CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MAS & Air Asia Tawar Tiket Harga Diskaun Untuk Penumpang Rayani Air

12-4-2016 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 7431| Komen: 25

Description: MAS dalam satu kenyataan berkata tawaran tambang itu boleh didapati mulai ...


Oleh Fyruz Hanna

Dua syarikat penerbangan MAS dan Air Asia terpanggil untuk membantu penumpang Rayani Air yang terkandas akibat daripada penggantungan perkhidmatan syarikat tersebut untuk menempah semula tiket dengan tawaran pada harga diskaun.

Tawaran MAS

MAS dalam satu kenyataan berkata tawaran tambang itu boleh didapati mulai hari ini sehingga 30 April 2016 bagi perjalanan segera sehingga 31 Julai 2016.

“Dalam hal ini, kami menawarkan tambang istimewa kepada penumpang yang terjejas untuk membawa mereka ke destinasi yang dihasratkan.

“Kami berharap tawaran ini akan meringankan masalah perjalanan yang dihadapi penumpang,” kata Ketua Pegawai Komersial MAS Paul Simmons sebagaimana lapor Bernama.

Mereka yang mahu berbuat sedemikian menghubungi 1-300-88-3000 atau lawati kaunter tiket Malaysia Airlines di seluruh negara.

Tawaran Airasia

Syarikat penerbangan AirAsia pula menawarkan diskaun sebanyak 50% kepada mereka yang terlibat.

Tawaran itu bagaimanapun hanya membabitkan perjalanan ke dan dari Kuala Lumpur, Langkawi, Kota Bharu, Kuching dan Kota Kinabalu mulai hari ini sehingga 27 April ini.

Diskaun 50 peratus itu hanya boleh dinikmati penumpang yang memegang tempahan tiket yang sudah disahkan selain mengemukakan tiket itu di mana-mana cawangan AirAsia Travel & Service Centre di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2(KLIA2) ; Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ;Lapangan Antarabangsa Sultan Ismail Petra ;Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Baca selanjutnya: siakapkeli
4

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
6

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mixed 11-4-2016 11:47 PM
Edited by mixed at 12-5-2016 05:37 PM

Malaysia Airlines Tawar Pilihan Perjalanan Kepada Penumpang Rayani Air
[size=0.688em]Diterbitkan: Isnin, 11 April 2016 4:48 PM

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]KUALA LUMPUR: Penumpang yang memegang tiket perjalanan Rayani Air boleh menempah semula penerbangan mereka yang telah dibatalkan melalui Malaysia Airlines.
[size=0.98em]Syarikat penerbangan nasional itu kini menawarkan harga tambang dengan diskaun kepada penumpang Rayani Air yang terjejas susulan penggantungan operasi syarikat berkenaan.
[size=0.98em]Tawaran tambang itu boleh didapati mulai hari ini sehingga 30 April, 2016 bagi perjalanan segera sehingga 31 Julai, 2016, menurut Malaysia Airlines dalam satu kenyataan di sini, Isnin.
[size=0.98em]Ketua Pegawai Komersial, Paul Simmons berkata sebagai syarikat penerbangan nasional dan atas rasa mengambil berat terhadap rakyat Malaysia, adalah menjadi  tanggungjawab syarikat itu untuk memberi sebarang bantuan bagi mengurangkan beban yang menjejaskan penumpang Rayani Air.



[size=0.98em]"Dalam hal ini, kami menawarkan tambang istimewa kepada penumpang yang terjejas untuk membawa mereka ke destinasi yang dihasratkan. Kami berharap tawaran ini akan meringankan masalah perjalanan yang dihadapi penumpang," katanya.
[size=0.98em]Bagi menikmati tambang istimewa ini, penumpang yang terjejas perlu mengemukakan emel mereka berkenaan bukti tempahan perjalanan dengan Rayani Air.
[size=0.98em]Mereka boleh menghubungi 1-300-88-3000 atau lawati kaunter tiket Malaysia Airlines di seluruh negara.


