Oleh Izzah Abbasy
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) meletakkan penanda aras yang tinggi kepada universiti-universiti awam bagi melahirkan graduan cemerlang tidak mahu hanya menjadi 'jaguh kampung' dalam soal pendidikan, sebaliknya dicontohi di peringkat global. "Tentunya matlamat pengajian tinggi bukan hanya bersandarkan akademiknya semata-mata, tetapi dalam masa yang sama pencapaian sahsiah atau akhlak yang baik harus juga diberi keutamaan. "Seseorang itu mungkin pencapaian akademiknya baik, tetapi harus ada keseimbangan dari segi sahsiahnya, jika tidak, akan berlaku kepincangan kepada produk akhir universiti," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian Watikah Pelantikan dan Penghargaan bagi Program Fakulti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kementerian Pendidikan Tinggi. Melalui program itu, CEO terlibat akan memberi khidmat nasihat dan kuliah dalam tempoh 20 hingga 30 jam dalam bentuk syarahan, perkongsian ilmu, kajian kes dan ucaptama kepada pelajar, pensyarah dan kakitangan akademik. Langkah dilakukan KPT termasuk Program Fakulti CEO yang pertama di dunia itu, menjadi contoh kepada negara lain. - CARI Infonet
|
11
Bagus |
19
Marah |
11
Terkejut |
16
Sedih |
16
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT