CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

[Kemaskini] Dr Zakir Dihalang Ceramah Kerana Tajuk Forum

12-4-2016 10:34 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 45511| Komen: 779



Oleh Fyruz Hanna

Kemaskini 14:20 pagi (12.4.2016)


Dr Zakir Dihalang Ceramah Kerana Tajuk Forum

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil keputusan menghalang Dr Zakir meneruskan ceramah adalah kerana tajuk forum  ”Similarities Between Hinduism And Islam’ itu boleh dimanipulasikan sehingga membangkitkan kontroversi keagamaan.

“Apa yang jelas, walaupun forum tersebut belum berlangsung, ia telah mewujudkan perdebatan dalam kalangan pelbagai pihak sehingga menyentuh sensitiviti kaum dan agama.


“Polis Diraja Malaysia (PDRM) konsisten dalam sebarang isu yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa yang sama PDRM tidak pernah sesekali mempertikaikan kewibawaan tokoh tersebut dalam bidang keagamaan. -CARI Infonet.


Kemaskini 10:30 pagi (12.4.2016)

Badan bukan kerajaan (NGO) yang menguruskan program Dr Zakir Naik di Malaysia masih belum menerima jawapan daripada pihak polis berhubung ceramah yang bakal berlangsung 17 April ini diteruskan atau tidak.

Pihaknya ada menulis surat kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung ceramah di Universiti Teknikal Melaka (UTEM) dan masih menunggu jawapan.

Pada Isnin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu catatan di akaun Twitter peribadinya menasihati pihak penganjur membatalkan ceramah Dr Zakir Naik yang akan diadakan di UTEM pada 17 April ini. -CARI Infonet.

Baca Selanjutnya: AstroAwani






Oleh Adib ZA

Kemaskini 4.30 petang. 

Terkini, UTeM telah menarik diri daripada menjadi tuan rumah bagi program syarahan oleh pendakwah Dr Zakir Naik. 

Ini adalah susulan arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid menerusi akaun Twitter rasminya yang melarang program itu diteruskan demi ketenteraman awam. - CARI Infonet


Baca selanjutnya: Berita Harian



Kemaskini jam 2.30 petang.

Dalam pada itu, pihak polis menyarankan penganjur untuk ceramah Dr Zakir Naik di Universiti Teknikal Malaysia (UTEM), Melaka pada 17 April ini dibatalkan. 

Memetik laman Berita Harian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Kalid berkata forum mengenai persamaan antara agama Islam dan Hindu itu tidak wajar diteruskan demi menjaga ketenteraman awam di negara ini. 

"Kami akan memanggil penganjur forum berkenaan untuk mencadangkan agar ia tidak diteruskan," katanya. - CARI Infonet


Baca selanjutnya: Berita Harian



Kemaskini jam 9.00 pagi.

Kehadiran penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik telah mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat apabila lebih 30,000 orang hadir ke ceramahnya malam tadi. 

Bertempat di Stadium Tertutup Gong Badak, Terengganu orang ramai tak melepaskan peluang untuk melihat sendiri pendakwah dari India itu. 

Orang ramai mula memenuhi stadium pada jam 8 malam dan ada yang terpaksa mendengar ceramah di bahagian luar kerana semua tempat duduk dalam stadium dipenuhi. 

Dr Zakir, 50, yang tiba di negeri ini semalam menyampaikan ceramah bertajuk 'The Importance of Unity Among Muslim Ummah' selama dua jam bermula jam 9.45 malam. Orang ramai berpeluang menyoal Dr Zakir sejam selepas itu. - CARI Infonet


Sumber: Bernama

(Sumber foto: Carian google)

12

Bagus
12

Marah
11

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 11-4-2016 08:43 AM
dgr cite ade nk wat rusuhan.. so, ade ke tak smlam rusuhan tu?
Quote chinta89 11-4-2016 08:43 AM
dgr cite ade nk wat rusuhan.. so, ade ke tak smlam rusuhan tu?
Quote kucen_miang 11-4-2016 08:45 AM
chinta89 replied at 11-4-2016 08:43 AM
dgr cite ade nk wat rusuhan.. so, ade ke tak smlam rusuhan tu?

