CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Ini wajah asli saya, bukan ‘buatan’ doktor’ - Syamel

13-9-2024 08:46 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 54412| Komen: 46

 


WAKTU bergulir pantas. Selepas dipilih sebagai naib juara Akademi Fantasia 2015 (AF2015) sehingga ke hari ini, rupa-rupanya sudah lapan tahun figura bernama Syamel itu bergelar penyanyi.

Tamatnya AF2015, Syamel juga boleh dikatakan antara bintang yang berjaya menjarakkan dirinya daripada jenama AF lain berkat semaian bakat nyanyian tersendiri.

Sepanjang tempoh hampir sedekad dalam industri seni air, pemilik nama sebenar Syameel Aqmal Mohd Fodzly itu meraih banyak kejayaan dengan variasi julangan anugerah, baik menerusi nyanyian mahupun komposisi muziknya sendiri.

Transisi berlaku bukan sahaja tertumpu pada karier malah dapat dilihat pada perubahan fizikal. Usaha keras lelaki berusia 31 tahun selayaknya dipuji. Dia sentiasa mempunyai inisiatif untuk tampil dengan versi terbaik.

Jika sebelum ini sering didepani kecaman ‘body shaming’ dek bertubuh gempal, kini lain pula cerita yang perlu dihadam Syamel.


Meskipun khalayak maklum pelantun lagu Kau Pun Sama itu sudah cukup berdisiplin menjaga pemakanan dan bersenam demi mendapatkan tubuh ideal, perubahan ketara bentuk wajahnya tetap mencetuskan skeptikal bahawa semua itu ‘buatan’ doktor.

Ada juga yang berpendapat, rahang tajam dan hidung yang kini sedikit mancung mustahil untuk diperolehi hanya dengan bersenam.

Tampil menepis segala dakwaan, penyanyi kelahiran Kuala Lumpur itu bertegas, setakat ini dia belum lagi melakukan sebarang pembedahan kosmetik.


“Banyak juga yang kata saya buat muka sebab mereka nampak penampilan berbeza.

“Tetapi buat masa ini, saya memang tak buat apa-apa pembedahan kosmetik. Ini adalah wajah asli saya dan tidak ada ‘plastik’ pun. Jadi, tak ada apalah yang nak saya sorokkan.

“Kalau betul saya nak buat, benda pertama yang pernah saya fikir nak bedah adalah hidung.

“Tapi macam saya cakap, perkara ini memang tidak benar dan rasanya orang yang turun banyak berat badan pasti tahu mengapa aset yang sebelum ini ‘tiada’ boleh timbul semula,” katanya kepada HibGlam.


Bapa kepada seorang cahaya mata itu bagaiamanapun tidak menafikan kebarangkalian dilihat berbeza disebabkan mekap ketika persembahan.

“Saya memang ada mekap sedikit apabila mahu membuat persembahan di atas pentas. Satu lagi kemestian adalah mendandan rambut.

“Mungkin disebabkan mekap juga orang nampak wajah saya lain padahal hakikatnya sama sahaja.

“Tapi realitinya, di luar pentas saya biasa sahaja, sama seperti orang lain. Kalau ada yang bertuah mungkin dapat lihat wajah asal saya tanpa mekap,” tuturnya berjenaka.


Enggan berlama-lama dalam topik perubahan wajah, penulis sempat bertanya suami kepada penyanyi Ernie Zakri itu mengenai populariti diraih anaknya iaitu Nur Khawla Soleha yang sepertinya bakal mewarisi bakat seni mereka.

Sumber  - Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 13-9-2024 08:54 AM
Xde bedah² tp aku yakin ade buat treatment yg x invasive.
Ler ni janji hada duit ja.
Patu leh klem berkat air wuduk eat clean & whatnot
Ayu aku cinta padamu senyum sinis dekkkkkk
Quote menjad 13-9-2024 08:55 AM
Ntah lah. Jangan hujung2 jadi macam hailena sudahhhh. Dari gelap jadi putih.

Quote supernaturalee 13-9-2024 09:13 AM
so bila nk buat hihung


Quote lovelytouch 13-9-2024 09:25 AM
Helok juaaa.  Tapi mengenangkan bini heols ernie yang sllu buat akaq turn off... makanya akaq turn off dua2.
Quote takkizawa 13-9-2024 09:57 AM
lovelytouch: Helok juaaa.  Tapi m ...


Iolss dok dlm gua tak follow socmed artis ni. Setakat kenal gitu2 aja. Nape nok bini dia?
Quote September14 13-9-2024 10:04 AM
Sama je muka dia…. Bila dah kurus atau sado nmpkla muka akan tambah elok…. Klu buat muka tu leh tau dari tepi hidung mancung semacam, gigi palsu kulit putih sgt… leh nmpk beza
Quote nutcrack8 13-9-2024 12:18 PM
Errrmmm...tetap x ensem
Quote Aku2011 13-9-2024 02:09 PM
nutcrack8: Errrmmm...tetap x ensem
awam sgt ????????
Quote amyfaha 13-9-2024 03:20 PM
Kau dah rasa terpaling hansome ke nyah burit? Overrrrrr..
Quote shernazz 13-9-2024 03:33 PM
Buat rambut gitu pastu tunduk
Mcm pelakon korea yang hero cite mr queen tu..yNg jadi king tu..
Quote hujanrindu28 14-9-2024 06:19 PM
Muka melayu tulen. Ok ape
Quote KarinaKapur 14-9-2024 06:24 PM
Mcm laki mariam kimchi la plakk
Quote Bfjsmbcksbxj 16-9-2024 02:08 AM
bila kurus automatik hensem ehh
Quote habisnamadahni 16-9-2024 02:46 PM
gmbr ketiga tu jawline..masyaallah dasatt
Quote sleepandream 16-9-2024 03:01 PM
hidung kembangla bagus...
saluran hidung kecik nanti keluar bunyi sengau pulek

Quote dekmieDandy 18-9-2024 09:36 AM
weight loss je ni, makin kurus dia sekarang
Quote acepark 18-9-2024 09:47 AM
sama aja..
Quote MatDeghem 18-9-2024 10:12 AM
kenape bg mat tengok budak ini lain maciam vibe nya. mendadah ke?
Quote cicicumel 18-9-2024 10:16 AM
Kesian heshe suara sedap tp lps lagu duet ngan wife dia, xde dah lagu yg meletup.

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.046919 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top