CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KWSP Isytihar Dividen 6.40 Peratus Untuk 2015!

20-2-2016 09:29 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6547| Komen: 37


Oleh : TS LOO

sumber foto: http://lh3.googleusercontent.com/



Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 6.40 peratus untuk 2015 dan pembayaran dividen sebanyak RM38.24 bilion. 


Sebanyak RM5.98 bilion diperlukan untuk membayar setiap satu peratus kadar dividen bagi tahun itu yang juga peningkatan 10.13 peratus berbanding RM5.43 bilion pada 2014. 


Peningkatan ini selaras dengan pertumbuhan aset pelaburan KWSP kepada RM684.53 bilion setakat 31 Disember 2015. KWSP mencatat pendapatan kasar sebanyak RM44.23 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015, peningkatan sebanyak 13.18 peratus berbanding RM39.08 bilion pada 2014. 



Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman, dalam satu kenyataan sebentar tadi, berkata pendapatan pelaburan kasar yang dicapai adalah menerusi strategi kepelbagaian merentasi kelas asset dalam beberapa negara dan pasaran.


"Adalah penting keupayaan kami untuk mencapai sasaran pelaburan strategik sekurang-kurangnya 2.5 peratus dividen nominal selaras dengan peruntukan Akta KWSP 1991 dan sekurang-kurangnya dua (2) peratus pulangan melebihi inflasi untuk purata tiga tahun berturut-turut."




sumber : bernama.com/
18

Bagus
14

Marah
18

Terkejut
13

Sedih
16

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mesmerize 20-2-2016 09:34 PM
alhamdulillah.. dah masuk dah pun dividennya.. bole cek kat i-account masing2
Quote sekngucing 20-2-2016 09:35 PM
boleh ambik ke
Quote rukia2 20-2-2016 09:36 PM
bley amek ke bley tengok ja?
Quote bluehedgehog 20-2-2016 09:37 PM
#Tqnajibiloveu
Quote mesmerize 20-2-2016 09:37 PM
hello soalan2 noob kat atas? takkan tak tahu lagi cemana kwsp berfungsi
Quote rukia2 20-2-2016 09:43 PM
Quote onnabila 20-2-2016 09:50 PM
Alhamdulillah...bertambah simpanan KWSP.
Quote Themilo 20-2-2016 09:57 PM
Patuh syariah tak dividen tu?
Mohon KWSP cuci darah kami hasil dividen tak patuh syariah, persis luahan hakak mulayu semasa kes cadbury
Quote randa 20-2-2016 10:18 PM
cepatla kwsp ishtihar system yg patuh syariah
sebagai org islam at least kita da berusaha mengelak unsur syubhah dlm rezeki/simpanan kita
Quote cmf_premierleag 20-2-2016 10:26 PM
rukia2 replied at 20-2-2016 09:36 PM
bley amek ke bley tengok ja?

Bleh tengok je
Kalo umur panjang sempat le merasa
Kalo umur pendek, wasiatkan la kat penama yg dipercayai..jgn bagi sapa2 amik kesempatan atas semua hasil penat lelah kerja kita
Aku bagi pendapat based on pglmn org lain
Opismate aku meninggal umur 35..sakit
Suami dia marah2 kat weols sbb katanya dia x dpt sesen pun duit arwah...sbb penama is nama mak arwah
Ye le..dh dulu2 ko pukul bini ko n main betina..rasakan
Quote koko2 20-2-2016 10:28 PM
Bank Rakyat bila nk dpt dividend plak?
Quote Peterpan17 20-2-2016 10:32 PM
cmf_premierleag replied at 20-2-2016 10:26 PM
Bleh tengok je
Kalo umur panjang sempat le merasa
Kalo umur pendek, wasiatkan la kat penama yg d ...

