CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1448|Reply: 6

[Tempatan] Makmal UiTM dibakar oleh api ..

[Copy link]
Post time 16-7-2013 08:45 AM | Show all posts |Read mode
Alhamdulillah ..nasiblah baik juga tada sapa-sapa dibakar bersama-sama oleh api yang demikian...

Api marak bakar makmal Sains UiTM
5:29AM Jul 16 2013         

Sebuah bangunan setingkat yang menempatkan beberapa makmal sains di kampus induk Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam terbakar petang semalam. Difahamkan ketika kejadian pukul 4.15 petang itu, seramai tiga pelajar bersama seorang pensyarah serta seorang pembantu makmal sedang menjalankan ujikaji di dalam salah sebuah makmal berkenaan.

Bagaimanapun kesemua mereka sempat menyelamatkan diri apabila menyedari api mula merebak yang dipercayai berpunca dari sebuah bilik makmal yang terletak di bahagian tengah bangunan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Mohd Khairi Daud berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.26 petang sebelum menggegaskan kira-kira 30 anggota berserta lima jentera ke lokasi kejadian.

Setibanya mereka tempat kejadian, kelihatan asap hitam naik berkepul-kepul dengan api sedang marak membakar bangunan, katanya. "asukan bomba terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk mengawal kebakaran daripada merebak dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 7.20 malam," katanya ketika dihubungi.

Mohd Khairi berkata selain disebabkan struktur bangunan lama, api dipercayai merebak dengan pantas akibat bahan kimia yang terdapat di dalam bangunan makmal. Beliau berkata pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan jumlah kerugian yang dialami.

- Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2013 08:57 AM | Show all posts
Makmal sains? Uitm? Orang jarang guna pun....
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 08:59 AM | Show all posts
hidup balik ka?

kata dah mati??

ka multinick si A....
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 09:01 AM | Show all posts
memanglah dibakar oleh api, takkan dibakar oleh air pula sebegitu
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 09:02 AM | Show all posts
ada yg isap rokok ke campak puntung dalam tong sampah? Or wiring problem??? kontrak asik nak yang murah..pemantauan pulak takde..hambekkk ubat.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 09:40 AM | Show all posts
ni makmal superconductor dan makmal natural product yg terbako..menurut sumber ada chemical yg meletup. lab ni untuk student master dan phd buat research..takziah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2013 09:44 AM | Show all posts
tajuk darjah satu sekolah tamil ke??? uitm dibakar oleh api..mmg la api yang mmbakau..takkan ais kepal pak yim batu 4 plak.. ngahahahahhaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.335175 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list