Oleh : TS LOO
Baru-baru ini, terdapat sebuah video yang amat menakutkan tersebar meluas di media sosial sehinggakan menarik perhatian di kalangan pengguna media sosial. Paparan visual tersebut kelihatan seorang lelaki sedang meraung kesakitan, kalau diperhatikan dengan betul-betul, memang tidak disangka-sangkakan terdapat seekor ikan yang masih hidup lagi tercekik di mulutnya yang sehinggakan doktor terpaksa menggunakan pengepit untuk mengeluarkan ikan tersebut. Berikutan semua individu yang kelihatan dalam video tersebut bertutur dalam bahasa Melayu, dan paparan video dimuatnaikkan menerusi Malaysia YouTube dengan video yang berjudul " Ikan Puyu melompat masuk dalam mulut dan hampir tertelan" , jadi kejadian dalam video tersebut dipercayai berlaku di Malaysia.
Dalam proses mengeluarkan ikan itu, selain kedengaran jeritan akibat sakit lelaki terbabit, kelihatan juga pegawai perubatan sedang berusaha menekan badan lelaki itu yang bertindak agresif akibat kesakitan yang sukar digambarkan sedang dialaminya. Pada masa yang sama, pegawai perubatan yang bertugas turut berulang kali meminta lelaki itu "tahan, tahan serta memandang ke hadapan", "kawal diri", termasuk juga ada orang mengatakan "Ya Allah!" kesemua situasi itu jelas dapat kita bayangkan mereka yang menyaksikan proses pembedahan tersebut memang kuat impaknya. Selain itu, kedengaran juga ada orang yang bersuara : " Disebabkan ikan itu masih hidup lagi, jadi ianya terus mencederakan badan pesakit itu. Akhirnya, doktor terpaksa menggunakan pengepit untuk mengeluarkan ikan dari mulut mangsa. Berdasarkan papran visual, setelah ikan puyu yang bersaiz badan tidak sebesar mana pun itu dikeluarkan, ianya masih kelihatan melompat-lompat dan masih hidup lagi dalam keadaan seluruh badan ikan puyu itu dipenuhi darah. Lelaki tersebut kelihatan lega setelah berjaya diselamatkan. Lepas itu, paparan visual juga terdapat penjelasan yang mengatakan rupa bentuk belakang badan ikan puyu yang berduri tajam dipercayai merupakan punca utama yang menyebabkan lelaki tersebut ras sakit. Pada masa yang sama, kelihatan seorang wanita yang dipercayai adalah jururawat, atas sifat ingin tahu macam mana ikan puyu itu boleh lompat masuk ke dalam mulutnya, tetapi disebabkan lelaki berkenaan masih lagi mengalami kesakitan, jadi tiada jawapan mengenai soalan itu. Walaupun video tersebut kini sedang tersebar meluas di media sosial, namun persoalan yang berkaitan masih belum memperolehi jawapan yang sewajarnya lagi. Ikan Puyu atau Ikan Karuk (panggilan nama di negeri Sabah) atau nama saintifiknya (Anabas testudineus) merupakan spesies ikan air tawar yang paling lasak. Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesies ini, bersisik dan bersirip keras memudahkan spesies ini bergerak di atas tanah yang berair. Spesies ini juga mampu bertahan tanpa air hingga enam hasi selagi dikekalkan lembab. Ikan puyu dewasa mampu menjangkau panjang kira-kira 25 cm atau 9.8 inci. Terdapat kepercayaan dalam masyarakat Melayu yang mana spesies ini mampu menghalang tuan rumah dari dipukau oleh orang yang ingin masuk mencuri. Ini disebabkan ikan ini dipercayai tidak tidur. Kerana itu, masyarakat Melayu lama memelihara spesies ini di dalam rumah untuk tujuan itu.- CARI Infonet sumber info: http://news.sinchew.com.my/
|
18
Bagus |
12
Marah |
10
Terkejut |
6
Sedih |
11
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
blackwidowbae replied at 15-4-2016 12:23 PM
Makcik hairan acaner boleh masuk mulut? Tader full story dari lelaki tersebut ker
JENABREJAM89 replied at 15-4-2016 12:26 PM
dia selpie ngangga acah2 ikan tu masuk mulut kot makcik ...
blackwidowbae replied at 15-4-2016 12:28 PM
Alaaaaa jenab sayang, makcik baru nak percaya cerita jenab nii tetiba ending ayat ader "kot" pulaa ...
Jajabeans replied at 15-4-2016 12:55 PM
aku yg tercekik ikan bilis pun dh rasa cm nak mati
manjalara_01 replied at 15-4-2016 01:01 PM
ahahhahah....
joke of the day....
Jajabeans replied at 15-4-2016 01:06 PM
btul la.. jolok2 bg muntah xnk jgk kua. ikan bilis berada di kedudukan horizontal. aku pulak time ...
ADVERTISEMENT