bakpe nak rusuhang pulok org kapung @dino ni?
Quote zorrro_03 11-4-2016 09:00 AM
chinta89 replied at 11-4-2016 08:43 AM
dgr cite ade nk wat rusuhan.. so, ade ke tak smlam rusuhan tu?

rusuhan apa pula?  set kling hindra tu ke?  mai kacau darul iman, memang cari pasal lah...
Quote EJALTI 11-4-2016 09:02 AM

Ilmuwan Islam terkenal, Dr Zakir Naik menyampaikan syarahan bertajuk 'The Importance of Unity Among the Muslim Ummah'⁠⁠ di Stadium Tertutup Gong Badak pada Ahad malam. 
-fotoBERNAMA
Quote EJALTI 11-4-2016 09:05 AM
MIC, NGO India gesa syarahan Zakir Naik dihentikan

http://www.malaysiakini.com/news/337283

10 Apr 2016, 6:26 petang      10 Apr 2016, 6:42 petang



Seorang Pemuda MIC dan gabungan NGO kaum India, RAPAT hari ini membuat laporan polis terhadap pendakwah Islam popular Dr Zakir Naik, yang dijadual akan menyampaikan syarahan di Melaka mengenai persamaan antara agama Hindu dan Islam.

Ketua Pemuda MIC Sembilan itu mendakwa penceramah itu, seorang warga India, sebelum ini pernah menghina penganut agama Hindu dan Kristian pada syarahan di UiTM Shah Alam.

"Kami mahu kuliah ini (di Melaka) dibatalkan serta-merta," katanya dalam satu kenyataan selepas membuat laporan di Balai Polis Seremban.

Perkara itu turut disuarakan oleh RAPAT, yang berkata kandungan syarahan Zakir bersifat "fitnah terhadap agama-agama lain".

Rapat membuat laporan polis terhadap kuliah yang akan diadakan di Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) Melaka pada 17 April, di Balai Polis Sentul, Kuala Lumpur.

Zakir pada tahun 2013 dianugerahkan Tokoh Ma'al Hijrah peringkat antarabangsa oleh Yang di-Pertuan Agung.

Bagaimanapun, personaliti televisyen itu dihalang daripada bercakap di Singapura dan diberitahu oleh kerajaan Kanada pada tahun 2010 bahawa beliau tidak akan dibenarkan masuk ke negara itu.

Beliau juga telah dihalang daripada memasuki United Kingdom.

Bagaimanapun, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Zakir adalah seorang pendakwah yang terkenal di dunia dan kuliahnya telah meyakinkan beribu orang untuk memeluk Islam.

"Ribuan manusia menganut Islam kerana ceramahnya. Jutaan muslim mendapat manfaat dari penghujahannya," kata Asri.
Quote FOTHER-MUCKER 11-4-2016 09:05 AM
Adakah mereka faham? Ataupun mereka pergi mendengar disebabkan oleh orang pergi?


Quote FOTHER-MUCKER 11-4-2016 09:06 AM
Adakah mereka faham? Ataupun mereka pergi mendengar disebabkan oleh orang pergi?


Quote Pajeri_Nenas 11-4-2016 09:16 AM
Dia Ni agak extreme.x sesuai dgn Malaysia.pakistan dgn bangla sesuai sgt
Quote Bedah.Cun 11-4-2016 09:32 AM
Dah kenapa tetiba kau nak samakan Islam dengan Hindu? Tak konsisten kan stok2 neh sume menyampah
Quote crossfire 11-4-2016 09:45 AM
DZK hafal Quran, Hafal Bible, Hafal Rig Veda , Hafal Guru Granth Sahib,  hafal Tripitaka, ko ada?

Sebab tu dia pakar dlm pembandingan AGAMA...

Quote dino 11-4-2016 09:48 AM
kucen_miang replied at 11-4-2016 08:45 AM
bakpe nak rusuhang pulok org kapung @dino ni?

rusuhan mana plak... dr kaum india ka....
brp kerat sgt india kat trg tuh..... btw aku tak pernah dgr ceramah dr zakir ni.... tp die paham agama hindu kan... sbb tu hindraf tak selesa...
Quote kucen_miang 11-4-2016 09:52 AM
dino replied at 11-4-2016 09:48 AM
rusuhan mana plak... dr kaum india ka....
brp kerat sgt india kat trg tuh..... btw aku tak  ...

