CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1429|Reply: 3

[Tempatan] {3} Universiti Tempatan jangan jadi jaguh kampung jer - Wak Jahid !

[Copy link]
Post time 16-3-2016 03:55 AM | Show all posts |Read mode
Kerajaan Letak Penanda Aras Tinggi Universiti Lahir Graduan Cemerlang - Ahmad Zahid       
KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) meletakkan penanda aras yang tinggi kepada universiti-universiti awam bagi melahirkan graduan cemerlang, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan tidak mahu hanya menjadi 'jaguh kampung' dalam soal pendidikan, sebaliknya dicontohi di peringkat global.

"Tentunya matlamat pengajian tinggi bukan hanya bersandarkan akademiknya semata-mata, tetapi dalam masa yang sama pencapaian sahsiah atau akhlak yang baik harus juga diberi keutamaan.

"Seseorang itu mungkin pencapaian akademiknya baik, tetapi harus ada keseimbangan dari segi sahsiahnya, jika tidak, akan berlaku kepincangan kepada produk akhir universiti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian Watikah Pelantikan dan Penghargaan bagi Program Fakulti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)  Kementerian Pendidikan Tinggi di sini, malam ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Seramai 31 CEO baharu terdiri daripada tokoh-tokoh industri swasta, syarikat berkaitan kerajaan dan pegawai tinggi kerajaan diberikan watikah pelantikan bagi pelaksanaan Program Fakulti CEO Fasa Dua.

Majlis itu juga meraikan sumbangan kepakaran, masa dan tenaga seramai 24 orang CEO lantikan Fasa Satu sepanjang sesi pengajian akademik 2015/2016.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata KPT kini berada di landasan betul dengan melaksanakan langkah-langkah proaktif ke arah menjadikan sistem pendidikan negara antara yang terbaik di dunia.

Katanya langkah dilakukan KPT termasuk Program Fakulti CEO yang pertama di dunia itu, menjadi contoh kepada negara lain.

Antara objektif utama Program Fakulti CEO adalah mempergiatkan penglibatan sektor industri sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan tinggi kebangsaan melalui perkongsian pengalaman dan kepakaran daripada tokoh-tokoh industri.

Melalui program itu, CEO terlibat akan memberi khidmat nasihat dan kuliah dalam tempoh 20 hingga 30 jam dalam bentuk syarahan, perkongsian ilmu, kajian kes dan ucaptama kepada pelajar, pensyarah dan kakitangan akademik.

Ahmad Zahid berkata sebagai mengiktiraf program itu, beliau bercadang memasukkan Program Fakulti CEO yang pertama di dunia itu serta program Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Bersepadu ke dalam Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

-- BERNAMA                 
               

            
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2016 09:51 AM | Show all posts
hbt tjuk thread.……
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 10:38 AM | Show all posts
Zahid bangang jadi jaguh kampung takpe pulak
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2016 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
ape2 je la labuuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.100684 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list