CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23067|Reply: 306

[Tempatan] Sarawak 2016 Lapor Langsung PRN:BN- 58, DAP - 6, PKR - 3

[Copy link]
Post time 25-4-2016 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 7-5-2016 01:12 PM

Sarawak 2016 Lapor Langsung Hari Penamaan Calon

Selepas penantian hampir lima tahun, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 membuka tirai dengan hari penamaan calon hari ini.


Awang Tengah menang tanpa bertanding, PKR-DAP bertembung
25 Apr 2016, pagi 8:36
Dikemaskini 25 Apr 2016, tengahari 11:42


P'RAYA S'WAK | BLOG LANGSUNG HARI 1 Pilihan raya bagi Bumi Kenyalang bermula secara rasmi hari ini, dengan proses pencalonan bermula jam 9 pagi ini.

Sejumlah 82 kerusi kerusi Dewan Undangan Negeri dipertandingkan, termasuk 11 kerusi baru ekoran pelaksanaan proses terbaru persempadanan semula kawasan pilihan raya di negeri itu.

Bagi Pakatan Harapan, nampaknya proses pembahagian kerusi belum dapat diselesai, selepas PKR menggesa diadakan rundingan semula pada saat-saat akhir semalam.

Ia selepas tersebar berita bahawa pengerusi PKR Sarawak Baru Bian mungkin menandatangani surat yang didakwa dikeluarkan oleh Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali yang memberi kuasa wakil PKR untuk bertanding di Tasik Biru, Mambong, Simanggang, Bukit Semuja dan Mulu.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen dalam reaksi balasnya menegaskan bahawa mereka akan bertanding di Batu Kitang sekiranya PKR meletakkan calonnya di kelima-lima kerusi berkenaan.

Begitu juga dengan BN, dengan SUPP, UPP dan SPDP dan TERAS dijangka bertembung dalam gelanggang di Tasik Biru, Batu Kawah dan Bawang Assan.

Parti-parti yang bertanding mempunyai masa sehingga jam 10 pagi ini untuk mengemukakan pencalonan mereka. Rakyat Sarawak akan keluar mengundi pada 7 Mei ini.

Ikuti BLOG LANGSUNG dengan pasukan petugas Malaysiakini membawa berita terkini dari Sarawak.

11.21am - Majlis Perbandaran Padawan, Kuching: Pegawai SPR mengesahkan Batu Kitang menyaksikan lima calon bertanding bagi kerusi itu - Lo Khere Chiang dari SUPP, Abdul Aziz Isa dari DAP, Voon Shiak Ni dari PKR dan calon bebas Othman Bojeng dan Sulaiman Kadir.

10.52am - Muara Tuang: Calon-calon dari PAS dan parti serpihannya AMANAH akan bertembung di Muara Tuang. Mereka akan berdepan dengan calon BN dalam persaingan tiga penjuru, laporan Bernama.

10.50am - Calon BN Wong Soon Koh terkejut apabila salah seorang calon bebas ialah Watson Bangau John Nathan Renang.

Wong mendakwa Watson adalah pengerusi PBB bahagian Bawang Assan - parti utama di Sarawak.

10.43am - Bukit Sari: Calon BN Datuk Awang Tengah Ali Hassan menang DUN Bukit Sari tanpa bertanding, lapor Bernama.

10.11am - Sibu: Naib Ketua Pemuda AMANAH, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata dia turut dilarang masuk ke Sarawak.

Dalam satu kenyataan, Shazni berkata dia tiba di lapangan terbang Sibu pada jam 7.57 dan diberitahu namanya ada dalam senarai larangan itu dan diminta pulang ke Semenanjung..

10am: Proses penamaan calon ditutup bagi pilihan raya negeri Sarawak.

9.50am - Dewan Perbanaran Padawan, Kuching: Petugas DAP berkata calonnya bagi Batu Kitang, Abdul Aziz Isa menunggu dalam kenderaan sehingga jam 9.15 pagi sebelum turun untuk menyerahkan borang pencalonannya, selepas mendapat tahu yang PKR akan bertanding di Serian bersama DAP.

9.45am - Bau: Walaupun wujud pertikaian mengenai pencalonan antara penyandang Peter Nansian (TERAS) dan pengganti Henry Jinep (BN-SPDP), Nansian memaparkan perpaduan BN dengan hadir menyokong Jinep di Dewan Suarah Bau, pusat penamaan calon bagi Tasik Biru.

