Penculikan warga Malaysia oleh kumpulan Abu Sayyaf masih lagi terjadi di perairan Sabah. Walaupun dengan penubuhan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) pada 2014, kumpulan Abu Sayyaf masih dilihat berani dan semakin licik menjalankan aktiviti penculikan demi mendapatkan wang tebusan. Memetik dari mstar, gambar empat warga Malaysia yang baru diculik kumpulan Abu Sayyaf dipercayai dimuat naik dalam laman sosial Facebook oleh kumpulan militan tersebut. Keempat-empat mangsa culik itu dilihat mencangkung dengan salah seorang daripada mereka memegang sehelai kertas dengan tulisan 'Victor Troy' dan tarikh '8 April 2016'. Laman Facebook itu dipercayai diwujudkan baru-baru ini oleh kumpulan Abu Sayyaf. Empat warga Malaysia iaitu Wong Teck Kang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29, dan Johnny Lau Jung Hien, 21, kesemuanya dari Sarawak, diculik dari sebuah kapal tunda MV Masfive 6 di Pulau Ligitan pada 1 April ketika dalam perjalanan ke Tawau selepas menghatar muatan kayu ke Manila. Penculik menghubungi keluarga mangsa culik pada 12 April dan menuntut wang tebusan bagi pembebasan mereka. Pada 14 April keluarga mangsa bertemu Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem untuk meminta bantuan.
Hingga kini, masih belum jelas siapakah dalang disebalik aktiviti penculikan yang sering berlaku diperairan Sabah. Apa pandangan dan cadangan anda dalam membanteras aktiviti lanun ini dari berleluasa? - CARI Infonet. *Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet. |
22
Bagus |
17
Marah |
11
Terkejut |
11
Sedih |
24
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sayawifenikmie replied at 15-4-2016 09:42 AM
..... kesian nya .... moga depa selamat kembalikepangkuan keluarga.
PM najib .. pohon bayar k ...
OmJualGas replied at 15-4-2016 01:11 PM
'victor troy' tu apa?...
barfi replied at 15-4-2016 01:01 PM
Abu sayyaf ni ala2 militan islam ke
ADVERTISEMENT