Quote TuntungReturn 11-4-2016 11:50 PM
@kemaruk
Quote shamsadis 12-4-2016 12:26 AM
Mesti Rayani air sewa route depa ni
Quote pyropura 12-4-2016 12:32 AM

agenda halus 2 airlines diterajui kapir lahnat kayu api nuraka, dengan pompuan tulanjang bogel bergelumang arak najees utk menjahanamkan ummah isle...
Quote chinta89 12-4-2016 10:04 AM
semoga membantu.
Quote mixed 12-5-2016 05:36 PM
update


CEO Rayani Air Pengsan, Tidak Hadir Inkuiri
[size=0.688em]Diterbitkan: Khamis, 12 Mei 2016 4:15 PM



[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Rayani Air, Ravi Alagendrran yang kini berhadapan tekanan selepas operasi syarikat penerbangan itu digantung tidak dapat hadir ke proses inkuiri Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada Khamis.

Ravi yang mengendalikan syarikat penerbangan patuh syariah pertama Malaysia itu berkata dia pengsan akibat tekanan darah tinggi.

"Ya, tekanan tinggi," katanya ketika dihubungi.

Walau bagaimanapun, isterinya Datuk Karthiyani Govindan menghadiri siasatan berkenaan.

Karthiyani adalah pengasas bersama Rayani Air.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini memberi amaran bahawa syarikat itu berhadapan risiko kehilangan Sijil Pengendalian Udara (AOC) jika DCA tidak berpuas hati dengan penjelasan mereka.

Katanya DCA akan menjalankan audit pentadbiran dan keselamatan untuk menentukan sama Rayani Air layak menerima AOC selepas menjalani penggantungan sementara.

Pada 11 April lalu, DCA menggantung sementara AOC Rayani Air selama tiga bulan berkuat kuasa serta-merta.

Quote belilies 12-5-2016 05:39 PM
Kesian pula.. They have tried.
Quote bluehedgehog 12-5-2016 05:41 PM
hooi...ni isi x serupa tajuk
Quote insulin 12-5-2016 05:42 PM
Kesian. Bawa2 berehatlah bos. Utamakan kesihatan.
Quote dino 12-5-2016 05:44 PM
insulin replied at 12-5-2016 05:42 PM
Kesian. Bawa2 berehatlah bos. Utamakan kesihatan.

vida qu gemuk nak beli tu.... cuma syarat die kena allocate space utk bukak kiosk kat dlm flight tu... jual segala menda pamoga... bedak sejuk......
Quote kelapaparut 12-5-2016 05:46 PM
Sudah2la xpayah niaga airline, bukak restoran daun pisang lg untung,buat hotel ke, kesian uncle pegi temple la tua2 ni smbhyg byk2 kasi ubah itu nasib
Quote insulin 12-5-2016 05:47 PM
dino replied at 12-5-2016 05:44 PM
vida qu gemuk nak beli tu.... cuma syarat die kena allocate space utk bukak kiosk kat dlm flight t ...

Stress mendengar permintaan yang x berapa menakjubkan dari mek vida.
Quote mixed 12-5-2016 05:48 PM
dino replied at 12-5-2016 05:44 PM
vida qu gemuk nak beli tu.... cuma syarat die kena allocate space utk bukak kiosk kat dlm flight t ...

x tau la sheol nk beli ke idok byk hutang kan

Rayani Air: "Saya Tak Nak Cuci Pinggan Kotor" - Vida
Diterbitkan: Khamis, 12 Mei 2016 9:31 AM
Oleh: SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM
susanalbs@thestar.com.my

   (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menegaskan beliau hanya mempertimbangkan untuk membeli saham Rayani Air tetapi enggan menanggung beban hutang syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara itu.

Jelas Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Dr Vida, beliau merasakan tidak berbaloi untuk menyelesaikan beban hutang sedia ada kerana ia melibatkan sejumlah wang yang besar.

Malah Vida berpendapat masalah hutang yang membelenggu Rayani Air perlu diselesaikan pihak pengurusannya terlebih dahulu sebelum melepaskan pegangan saham kepada pihak lain.