"Ya. Saya berada di sini untuk menyokong BN," Nansian memberitahu pemberita di tengah-tengah 600 penyokong BN yang mengebarkan bendera BN, SPDP dan PRS sambil melaungkan "Hidup BN".

9.35am - Marudi: Proses penamaan calon sedang berjalan di tiga lokasi berasingan di bandar Marudi, di mana satu daripadanya di bawah kawasan Parlimen Baram.

Di luar tiga lokasi itu, keadaan adalah tenang selain daripada sedikit bunyi bising dan sesekali bunyi pesawat terbang dari landasan kapal terbang Marudi yang berdekatan.

Terdapat lebih seratus penyokong PKR menunggu di luar pusat penamaan calon masing-masing - di Marudi, Telang Usan, dan Mulu.

Bagaimanapun, jumlah mereka tidak seramai penyokong BN di setiap lokasi tersebut.

Sementara itu di luar Dewan Suarah di mana proses penamaan bagi kerusi Mulu yang sedang berjalan, kira-kira 100 penyokong calon DAP Paul Raja turut hadir dan menunggu.

Mulu dijangka menyaksikan saingan empat penjuru antara beliau, calon PKR Paul Baya, calon BN Gerawat Gala, dan calon bebas Dr Roland Dom Mattu.

Pertandingan tiga penjuru juga dijangka berlaku di kawasan Dewan Undangan Negeri Marudi, antara calon PKR Elia Bit, calonn BN Penguang Manggil, dan calon Bebas Louis Jalong

Di pusat penamaan calon bagi kerusi Telang Usan, ia dijangka menyaksikan pertembungan antara calon PKR yang juga veteran kempen anti Empangan Baram, Roland Engan dengan calon ADUN penyandang dari BN, Dennis Ngau.

Pencalonan akan ditutup pada pukul 10 pagi, di mana pegawai pengurus akan membuat pengumuman rasmi.

9.32am - Bukit Assek, Sibu: Tiga calon, Cheng Buong Toon (SUPP), Irene Chang (DAP) dan Moh Hong King (Star) memasuki pusat penamaan calon.

Mereka menyerahkan borang pencalonan kepada para pegawai SPR, manakala pegawai-pegawai berkenaan menjelaskan peraturan pilihan raya dan berbual dengan mereka untuk meredakan ketegangan.

Ini adalah kali kedua Cheng dari SUPP bertanding di kerusi majoriti kaum Cina itu, selepas dia tewas kepada mendiang suami Chang yang juga bekas pengerusi DAP negeri Wong Ho Leng dengan majoriti lebih 1800 undi pada 2011.

Setengah jam sejak proses penamaan calon bermula, segala-galanya berjalan lancar dan tidak ada calon lain yang dilihat datang di Perpustakaan Awam Sibu, di mana terletaknya pusat penamaan calon itu.

9.30am - Kuching: DAP bertindak balas terhadap PKR dengan menghantar calon Abdul Aziz Isa untuk bertanding di Batu Kitang, kerusi yang sebelum ini diperuntukkan kepada PKR.

Ini selepas PKR membenarkan lima calonnya untuk bertanding bagi kerusi di mana calon-calon DAP bersedia untuk bertanding.

Batu Kitang dijangka menyaksikan pertembungan pelbagai penjuru antara SUPP, PKR, DAP dan mungkin dua calon bebas.

Voon Shiak Ni mewakili PKR manakala Lo Khere Chiang mewakili SUPP.

9.15am - Miri: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengiringi calon parti itu, Jofri Jaraiee.

Beliau dilihat bergandingan tangan dengan pemimpin lain parti itu ketika berarak ke pusat penamaan calon.

9.07am - Ba'kelalan: Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian mengesahkan bakal calon parti itu di lima kerusi yang menghadapi pertikaian pembahagiannya, telah menerima surat kuasa dari parti itu untuk bertanding.

"Mereka berada di kawasan masing-masing iaitu Mulu, Mambong, Simanggang, Ngemah dan Murum," katanya kepada Malaysiakini melalui telefon.

"Sebelum pukul 10 pagi, kami akan menghubungi mereka untuk memberitahu mereka sama ada akan bertanding atau tidak".

