CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makmal UiTM terbakar

16-7-2013 10:25 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2651| Komen: 6

Sebuah bangunan setingkat yang menempatkan beberapa makmal sains di kampus induk Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam terbakar petang semalam. Difahamkan ketika kejadian pukul 4.15 petang itu, seramai tiga pelajar bersama seorang pensyarah serta seorang pembantu makmal sedang menjalankan ujikaji di dalam salah sebuah makmal berkenaan.


Bagaimanapun kesemua mereka sempat menyelamatkan diri apabila menyedari api mula merebak yang dipercayai berpunca dari sebuah bilik makmal yang terletak di bahagian tengah bangunan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Mohd Khairi Daud berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.26 petang sebelum menggegaskan kira-kira 30 anggota berserta lima jentera ke lokasi kejadian.

Setibanya mereka tempat kejadian, kelihatan asap hitam naik berkepul-kepul dengan api sedang marak membakar bangunan, katanya. "pasukan bomba terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk mengawal kebakaran daripada merebak dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 7.20 malam," katanya ketika dihubungi.

Mohd Khairi berkata selain disebabkan struktur bangunan lama, api dipercayai merebak dengan pantas akibat bahan kimia yang terdapat di dalam bangunan makmal. Beliau berkata pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan jumlah kerugian yang dialami.

5

Bagus
10

Marah
3

Terkejut
6

Sedih
1

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote freebird 16-7-2013 08:57 AM
Makmal sains? Uitm? Orang jarang guna pun....
Quote hawaq 16-7-2013 08:59 AM
hidup balik ka?

kata dah mati??

ka multinick si A....
Quote kakikuDibibirmu 16-7-2013 09:01 AM
memanglah dibakar oleh api, takkan dibakar oleh air pula sebegitu
Quote abas8888 16-7-2013 09:02 AM
ada yg isap rokok ke campak puntung dalam tong sampah? Or wiring problem??? kontrak asik nak yang murah..pemantauan pulak takde..hambekkk ubat.....
Quote txs7 16-7-2013 09:40 AM
ni makmal superconductor dan makmal natural product yg terbako..menurut sumber ada chemical yg meletup. lab ni untuk student master dan phd buat research..takziah.
Quote pakwetizzaqyah 16-7-2013 09:44 AM
tajuk darjah satu sekolah tamil ke??? uitm dibakar oleh api..mmg la api yang mmbakau..takkan ais kepal pak yim batu 4 plak.. ngahahahahhaa

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.169473 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top