CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PAS Enggan Sertai Deklarasi Singkir Najib

4-3-2016 09:58 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3752| Komen: 15




sumber foto: http://www.freemalaysiatoday.com/


Pas mengumumkan tidak turut serta dalam majlis menandatangani deklarasi menuntut penyingkiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dijangka diadakan hari ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti itu mempunyai pendekatan dan gerakan tersendiri melalui Blok Politik Ketiga ke arah mengubah kepimpinan negara melalui saluran yang demokrasi dan berperlembagaan.


“Pas menghargai pelawaan Tun Dr Mahathir (Mohamad) untuk sama-sama hadir dalam majlis menandatangani deklarasi menuntut penyingkiran Perdana Menteri,” katanya.


Semalam, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengesahkan pihaknya akan mengadakan sidang media dengan bekas Perdana Menteri itu esok berhubung gerakan mereka menyingkirkan Najib.


Dalam pada itu, menurut Takiyuddin, pihaknya menuntut supaya Parlimen dibubarkan segera bagi membolehkan pilihanraya umum diadakan dengan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat bagi menggantikan Kerajaan Pusat hari ini yang terpalit dengan pelbagai skandal dan kelemahan urus tadbir.- CARI Infonet




sumber berita : http://www.sinarharian.com.my
3

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
11

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Equalizer 4-3-2016 10:07 AM
Agree!

Dalam pada itu, menurut Takiyuddin, pihaknya menuntut supaya Parlimen dibubarkan segera bagi membolehkan pilihanraya umum diadakan dengan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat bagi menggantikan Kerajaan Pusat hari ini yang terpalit dengan pelbagai skandal dan kelemahan urus tadbir

daripada tukar PM sahaja, lebih buat pilihanraya baru, turunkan pemimpin2 BN yg korup!!!
Kalau Najib turun sekarang, most likely Zahid Hamidi naik jad PM.... hampas gak!!!
Nazri, Ahmad Maselan, dll yg korups, bahalul, yg kaki jilat masih dok diatas mentadbir negara...



Quote BungaSaffron 4-3-2016 10:08 AM
dah ada thread

http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D1

@spiderman80
Quote bangcak 4-3-2016 10:10 AM
org tua nih susah sket nak bg dia agresif sbb dia dah tua.
tu pasal pas nak bagi org tua tu hangat2 sket.
bg jentera tua tunjuk bakat
Quote zidane_ziege 4-3-2016 10:13 AM
hadamkan betul2 cai..bukan turunkan najib tp bubar parlimen..itu yg pas mau..
Quote revolusi_30 4-3-2016 10:31 AM
bubat parlimen kalau Najib Razak masih lagi pengerusi BN dan bertanding di Pekan mcm mana...? Bila menang sudah tentu Najib Razak akan naik balik dan sgn megah cakap rakyat sokong saya... Ke PAS YAKIN Hadi Awang yg jadi PM ..
Quote revolusi_30 4-3-2016 10:32 AM
Org nk buang najib razak, bagi beliau tidak ada kuasa dan jawatan... Lepas tu baru la pengganti beliau fikir nk bubar atau x mau bubar.
Quote bangcak 4-3-2016 11:12 AM
revolusi_30 replied at 4-3-2016 10:32 AM
Org nk buang najib razak, bagi beliau tidak ada kuasa dan jawatan... Lepas tu baru la pengganti beli ...

toksah buat keje 5-6 kali.
pikir nak turunkan paklah dulu utk ganti najib la.
pastu nak pikir turunkan najib utk ganti wak jahid la.
buat2 penat madey je kuar masuk umngok.

penyelesaian paling simple.
bubar parlimen
serah pada rakyat utk buat pilihan.


Quote rashiman 4-3-2016 11:18 AM
bangcak replied at 4-3-2016 11:12 AM
toksah buat keje 5-6 kali.
pikir nak turunkan paklah dulu utk ganti najib la.
pastu nak pikir tu ...

Pembangkang kenalah bersabar, sampai masanya.. Parlimen akan dibubarkan...
BN pun tak kacau desak bubarkan DUN atau MB dan KM agar letak jawatan....

Quote CrowneGlory 4-3-2016 11:22 AM
Bagus cara berfikir PAS... Join yidin sembab, madey kutty etc jatuhkan bijan buat apa..tolong dorg supaya BN umngok terus berkuasa? Dah x relevan anymore...semoga parti2 lain bukak mata ...& minda...jgn jd bodoh tolong dorg terus survive unless dorg dh join parti korg...Betul ckp setiausaha PAS ni..buat PRU biar rakyat tentukan...
Quote bangcak 4-3-2016 11:23 AM
rashiman replied at 4-3-2016 11:18 AM
Pembangkang kenalah bersabar, sampai masanya.. Parlimen akan dibubarkan...
BN pun tak kacau desak ...

bn desak lagi teruk.
tak tunggu keputusan mahkamah
dewan pon dirempuh, speaker dicampak
keluar.

so,
kalu pengasas umngok taksabar nak
turunkan presiden, pas bagi nasehat
supaya bersabar.

kita pakat2 bubar parlimen jauh lebih
baik dan jimat.

Quote revolusi_30 4-3-2016 11:50 AM
bangcak replied at 4-3-2016 11:12 AM
toksah buat keje 5-6 kali.
pikir nak turunkan paklah dulu utk ganti najib la.
pastu nak pikir tu ...

Bubar parlimen kalau BN masih memang meskipun tipis Najib Razak masih jadi PM lagi bukan... Sebab beliau pemimpin tertinggi parti dan komponen.   
Quote uniq61 4-3-2016 12:01 PM
CINA DOK DIAM JE MELIHAT MELAYU DOK GADUH....
KENAPALAH MELAYU BELUM BERUBAH?
CEDET SENDIRI KATA MELAYU NI HANGAT HANGAT TAIK AYAM..
DAN MELAYU MUDAH LUPA...
SO MELAYU AKAN BERBAIK SEMULA SEBAB MELAYU MUDAH MELUPAKAN...DAN MUDAH SEJUK CAM TAIK AYAM..
Quote spiderman80 4-3-2016 12:42 PM
BungaSaffron replied at 4-3-2016 10:08 AM
dah ada thread

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=964076&extra=page% ...

Thanks, tapi momod tak dapat tutup thread Wartawan Cari.
Quote BungaSaffron 4-3-2016 03:04 PM
spiderman80 replied at 4-3-2016 12:42 PM
Thanks, tapi momod tak dapat tutup thread Wartawan Cari.

ohhh... ok noted spidey...

Quote kingsyed 5-3-2016 03:55 AM
CrowneGlory replied at 4-3-2016 11:22 AM
Bagus cara berfikir PAS... Join yidin sembab, madey kutty etc jatuhkan bijan buat apa..tolong dorg s ...

Bagus cara fikir PAS?? Hehehehe... Yolah... bagus... PAs tak mahu join sebab PAS dah mula sekongkol dengan Najib

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.625819 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top