9.05am - Bawang Assan, Sibu: Beng Kor, calon bebas, tiba di pusat penamaan calon Dewan Suarah Sibu bersama penyokongnya.

8.50am - Bau: calon DAP dan PKR terserempak berhampiran pusat penamaan calon di Dewan Suarah Bau Tasik Biru dan Serembu.

DAP bertanding kerusi Tasik Biru manakala PKR bertanding kerusi Serembu, tetapi wujud ketegangan selepas PKR semalam bertegas untuk bertanding kerusi Tasik Biru.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, yang menyertai calon DAP kerusi Tasik Biru, Mordi Bimol, berarak ke pusat penamaan calon, terserempak dengan calon PKR bagi kerusi Serembu, Athina Sim, tetapi hampir tidak ada interaksi dan mereka tidak berjabat tangan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2016 11:46 AM | Show all posts
BN dah menang 1 kerusi tanpa bertanding
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2016 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
http://www.astroawani.com/berita-politik/sarawak-2016-lapor-langsung-hari-penamaan-calon-103618
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2016 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Perebutan 82 kerusi DUN bermulaPada pilihan raya kali ini menyaksikan 82 kerusi dipertandingkan termasuk 11 kerusi baharu berikutan persempadanan semula kawasan.Selepas penantian hampir lima tahun, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 bakal membuka tirai dengan hari penamaan calon hari ini.

PRN kali ini turut menyaksikan ramai calon yang menawarkan diri untuk bertanding selepas Suruhanjaya Pilihanraya SPR merekodkan penjualan 971 kertas pencalonan sehingga 22 April lalu dengan Kuching merekodkan 124 kertas pencalonan dijual.

Pada pilihan raya kali ini menyaksikan 82 kerusi dipertandingkan termasuk 11 kerusi baharu berikutan persempadanan semula kawasan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2016 11:47 AM | Show all posts
BN menang DUN  N82 Bukit Sari,

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2016 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Astro Awani
BERITA  |  POLITIK

Sarawak 2016 Lapor Langsung Hari Penamaan Calon
Sarawak 2016: Lapor Langsung Hari Penamaan Calon
Selepas penantian hampir lima tahun, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 membuka tirai dengan hari penamaan calon hari ini.
KRONOLOGI  
8 :03 AM MYT
Perebutan 82 kerusi DUN bermula
8 :20 AM MYT
Penyokong mula berkumpul
8 :24 AM MYT
Calon-calon bersiap sedia
8 :27 AM MYT
Pihak boleh berkawal
8 :45 AM MYT
Calon Pas tiba
TERKINI Susun atur :  
25 APR 2016
8 :03 AM MYTFacebookTwitterGoogleEmail
Perebutan 82 kerusi DUN bermulaPada pilihan raya kali ini menyaksikan 82 kerusi dipertandingkan termasuk 11 kerusi baharu berikutan persempadanan semula kawasan.Selepas penantian hampir lima tahun, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 bakal membuka tirai dengan hari penamaan calon hari ini.

PRN kali ini turut menyaksikan ramai calon yang menawarkan diri untuk bertanding selepas Suruhanjaya Pilihanraya SPR merekodkan penjualan 971 kertas pencalonan sehingga 22 April lalu dengan Kuching merekodkan 124 kertas pencalonan dijual.

Pada pilihan raya kali ini menyaksikan 82 kerusi dipertandingkan termasuk 11 kerusi baharu berikutan persempadanan semula kawasan.
8 :20 AM MYTFacebookTwitterGoogleEmail
Penyokong mula berkumpul Sokongan diberikan oleh penyokong calon-calon yang bertanding
8 :24 AM MYTFacebookTwitterGoogleEmail
Calon-calon bersiap sedia Calon PRN-11 Sarawak mula tiba untuk mengemukakan pencalonan
Ketibaan calon PKR untuk N.19:Mambong, Willie Morgin di pusat penamaan calon di Pjbt Daerah Kecil Siburan @501Awani pic.twitter.com/OQfH96Z5DP

