknya pusat penamaan calon itu.

9.30am - Kuching: DAP bertindak balas terhadap PKR dengan menghantar calon Abdul Aziz Isa untuk bertanding di Batu Kitang, kerusi yang sebelum ini diperuntukkan kepada PKR.

Ini selepas PKR membenarkan lima calonnya untuk bertanding bagi kerusi di mana calon-calon DAP bersedia untuk bertanding.

Batu Kitang dijangka menyaksikan pertembungan pelbagai penjuru antara SUPP, PKR, DAP dan mungkin dua calon bebas.

Voon Shiak Ni mewakili PKR manakala Lo Khere Chiang mewakili SUPP.

9.15am - Miri: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengiringi calon parti itu, Jofri Jaraiee.

Beliau dilihat bergandingan tangan dengan pemimpin lain parti itu ketika berarak ke pusat penamaan calon.

9.07am - Ba'kelalan: Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian mengesahkan bakal calon parti itu di lima kerusi yang menghadapi pertikaian pembahagiannya, telah menerima surat kuasa dari parti itu untuk bertanding.

"Mereka berada di kawasan masing-masing iaitu Mulu, Mambong, Simanggang, Ngemah dan Murum," katanya kepada Malaysiakini melalui telefon.

"Sebelum pukul 10 pagi, kami akan menghubungi mereka untuk memberitahu mereka sama ada akan bertanding atau tidak".

9.05am - Bawang Assan, Sibu: Beng Kor, calon bebas, tiba di pusat penamaan calon Dewan Suarah Sibu bersama penyokongnya.

8.50am - Bau: calon DAP dan PKR terserempak berhampiran pusat penamaan calon di Dewan Suarah Bau Tasik Biru dan Serembu.

DAP bertanding kerusi Tasik Biru manakala PKR bertanding kerusi Serembu, tetapi wujud ketegangan selepas PKR semalam bertegas untuk bertanding kerusi Tasik Biru.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, yang menyertai calon DAP kerusi Tasik Biru, Mordi Bimol, berarak ke pusat penamaan calon, terserempak dengan calon PKR bagi kerusi Serembu, Athina Sim, tetapi hampir tidak ada interaksi dan mereka tidak berjabat tangan.

10

Bagus
11

Marah
5

Terkejut
16

Sedih
25

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Knights 25-4-2016 11:46 AM
BN dah menang 1 kerusi tanpa bertanding
Quote GhostWalking 25-4-2016 11:46 AM
http://www.astroawani.com/berita-politik/sarawak-2016-lapor-langsung-hari-penamaan-calon-103618
Quote GhostWalking 25-4-2016 11:47 AM
Perebutan 82 kerusi DUN bermulaPada pilihan raya kali ini menyaksikan 82 kerusi dipertandingkan termasuk 11 kerusi baharu berikutan persempadanan semula kawasan.Selepas penantian hampir lima tahun, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 bakal membuka tirai dengan hari penamaan calon hari ini.

PRN kali ini turut menyaksikan ramai calon yang menawarkan diri untuk bertanding selepas Suruhanjaya Pilihanraya SPR merekodkan penjualan 971 kertas pencalonan sehingga 22 April lalu dengan Kuching merekodkan 124 kertas pencalonan dijual.

Pada pilihan raya kali ini menyaksikan 82 kerusi dipertandingkan termasuk 11 kerusi baharu berikutan persempadanan semula kawasan.
Quote the_killer 25-4-2016 11:47 AM
BN menang DUN  N82 Bukit Sari,

Quote GhostWalking 25-4-2016 11:48 AM
Astro Awani
BERITA  |  POLITIK

Sarawak 2016 Lapor Langsung Hari Penamaan Calon
Sarawak 2016: Lapor Langsung Hari Penamaan Calon
Selepas penantian hampir lima tahun, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 membuka tirai dengan hari penamaan calon hari ini.
KRONOLOGI  
8 :03 AM MYT
Perebutan 82 kerusi DUN bermula
8 :20 AM MYT
Penyokong mula berkumpul
8 :24 AM MYT
Calon-calon bersiap sedia
8 :27 AM MYT
Pihak boleh berkawal
8 :45 AM MYT
Calon Pas tiba
TERKINI Susun atur :  
25 APR 2016
8 :03 AM MYTFacebookTwitterGoogleEmail
Perebutan 82 kerusi DUN bermulaPada pilihan raya kali ini menyaksikan 82 kerusi dipertandingkan termasuk 11 kerusi baharu berikutan persempadanan semula kawasan.Selepas penantian hampir lima tahun, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 bakal membuka tirai dengan hari penamaan calon hari ini.

PRN kali ini turut menyaksikan ramai calon yang menawarkan diri untuk bertanding selepas Suruhanjaya Pilihanraya SPR merekodkan penjualan 971 kertas pencalonan sehingga 22 April lalu dengan Kuching merekodkan 124 kertas pencalonan dijual.

