CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

RTM Kurang Perbelanjaan, DJ Radio Kena Potong Gaji Tinggal RM1000

5-3-2016 12:39 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 11171| Komen: 28

Description: Enam stesen radio di bawah Radio Televisyen Malaysia (RTM) dilaporkan telah mengurangkan waktu siaran sejak 1 Mac lalu untuk mengurangkan perbelanjaan.


sumber foto: google image


Enam stesen radio di bawah Radio Televisyen Malaysia (RTM) dilaporkan telah mengurangkan waktu siaran sejak 1 Mac lalu untuk mengurangkan perbelanjaan.

China Press melaporkan arahan yang diterima secara mengejut itu menyebabkan pegawai atasan radio kelam-kabut kerana ia turut mengakibatkan gaji sesetengah juruhebah dikurangkan.

Menurut akhbar berbahasa Cina itu, potongan waktu siaran dikatakan menyebabkan gaji juruhebah tertentu sekadar tertinggal RM1,000 sahaja.

Juruhebah sebuah stesen radio berbahasa Melayu memberitahu akhbar tersebut, pihak atasan stesen radio terpaksa mengatur semula jadual bertugas 20 juruhebah dan keadaan itu menyebabkan gajinya tinggal RM1,000.

Menurutnya, juruhebah di dua stesen radio di bawah RTM telah mengadu secara beramai-ramai kepada ketua masing-masing kerana langkah berjimat yang dilaksanakan telah menghakis kebajikan pekerja kontrak.


Dalam pada itu, stesen berbahasa Cina iaitu Ai FM dilaporkan sudah menghentikan laporan berita dan siaran langsung selepas pukul 11 malam, tetapi sekadar menyiarkan lagu dan siaran ulangan selepas tengah malam.- CARI Infonet



sumber berita : China Press
11

Bagus
10

Marah
10

Terkejut
14

Sedih
11

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 5-3-2016 12:40 AM
lu kelija ovetaim ka?
Quote GincuPurple 5-3-2016 01:42 AM
Kata kenaikan gaji penjawat awam akan diteruskan, tapi juruhebah sudah kena potong gaji pulak. Hmmm
Quote RED 666 5-3-2016 03:54 AM
GincuPurple replied at 5-3-2016 01:42 AM
Kata kenaikan gaji penjawat awam akan diteruskan, tapi juruhebah sudah kena potong gaji pulak. Hmmm

Yang kontrak yg kena potong dn x selamat tu

Yang tetap mmg kebal dn akan naik gaji
Quote Acong 5-3-2016 06:22 AM
bagus laa..... jimatkan wang rakyat   
Quote TuntungReturn 5-3-2016 06:32 AM
first time aku dgr kakitangan kontrak potong gaji. cek balik perjanjian tu. ade x kene potong gaji klo bajet dikurangkan.
Quote mak_wa95 5-3-2016 06:35 AM
zalimnya.....
Quote Esmiria 5-3-2016 12:21 PM

makwe keje pe lak
Quote _______ 5-3-2016 12:29 PM
Apo nak dikato
Quote mak_wa95 5-3-2016 01:12 PM

saya sesekali jadi deejay kat sekolah je..
Quote zie_indah 5-3-2016 11:52 PM
Mmm..sian nye..
Quote aechae 5-3-2016 11:58 PM
Sian nyaaa...yg dj radio swasta tergelak2 merapu byk plak gaji nya....korg dj2 rtm resign jelah msuk swasta tp jgn skema lah
Quote mzzenma 6-3-2016 12:24 AM
Dj radio ni gred apa ek..B17 kan?
Quote lasagnaklcc 6-3-2016 12:40 AM
Mcm lebih kurg gred 17 punya gaji...
Quote shamsadis 6-3-2016 01:15 AM
Stesen bahasa cina baik tutup je, takder faedah langsung
Quote hyie 6-3-2016 01:23 AM
lasagnaklcc replied at 6-3-2016 12:40 AM
Mcm lebih kurg gred 17 punya gaji...

biar betul gred 17??? lepasan spm lah cenggitu kan...macam x betul ja...at least kena ada diploma kot
Quote ezoneline 16-6-2016 08:36 AM
Gomen..dh x ada duit dh..ramai pekerja kontrak di turunkan gred dan potong gaji kow2 punya...termasuk kt sektor awam lain..
Quote mokcikKSKB 16-6-2016 08:38 AM
Potong gaji dj radio ada hati bagi bonus raya!!!!!!
Quote dinopower 16-6-2016 08:40 AM
mokcikKSKB replied at 16-6-2016 08:38 AM
Potong gaji dj radio ada hati bagi bonus raya!!!!!!

tu pekerja kontrak jah.... potong gj bg.... nama pun keje kontrak mmg kena cari keje tetap la...
Quote dinopower 16-6-2016 08:40 AM
mokcikKSKB replied at 16-6-2016 08:38 AM
Potong gaji dj radio ada hati bagi bonus raya!!!!!!

tu pekerja kontrak jah.... potong gj bg.... nama pun keje kontrak mmg kena cari keje tetap la...

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.079367 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top