— wan syamsul amly (@wansyamsulamly) April 25, 2016
8 :27 AM MYTFacebookTwitterGoogleEmail
Pihak boleh berkawalPihak polis memberikan bantuan dengan berkawal di sekitar pusat penamaan calon
8 :45 AM MYTFacebookTwitterGoogleEmail
Calon Pas tibaCalon PAS bagi N16 Muara Tuang Zulkifli Ramzi tiba di pusat penamaan calon pada jam 825 pagi.
8 :50 AM MYTFacebookTwitterGoogleEmail
Calon BN N.19 tibaKetibaan calon BN N.19 Mambong Datuk Jerip Susil
8 :58 AM MYTFacebookTwitterGoogleEmail
Sokongan dari rakan politikCalon Barisan Nasional mendapat sokongan dari rakan-rakan politik dan penyokong
9 :00 AM MYTFacebookTwitterGoogleEmail
Pusat penamaan calon dibukaProses penamaan calon akan berlangsung selama sejam sehingga 10 pagi.Kesemua 82 pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) dibuka 9 pagi ini.

Proses penamaan calon akan berlangsung selama sejam sehingga 10 pagi.

Selepas itu, pegawai pengurus pilihan raya bagi setiap kawasan berkenaan
akan mengumumkan calon-calon yang layak bertanding sekiranya ada pertandingan.
Pengundian ditetapkan pada 7 Mei.

Pilihan raya itu diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN)
Sarawak pada 11 April.

DUN Sarawak kini mempunyai 82 kerusi berikutan persempadanan semula, yang
menyaksikan tambahan 11 kerusi baharu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2016 11:49 AM | Show all posts
pkr dap lawan sama sendiri 6 kerusi

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2016 11:49 AM | Show all posts
pembangkang dah kuat sangat kot
tu berani lawan sama sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2016 11:50 AM | Show all posts
LAWAS: Calon BN bagi kerusi N82 Bukit Sari, Datuk Awang Tengah Ali Hasan menang tanpa bertanding selepas hanya pencalonan beliau diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga jam 10 pagi tadi. Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya N82 Bukit Sari, Hussaini Hakim.


Awang Tengah yang juga penyandang kerusi berkenaan mengemukakan borang pencalonan pada jam 9.02 pagi. Beliau sebelum itu diiringi kira-kira 1,000 penyokong termasuk Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa ke pusat penamaan calon di Stadium Tertutup Lawas. Dalam ucapan ringkasnya selepas pengumuman keputusan oleh SPR sebentar tadi, Awang Tengah berkata beliau amat menghargai sokongan diberikan rakyat.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2016 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
@Syd kot ada gambar2 rembes
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2016 11:53 AM | Show all posts
Knights replied at 25-4-2016 11:49 AM
pkr dap lawan sama sendiri 6 kerusi

dari bodoh bodoh lawan sama sendiri, awat dorg tak tanding saja kerusi yang BN menang tanpa bertanding tu ....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2016 11:54 AM | Show all posts
ISNIN, 25 APRIL 2016 @ 11:37 AM Dr Abdul Rahman menang tanpa bertanding
CALON BN DUN N.04 Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi. - Foto Muhd zaaba Zakeria


LIMBANG: Calon BN N79 Bukit Kota, Dr Abdul Rahman Ismail menang tanpa bertanding. Keputusan disahkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya N79 Bukit Kota, Hamdiah Bakir sebentar tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/147286
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2016 11:55 AM | Show all posts
GhostWalking replied at 25-4-2016 11:50 AM
@Syd kot ada gambar2 rembes

setakat neh, gambar Kak Mah paling rembez
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2016 11:55 AM | Show all posts
Edited by Knights at 25-4-2016 11:56 AM

so BN dah menang duakerusi dah

Bukit Sari
Pantai Damai


semua kawasan melayu
dap pun tak berani lawan kerusi melayu kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2016 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 25-4-2016 03:54 AM
ISNIN, 25 APRIL 2016 @ 11:37 AM Dr Abdul Rahman menang tanpa bertanding
CALON BN DUN N.04 Pantai D ...

Olololololo
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2016 11:58 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2016 12:00 PM | Show all posts
Pertandingan Sama Sendiri PKR - DAP

DUN Mulu
DUN Mambong
DUN Simanggang
DUN Ngemah
DUN Murum
DUN Batu Kitang



memandangkan PAS bukan dalam Pakatan lagi, boleh dimaafkan

PAS lawan Amanah di

DUN Muara Tiang

PAS lawan DAP di

DUN Pujut
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2016 12:02 PM | Show all posts

berita 2 jam lepas lah tu



Tiga penjuru di DUN Samariang
Nurul Hidayah Bahaudin
am@hmetro.com.my


Petra Jaya: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Samariang menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Sharifah Hasidah Sayeef Aman Ghazali, calon PAS, Ustaz Yusof Ahmad Sharkawi dan Nani Sahari dari PAN.

