|
Oleh Adib Za Kesalahan tidak berhenti di lampu isyarat dilihat semakin meningkat pada tahun ini dan tahun lepas sahaja mencatatkan hampir setengah juta saman dikeluarkan. Ia adalah untuk pengguna di sekitar ibu kota Kuala Lumpur untuk sepanjang tahun lepas.
Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Nadzri Hussain berkata, daripada 491,479 saman itu, sebanyak 78 peratus kesalahan dikesan melalui Sistem Pengawasan Kamera Lampu Isyarat Merah (RLSC) yang dipasang di 17 persimpangan 'kawasan panas' manakala 22 peratus lagi dikesan secara langsung oleh anggota trafik bertugas. "Saman akibat kesalahan sama dari Januari hingga Mac tahun ini juga meningkat sebanyak 29 peratus di mana 142,039 saman direkodkan berbanding hanya 110,021 dalam tempoh sama tahun lalu," katanya kepada Bernama di sini. Beliau berkata, sebanyak 51 kemalangan berpunca daripada kesalahan melanggar lampu isyarat merah dicatatkan sepanjang tahun lalu manakala 11 kemalangan dengan satu kematian dilaporkan sepanjang tiga bulan pertama tahun ini. - CARI Infonet
Sumber: Bernama |
|
13
![]() Bagus |
14
![]() Marah |
9
![]() Terkejut |
9
![]() Sedih |
11
![]() Lawak |
9
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
noor2 replied at 11-4-2016 09:25 AM
Kereta ai pernah kena langgor dari belakang sbb stop masa lampu isyarat bertukar merah.
AbukRokok replied at 11-4-2016 10:35 AM
Itulah noor
bila nampak lampu dah kuning kat depan belakang kita pula ada berderet kereta..tgh ba ...
noor2 replied at 11-4-2016 09:25 AM
Kereta ai pernah kena langgor dari belakang sbb stop masa lampu isyarat bertukar merah.



tpi aku pun setakat ni x langgar lampu merah lgik la walaupun 2,3 pagi keta xde. bukan pa saman langgar lampu merah rm300 rugi je bayar kt gomen rm300. baik aku pi beli makanan.
kene masok mahkamah rsenye. leceh lgik.
ADVERTISEMENT