Pada pilihan raya kali ini menyaksikan 82 kerusi dipertandingkan termasuk 11 kerusi baharu berikutan persempadanan semula kawasan.
8 :20 AM MYTFacebookTwitterGoogleEmail
Penyokong mula berkumpul Sokongan diberikan oleh penyokong calon-calon yang bertanding
8 :24 AM MYTFacebookTwitterGoogleEmail
Calon-calon bersiap sedia Calon PRN-11 Sarawak mula tiba untuk mengemukakan pencalonan
Ketibaan calon PKR untuk N.19:Mambong, Willie Morgin di pusat penamaan calon di Pjbt Daerah Kecil Siburan @501Awani pic.twitter.com/OQfH96Z5DP

— wan syamsul amly (@wansyamsulamly) April 25, 2016
8 :27 AM MYTFacebookTwitterGoogleEmail
Pihak boleh berkawalPihak polis memberikan bantuan dengan berkawal di sekitar pusat penamaan calon
8 :45 AM MYTFacebookTwitterGoogleEmail
Calon Pas tibaCalon PAS bagi N16 Muara Tuang Zulkifli Ramzi tiba di pusat penamaan calon pada jam 825 pagi.
8 :50 AM MYTFacebookTwitterGoogleEmail
Calon BN N.19 tibaKetibaan calon BN N.19 Mambong Datuk Jerip Susil
8 :58 AM MYTFacebookTwitterGoogleEmail
Sokongan dari rakan politikCalon Barisan Nasional mendapat sokongan dari rakan-rakan politik dan penyokong
9 :00 AM MYTFacebookTwitterGoogleEmail
Pusat penamaan calon dibukaProses penamaan calon akan berlangsung selama sejam sehingga 10 pagi.Kesemua 82 pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) dibuka 9 pagi ini.

Proses penamaan calon akan berlangsung selama sejam sehingga 10 pagi.

Selepas itu, pegawai pengurus pilihan raya bagi setiap kawasan berkenaan
akan mengumumkan calon-calon yang layak bertanding sekiranya ada pertandingan.
Pengundian ditetapkan pada 7 Mei.

Pilihan raya itu diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN)
Sarawak pada 11 April.

DUN Sarawak kini mempunyai 82 kerusi berikutan persempadanan semula, yang
menyaksikan tambahan 11 kerusi baharu.
Quote Knights 25-4-2016 11:49 AM
pkr dap lawan sama sendiri 6 kerusi

Quote Knights 25-4-2016 11:49 AM
pembangkang dah kuat sangat kot
tu berani lawan sama sendiri
Quote the_killer 25-4-2016 11:50 AM
LAWAS: Calon BN bagi kerusi N82 Bukit Sari, Datuk Awang Tengah Ali Hasan menang tanpa bertanding selepas hanya pencalonan beliau diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga jam 10 pagi tadi. Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya N82 Bukit Sari, Hussaini Hakim.


Awang Tengah yang juga penyandang kerusi berkenaan mengemukakan borang pencalonan pada jam 9.02 pagi. Beliau sebelum itu diiringi kira-kira 1,000 penyokong termasuk Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa ke pusat penamaan calon di Stadium Tertutup Lawas. Dalam ucapan ringkasnya selepas pengumuman keputusan oleh SPR sebentar tadi, Awang Tengah berkata beliau amat menghargai sokongan diberikan rakyat.

Quote GhostWalking 25-4-2016 11:50 AM
@Syd kot ada gambar2 rembes
Quote Haer 25-4-2016 11:53 AM
Knights replied at 25-4-2016 11:49 AM
pkr dap lawan sama sendiri 6 kerusi

dari bodoh bodoh lawan sama sendiri, awat dorg tak tanding saja kerusi yang BN menang tanpa bertanding tu ....
Quote Syd 25-4-2016 11:54 AM
ISNIN, 25 APRIL 2016 @ 11:37 AM Dr Abdul Rahman menang tanpa bertanding
CALON BN DUN N.04 Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi. - Foto Muhd zaaba Zakeria


LIMBANG: Calon BN N79 Bukit Kota, Dr Abdul Rahman Ismail menang tanpa bertanding. Keputusan disahkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya N79 Bukit Kota, Hamdiah Bakir sebentar tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/147286
Quote Syd 25-4-2016 11:55 AM
GhostWalking replied at 25-4-2016 11:50 AM
@Syd kot ada gambar2 rembes

setakat neh, gambar Kak Mah paling rembez
Quote Knights 25-4-2016 11:55 AM
Edited by Knights at 25-4-2016 11:56 AM

so BN dah menang duakerusi dah

Bukit Sari
Pantai Damai


semua kawasan melayu
dap pun tak berani lawan kerusi melayu kot
Quote GhostWalking 25-4-2016 11:56 AM
Syd replied at 25-4-2016 03:54 AM
ISNIN, 25 APRIL 2016 @ 11:37 AM Dr Abdul Rahman menang tanpa bertanding
CALON BN DUN N.04 Pantai D ...