Pengumuman itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Samariang, Jumaini Haili pada jam 11.30 pagi tadi.

Ketiga-tiga calon berkenaan menghantar kertas pencalonan secara serentak di pusat penamaan calon di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semerah Padi pada jam 9.15 pagi tadi.

Calon BN, Sharifah Hasidah diiringi pencadang, Wasli Ibrahim dan penyokong, Hanifah Saed, manakala, calon PAS ditemani pencadang, Arbi Mahdi serta penyokong, Habsah Bujang. Sementara itu, calon PAN diiringi pencadang, Siti Raliawati Bolkassim Khan dan penyokong, Hadina Umar.

Sharifah Hasidah sebelum itu diiringi Ketua Pergerakan Wanita BN Pusat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil berarak bersama lebih 500 penyokong dari Masjid Husnu Khatimah di Jalan Cenderawasih ke pusat penamaan calon pada jam 8.30 pagi tadi.

Kerusi DUN Samariang dimenangi oleh Sharifah Hasidah pada Pilihan Raya Negeri Ke-10 (PRN10) apabila mengalahkan pencabarnya, Zulrusdi Mohamad Hol dari PKR dengan majoriti 5,431 undi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/133239?m=1#sthash.N27K79HE.dpuf

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2016 12:04 PM | Show all posts
LUNDU: Kejayaan Barisan Nasional (BN) Sarawak memenangi dua kerusi tanpa bertanding setakat ini masing-masing di Bukit Sari dan Bukit Kota, adalah isyarat jelas penerimaan rakyat terhadap keupayaan Tim Adenan melaksanakan agenda pembangunan di negeri ini. Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, berkata kemenangan dua kerusi itu, masing-masing disandang Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dr Abdul Rahman Ismail, turut disifatkan sebagai penyuntik semangat kepada BN Sarawak untuk memperoleh kejayaan lebih besar dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11), 7 Mei ini.

"Kita sudah menang dua kerusi (tanpa bertanding) hari ini yang jelas membuktikan sokongan tidak berbelah bahagi rakyat terhadap BN Sarawak. Di beberapa kerusi pula, berlaku pertindihan antara parti pembangkang dan terpaksa bersaing sesama sendiri. "Ia tentunya menjadi kelebihan BN Sarawak untuk mengekalkan penguasaan di kerusi lain, terutama di kerusi tradisi, selain melaksanakan misi menawan semula beberapa kerusi yang ditawan pembangkang sebelum ini," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media di Rumah Rehat Kerajaan, di sini sebentar tadi yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Adenan yang juga Pengerusi BN Sarawak, berkata manifesto pilihan raya yang bakal dilancarkan esok adalah bersifat inklusif merangkumi kejayaan pembangunan dilaksanakan sebelum ini dan perancangan pembangunan masa depan yang tentunya memberi kesan cukup signifikan terhadap rakyat. "Tempoh dua tahun ini tidak cukup. Jadi, saya perlukan lima tahun lagi untuk melaksanakan agenda itu. Ini akan kita zahirkan melalui manifesto yang akan kita umumkan esok," katanya. Sementara itu, Najib sambil mengucapkan tahniah kepada Adenan di atas kejayaan awal berkenaan, berkata kerapuhan pakatan pembangkang, termasuk kegagalan mereka mencapai konsensus berhubung proses pengagihan kerusi jelas membuktikan ketidakupayaan mereka menubuhkan sebuah kerajaan yang stabil dan mampu berkhidmat kepada rakyat.


"Kita sudah menang dua kerusi hari dan akan menang banyak lagi. Dari peringkat awal lagi, pembangkang tidak mampu mencapai konsensus dan pengundi tidak sepatutnya menyokong mereka. "Kita perlu ingat.... undi ini adalah jaminan masa depan kita yang lebih makmur dan sejahtera untuk Sarawak. Jika kita mengundi pembangkang, apakah kita mahu kerajaan yang rapuh," katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2016 12:19 PM | Show all posts
masih gaduh tentang candidate kot sampai tak terhantar calon.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.088303 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list