Pelakon Fattah Amin berkata dia mengakui terkejut dan hanya mengetahui isterinya, Fazura memfailkan perceraian melalui media sosial. Memetik Harian Metro, Fattah berkata dia masih sayangkan isterinya dan menegaskan tiada wanita lain dalam hidupnya seperti yang didakwa. “Sejujurnya, saya hanya mengetahui mengenai permohonan perceraian yang difailkan terhadap saya melalui media sosial, terutamanya selepas ia ditularkan. “Saya berasa amat terkejut dan sedih dengan perkhabaran berita ini. Malah, tanpa sebarang rasa ragu-ragu, saya masih menyayangi Faz (panggilan Fazura),” katanya. Sementara itu, Fattah turut berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik dan isu rumah tangganya itu dapat diselesaikan dengan baik secara tenang. “Walau apa pun yang terjadi, saya dengan rendah diri memohon doa yang baik-baik dan sokongan daripada kalian semua tidak kira yang pernah mengenali mahupun yang tidak mengenali kami secara peribadi.
“Moga segala urusan kami berdua dipermudahkan dan diselesaikan dengan baik serta penuh ketenangan,” katanya. Sumber : Rotikaya |
apedehal replied at 17-9-2024 11:01 AM
Sblm2 ni bday fattah, fazura bg hadiah harga bukan kaleng2, siap organize suprise bday party bagai.. ...
faint_heart replied at 17-9-2024 11:04 AM
Ya setuju ..
apedehal replied at 17-9-2024 12:47 PM
Xfaham knp acik2 ni fail logic thinkingnya.. lebih rela layan fantasi yg perempuan nya the malefic ...
apedehal replied at 17-9-2024 11:01 AM
Sblm2 ni bday fattah, fazura bg hadiah harga bukan kaleng2, siap organize suprise bday party bagai.. ...
KBW2 replied at 17-9-2024 05:48 AM
...tahun ni je bg hadiah plg worse terus dikatanya saiko..ad la tu suami buat sakit hati dia..mcm ...
ADVERTISEMENT