Oleh Fyruz Hanna Johor Bahru: Suspek pecah rumah yang jatuh dari bumbung rumah mati dibelasah oleh penghuni rumah berkenaan di Jalan Storey. Kejadian jam 5.55 pagi itu, suspek diikat dan dipukul penghuni yang berada didalam rumah selepas suspek terjatuh. Suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau berhubung kes dadah. Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata mangsa, berasal dari Bukit Siput, Segamat, dipercayai cuba memecah masuk ke dalam rumah tersebut dengan memanjat bumbung namun terjatuh.
“Mangsa juga telah diikat tangan dan kaki supaya tidak dapat melepaskan diri. Mangsa dijumpai mati di tempat kejadian dalam keadaan tidak berbaju dan hanya berseluar pendek,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini. Kecederaan berukuran 5 sentimeter di bahagian belakang kepala dan luda berukuran dua sentimeter direkodkan.-CARI Infonet. sumber: Bernama
|
jejaka_hensem replied at 11-3-2016 10:22 AM
dah dpt tangkap tu,call je la polis.biar mereka yg berhak utk menghukum.
kejam sgt pukul sampai mat ...
ADVERTISEMENT