Olololololo
Quote cak! 25-4-2016 11:58 AM
samaring.jpg
Quote Knights 25-4-2016 12:00 PM
Pertandingan Sama Sendiri PKR - DAP

DUN Mulu
DUN Mambong
DUN Simanggang
DUN Ngemah
DUN Murum
DUN Batu Kitang



memandangkan PAS bukan dalam Pakatan lagi, boleh dimaafkan

PAS lawan Amanah di

DUN Muara Tiang

PAS lawan DAP di

DUN Pujut
Quote Knights 25-4-2016 12:02 PM

berita 2 jam lepas lah tu



Tiga penjuru di DUN Samariang
Nurul Hidayah Bahaudin
[email protected]


Petra Jaya: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Samariang menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Sharifah Hasidah Sayeef Aman Ghazali, calon PAS, Ustaz Yusof Ahmad Sharkawi dan Nani Sahari dari PAN.

Pengumuman itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Samariang, Jumaini Haili pada jam 11.30 pagi tadi.

Ketiga-tiga calon berkenaan menghantar kertas pencalonan secara serentak di pusat penamaan calon di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semerah Padi pada jam 9.15 pagi tadi.

Calon BN, Sharifah Hasidah diiringi pencadang, Wasli Ibrahim dan penyokong, Hanifah Saed, manakala, calon PAS ditemani pencadang, Arbi Mahdi serta penyokong, Habsah Bujang. Sementara itu, calon PAN diiringi pencadang, Siti Raliawati Bolkassim Khan dan penyokong, Hadina Umar.

Sharifah Hasidah sebelum itu diiringi Ketua Pergerakan Wanita BN Pusat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil berarak bersama lebih 500 penyokong dari Masjid Husnu Khatimah di Jalan Cenderawasih ke pusat penamaan calon pada jam 8.30 pagi tadi.

Kerusi DUN Samariang dimenangi oleh Sharifah Hasidah pada Pilihan Raya Negeri Ke-10 (PRN10) apabila mengalahkan pencabarnya, Zulrusdi Mohamad Hol dari PKR dengan majoriti 5,431 undi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/133239?m=1#sthash.N27K79HE.dpuf

Quote the_killer 25-4-2016 12:04 PM
LUNDU: Kejayaan Barisan Nasional (BN) Sarawak memenangi dua kerusi tanpa bertanding setakat ini masing-masing di Bukit Sari dan Bukit Kota, adalah isyarat jelas penerimaan rakyat terhadap keupayaan Tim Adenan melaksanakan agenda pembangunan di negeri ini. Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, berkata kemenangan dua kerusi itu, masing-masing disandang Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dr Abdul Rahman Ismail, turut disifatkan sebagai penyuntik semangat kepada BN Sarawak untuk memperoleh kejayaan lebih besar dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11), 7 Mei ini.

"Kita sudah menang dua kerusi (tanpa bertanding) hari ini yang jelas membuktikan sokongan tidak berbelah bahagi rakyat terhadap BN Sarawak. Di beberapa kerusi pula, berlaku pertindihan antara parti pembangkang dan terpaksa bersaing sesama sendiri. "Ia tentunya menjadi kelebihan BN Sarawak untuk mengekalkan penguasaan di kerusi lain, terutama di kerusi tradisi, selain melaksanakan misi menawan semula beberapa kerusi yang ditawan pembangkang sebelum ini," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media di Rumah Rehat Kerajaan, di sini sebentar tadi yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Adenan yang juga Pengerusi BN Sarawak, berkata manifesto pilihan raya yang bakal dilancarkan esok adalah bersifat inklusif merangkumi kejayaan pembangunan dilaksanakan sebelum ini dan perancangan pembangunan masa depan yang tentunya memberi kesan cukup signifikan terhadap rakyat. "Tempoh dua tahun ini tidak cukup. Jadi, saya perlukan lima tahun lagi untuk melaksanakan agenda itu. Ini akan kita zahirkan melalui manifesto yang akan kita umumkan esok," katanya. Sementara itu, Najib sambil mengucapkan tahniah kepada Adenan di atas kejayaan awal berkenaan, berkata kerapuhan pakatan pembangkang, termasuk kegagalan mereka mencapai konsensus berhubung proses pengagihan kerusi jelas membuktikan ketidakupayaan mereka menubuhkan sebuah kerajaan yang stabil dan mampu berkhidmat kepada rakyat.


"Kita sudah menang dua kerusi hari dan akan menang banyak lagi. Dari peringkat awal lagi, pembangkang tidak mampu mencapai konsensus dan pengundi tidak sepatutnya menyokong mereka. "Kita perlu ingat.... undi ini adalah jaminan masa depan kita yang lebih makmur dan sejahtera untuk Sarawak. Jika kita mengundi pembangkang, apakah kita mahu kerajaan yang rapuh," katanya.

Quote bluehedgehog 25-4-2016 12:21 PM
#tahniahbnsarawak

Lihat semua komen(305)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.086700 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top