dia ni kenal semua agama n hafal kitab2 ..knowledge dia ttg agama mmg kagum la.
Quote dino 11-4-2016 09:54 AM
kucen_miang replied at 11-4-2016 09:52 AM
dia ni kenal semua agama n hafal kitab2 ..knowledge dia ttg agama mmg kagum la.

maybe die kritik agama lain.... dont know la tak pernah dgr...
btw islam tu hari2 kena hina.... dgn penganut yg tarak rupa islam tp mengaku islam...
Quote atira 11-4-2016 09:55 AM
tak pernah dgr....
so siapadgr semalam?
cer kasi summary
Quote lavastroke 11-4-2016 10:07 AM
kucen_miang replied at 11-4-2016 09:52 AM
dia ni kenal semua agama n hafal kitab2 ..knowledge dia ttg agama mmg kagum la.

lu pulak tang bisa ular pun belum pass lagi...tapi post cam dah habis pandai






Quote letitbee 11-4-2016 10:11 AM
Pajeri_Nenas replied at 11-4-2016 09:16 AM
Dia Ni agak extreme.x sesuai dgn Malaysia.pakistan dgn bangla sesuai sgt

cuba kenal dia...dia bukan extreme tapi dia seorang ugamawan yang berani bercakap benar....
Quote EJALTI 11-4-2016 10:14 AM
Dr Zakir Keluarkan Kos Sendiri Untuk Berdakwah - MB Terengganu

http://www.mstar.com.my/berita/b ... uarkan-kos-sendiri/

Diterbitkan: Isnin, 11 April 2016 9:55 AM



KUALA NERUS: Kerajaan Negeri Terengganu tidak mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membawa tokoh pendakwah terkenal Dr Zakir Naik ke negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau menjelaskan hanya penginapan dan makan tokoh ilmuan Islam itu dibiayai kerajaan negeri manakala perbelanjaan lain dibiayai sendiri oleh Dr Zakir menerusi Islamic Research Foundation.

"Kerajaan negeri hanya menyediakan (menanggung) penginapan dan makan minum sepanjang beliau berada di sini," katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi, ketika diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak kononnya kerajaan negeri mengeluarkan kos yang banyak bagi membawa Dr Zakir ke negeri ini.

Ahmad Razif berkata Dr Zakir sememangnya pejuang agama yang wajar dicontohi malah rakyat Terengganu bertuah kerana pendakwah terkenal itu bersetuju hadir untuk menyampaikan ceramah.

Undangan kepada Dr Zakir, 50, dibuat pada tahun lepas apabila Ahmad Razif bertemu tokoh ilmuan Islam itu di Korea Selatan semasa melakukan lawatan kerja.

Terdahulu, dalam ceramah bertajuk 'The Importance of Unity Among Muslim Ummah' (Pentingnya Perpaduan Dalam Kalangan Ummah Islam" selama dua jam di Stadium Tertutup Gong Badak di sini, Dr Zakir menekankan akan pentingnya bersatu dalam mengukuhkan Islam.

Katanya umat Islam perlu mengelak perbalahan sesama sendiri kerana ia hanya akan merosakkan perpaduan serta amat merugika.

Sesi ceramah bermula pada 9.45 malam dan disusuli dengan sesi soal jawab sebelum tamat kira-kira 1 pagi. Hampir 30,000 orang memenuhi bahagian dalam dan luar stadium untuk mengikuti ceramah itu.

Dr Zakir yang pertama kali berkunjung ke Terengganu akan berada di sini selama lima hari dan dijadual menyampaikan ceramah di pelbagai tempat termasuk  universiti.

Sebelum menceburi bidang dakwah, Dr Zakir yang pernah dipilih sebagai penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat antarabangsa pada 2013, terlatih sebagai doktor perubatan.
Quote DeMax 11-4-2016 10:21 AM
EJALTI replied at 11-4-2016 09:05 AM
MIC, NGO India gesa syarahan Zakir Naik dihentikan

http://www.malaysiakini.com/news/337283

Dr. Zakar ni kalu dengar nama Ali Sina seorang aethis gerun...Mubaligh kristian kat London dah cabar berkali-kali si Zakar ni tapi takut..baik kita pakat2 dengar Haji Najib bagi ceramah, ada juga faedahnya

Lihat semua komen(779)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.083248 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top