"Jika saya nak ambil alih, saya kena mulakan dengan buku baharu, maksudnya syarikat tanpa hutang. Saya tak nak cuci pinggan yang dah kotor.

"Saya rasakan tidak berbaloi jika beli saham tapi pada masa sama perlu jelaskan hutang sedia ada.  Jadi pihak pengurusan Rayani Air perlu cari jalan untuk selesaikan masalah itu terlebih dahulu," katanya kepada mStar Online pada Rabu.

Namun, Vida berkata kata putus mengenai hasratnya itu hanya akan diketahui selepas hasil perbincangan antara kedua-dua pihak yang dijadualkan di ibu negara dalam masa terdekat.

"Saya masih belum buat sebarang keputusan, sekarang masih diperingkat pertimbangan lagi. Jika tawaran membawa faedah kepada kedua-dua pihak, mengapa saya nak tolak.

"Apa-apapun kita tunggu dan lihat hasil perbincangan itu nanti. Tarikh pertemuan akan saya maklumkan selepas pulang dari Sabah," katanya.

Ketika ditanya mengapa beliau berminat untuk membeli saham tersebut, Vida berkata beliau pernah bercita-cita untuk memiliki syarikat penerbangan sendiri sejak lebih setahun yang lalu.

"Saya pernah berhasrat nak beli pesawat persendirian sebelum ini tapi bila fikirkan semula kosnya agak mahal dan macam tak berbaloi.

"Jadi bila pemilik Rayani Air, Ravi Alagendrran sedia melepaskan pegangan sahamnya, saya fikir mahu mengintai peluang. Namun kena tengok dululah apa yang mereka boleh tawarkan nanti," katanya.

Rada Rabu,  usahawan tersebut dilaporkan sedang mengintai peluang untuk membeli saham Rayani Air.

Menurut sumber Rayani Air, masih terlalu awal untuk membincangkan lebih lanjut mengenai perkara itu memandangkan pertemuan bersama pihak Vida masih belum dibuat.

“Ada banyak perkara yang perlu diteliti. Di pihak kami, sudah tentu perlu melihat tawaran Vida dan apakah pelan perniagaannya,” katanya.

mStar Online sebelum ini melaporkan pemilik Rayani Air, Ravi Alagendrran sedia melepaskan pegangan saham kepada pelabur baharu bagi menyelamatkan syarikat penerbangan itu.

Pada 11 April lalu, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengeluarkan arahan penggantungan sementara Sijil Operator Udara Rayani Air selama tiga bulan.


Quote kasibiman 12-5-2016 05:49 PM
alolololo syian....

pengsan bila?

hari ni jugak eh?


alolololo syiannnn
Quote dino 12-5-2016 05:51 PM
mixed replied at 12-5-2016 05:48 PM
x tau la sheol nk beli ke idok byk hutang kan

heran tu vida ni.... apa maksud die.... die nak jual share tu pun psl isu hutang tu seme,.... nak cari pelabur.....
ni ala2 melabur aku pegang duit... mcm kes kafa tuh hahah......
Quote dino 12-5-2016 05:52 PM
kasibiman replied at 12-5-2016 05:49 PM
alolololo syian....

pengsan bila?

org sakit btul la..... btw india mmg byk drama..... mmg lakonan tak brp jd sgt
Quote kakiah12 12-5-2016 05:59 PM
tu la org buat bisnes katerbang dia pun nak jugak. elok duk diam2 buat bisnes bas tu je...

bak kata pepatah..org tamak selalu rugi spt anjing dan bayang bayang. gituuuu
Quote Loxlaxman 12-5-2016 06:08 PM
Bida gumok nak beli..tapi syaratnya..dia nak bawak sendiri ..
Quote jalfa 12-5-2016 07:01 PM
siannya uncle..susah payah membina syarikat...ramai yg nak mengambil kesempatan dalam kesempitan...bukan nak menolong sgt pon...gagal sekali bukan bermakna akan terus gagal...dongibab uncle

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.072434 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top