CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berang! 600 Pelanggan Serbu Pejabat Rayani Air

13-4-2016 10:45 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 7041| Komen: 33

Description: Berang dan mendakwa perkhidmatan pelanggan di sini tidak akan membayar balik tiket dalam bentuk wang tunai
Oleh Izzah Abbasy

Seramai 600 pelanggan membanjiri ibu pejabat syarikat penerbangan Rayani Air di Seksyen 15 di sini, Selasa, untuk menuntut bayaran balik dan kini perlu 'mencari jalan' baharu untuk sampai ke destinasi mereka selepas syarikat penerbangan itu digantung selama tiga bulan.

Bagi yang bernasib baik, mereka dapat duduk di kerusi dan meja untuk mengisi borang dalam pejabat Rayani Air bersaiz kecil itu, manakala yang lain terpaksa berpuas hati dengan lantai simen di luar pejabat yang terletak di tingkat dua bangunan.


Bagaimanapun, rata-rata yang datang ke situ memberitahu The Star bahawa mereka berpuas hati dengan perkhidmatan kakitangan syarikat penerbangan itu dalam membuat bayaran balik kepada mereka.

Ada yang telah menempah tiket untuk pulang ke Kota Kinabalu pada Hari Raya dan berkata mungkin perlu menunggu sehingga 20 hari untuk syarikat penerbangan itu membuat bayaran balik.

"Mereka sangat sabar dan memahami. Tetapi jika anda tanya saya sama ada saya mahu terbang dengan mereka sekali lagi, mungkin tidak. Mereka telah menimbulkan banyak masalah kepada saya," kata salah seorang pelanggan.

Bagi pelanggan Fazlee Abdullah, ini adalah kali ketiga beliau perlu bertemu dengan kakitangan perkhidmatan syarikat penerbangan itu berhubung masalah penerbangannya.

Bagaimanapun, beliau bersedia untuk memberi peluang lain kepada syarikat berkenaan.

Nik Azida Nik Mahmood dari Kelantan pula berang dan mendakwa perkhidmatan pelanggan di sini tidak akan membayar balik tiket RM750 dalam bentuk wang tunai seperti yang dijanjikan sebelum ini.

"Dalam berita mereka kata saya boleh dapat bayaran balik dalam bentuk wang tunai tetapi sekarang saya perlu menunggu selama 30 hari bagi untuk mereka memindahkannya ke akaun bank saya," katanya. - CARI Infonet

Kredit : mStar

22

Bagus
21

Marah
19

Terkejut
31

Sedih
18

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (127 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucen_miang 13-4-2016 10:42 AM
simpati ngan bebudak baru keje yg kena maki hamun ngan pelanggan.
Quote chinta89 13-4-2016 12:25 PM
bertabahlah staff rayani..
Quote lurve82 13-4-2016 12:29 PM
slmt gi ptg...xde la ramai sgt...tp kesian yg beli utk smpi belas2 pax tu...nk tulis nama setiap org dlm borg...jenuh...hakak dgr jah dorg merungut...perli2 bagai...
Quote cm_matjawasp 13-4-2016 12:30 PM
Raya ni tak boleh naik Rayani
Quote ma_rul 13-4-2016 12:31 PM
huhu dah la ada beli tiket rayani air ni. tak tau ape nama nasib rayani slps 3 bln ni.
Ada sesape tau apa jdi pd kapal terbang rayani yg tersadai kat gate terminal tu, dah di alihkan ke belum?. since semua pilot dia mogok.

tapi serius, kesian pada staf2 rayani air. tak lama lagi bln puasa, mcm mana lah diaorg.
Quote buragazz 13-4-2016 12:37 PM
cm_matjawasp replied at 13-4-2016 12:30 PM
Raya ni tak boleh naik Rayani

Zass... mantap tag line nganjing...
Quote drivethru 13-4-2016 12:53 PM
Ade hikmah jugak rayani x beroperasi. Kalo x, xtau mcm mane nk cancel tiket.

#rayanitakdapatbalik
Quote kemaruk 13-4-2016 01:20 PM
Lucunya tajuk ni, iin..

Hehe serbu dalam keadaan tak gembira..
Quote devilito2 13-4-2016 01:31 PM
kesian staff dia.. x pasal kena maki...
Quote liesl 13-4-2016 03:14 PM
servis Rayani Air x boleh harap
Quote CARI-IIN 13-4-2016 03:15 PM
kemaruk replied at 13-4-2016 01:20 PM
Lucunya tajuk ni, iin..

Hehe serbu dalam keadaan tak gembira..

Bukan tajuk iin tu.. mStar punya tajuk.. tajuk iin lain untuk portal CARI
Quote CARI-IIN 13-4-2016 03:16 PM
lurve82 replied at 13-4-2016 12:29 PM
slmt gi ptg...xde la ramai sgt...tp kesian yg beli utk smpi belas2 pax tu...nk tulis nama setiap org ...

dapat ganti rugi tak?

Quote lurve82 13-4-2016 03:18 PM

isi borg jah...blm lg...kne tgu 7-30 hari bekerja..

Quote CARI-IIN 13-4-2016 03:29 PM
lurve82 replied at 13-4-2016 03:18 PM
isi borg jah...blm lg...kne tgu 7-30 hari bekerja..

La hai..amik hati je ke tu.. nanti kalau dah dapat inform tau. risau dorang 'belok' sana sini plak

Quote lurve82 13-4-2016 03:31 PM
CARI-IIN replied at 13-4-2016 03:29 PM
La hai..amik hati je ke tu.. nanti kalau dah dapat inform tau. risau dorang 'belok' sana sini plak ...

ntah ler...tgu je la..ok..klu dpt la...
Quote Artemesiaa 13-4-2016 03:31 PM
Sian dia orang kena tunggu lagi 7-30 hari harap janji ditepati le
Quote prizadane 13-4-2016 03:45 PM
pity those staff yang kena melayan maki hamun customer. sabar je la. hopefully rayani air ni recover balik. ada kawan cousin yang dulu kerja MAS...pastu after restructuring, dia dapat offer Rayani Air ni. tak tahu lah apa nasib dia sekarang.. dengan MAS pun problem dulu.. ni Rayani pulak
Quote AbukRokok 13-4-2016 04:02 PM
tajuk knela ringkas

contohnya
pelanggan meroyan di pejabat royani air
Quote knnk 13-4-2016 04:07 PM
cm_matjawasp replied at 13-4-2016 12:30 PM
Raya ni tak boleh naik Rayani

Lol, that pun tho

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.070103 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top