Isteri msh blh tuntut walaupun penama mak dia. Dia berhak utk tuntut. Ikut sistem faraid. Ini mesti mak jenis tamak haloba hadap duit anak. Tak fikir cucu pun perlu duit. Psl tu aku punya epf aku bahagi kpd 4 penama. Supaya memasing dpt co-ordinate duit tu bila aku meninggal. Jgn tamak haloba nak sapu semua. On top of that aku buat wasiat pemegang amanah utk pembahagian harta dan duit aku bila aku meninggal. Aku siap lantik laywer. Org kita ni klu disuruh buat wasiat ke apa, mesti kata sumpah suruh mati cepat. Jumud sungguh mentality.
Quote Themilo 20-2-2016 10:33 PM
koko2 replied at 20-2-2016 02:28 PM
Bank Rakyat bila nk dpt dividend plak?

Bank rakyat biasanya april sis..
Quote cmf_premierleag 20-2-2016 10:35 PM
Peterpan17 replied at 20-2-2016 10:32 PM
Isteri msh blh tuntut walaupun penama mak dia. Dia berhak utk tuntut. Ikut sistem faraid. Ini mest ...

Kawan aku yg dh arwah tu perempuan
Weols pun x penah tahu psl dia letak penama nama mak dia
So hasben dia sama opis gak dgn weols..tp weols tak komen apa2 la sbb knowing cara dia layan arwah ms sakit dulu2
Tp mmg hasben dia kata dia x dpt satu sen pun dr epf arwah isteri dia
Quote Peterpan17 20-2-2016 10:42 PM
cmf_premierleag replied at 20-2-2016 10:35 PM
Kawan aku yg dh arwah tu perempuan
Weols pun x penah tahu psl dia letak penama nama mak dia
So h ...

kikikiki!! aku padankan saja muka dia klu mcm tu. Aku baca td ko tulis suami dia kaki betina.

Apa apa pun kita perlu bersedia benda benda mcm ni. Kita ni yg mati dah takde apa. Tu yg hidup bercakar cakar psl reta benda. Ini kelemahan aku tgk byk pd org Melayu. Derang takut membincangkan psl harta psl takut dituduh gila harta. Sudahnya berlaku byk kes rebut2 harta duit ringgit.
Quote cmf_premierleag 20-2-2016 10:46 PM
Peterpan17 replied at 20-2-2016 10:42 PM
kikikiki!! aku padankan saja muka dia klu mcm tu. Aku baca td ko tulis suami dia kaki betina.

...

Betul tu
Lps tgk.kisah2 pengalaman hidup org lain dan baca kisah2 poremer di bod FD sana tu, aku plan nk buat wasiat
Bukannya apa...sbb aku takmo ada biawak or org lain amik kesempatan atas hasil.penat kerja kita..w/pun kita dh jd tanah, tp still rs mcm tak fair pulak kalo ada yg nk amik kesempatan..hehehehehe
Mmg la harta aku x byk mana pun...tp.knowing manusia zaman skang, so aku letak je penama 100% mak aku
Quote Knowlee 20-2-2016 10:48 PM
Alhamdulillah.
Quote Peterpan17 20-2-2016 10:54 PM
cmf_premierleag replied at 20-2-2016 10:46 PM
Betul tu
Lps tgk.kisah2 pengalaman hidup org lain dan baca kisah2 poremer di bod FD sana tu, aku  ...

aku pula bahagi kpd 4 nama. Adik beradik dan wifey. Adik beradik aku mmg tak lahap duit aku. Aku kenal derang sgt. Ingat kes rebut harta mak aku bila nenek aku meninggal. Nenek aku byk harta benda. Byk sgt siot. Mak aku cuma dpt seutas rantai psl harta lain semua di sauk dgn adik dia. Kami adik beradik malas nak bergaduh berebut kita org biarkan. Skrg ni bak kata org Sabah, makcik aku tu ketulahan, harta byk yg diamik secara tak sah tu, tak blh guna juga psl dok berubat sakit dr dulu smp skrg. Abis duit berubat. Padan muka.

Pastu aku ada 3 pemegang amanah utk harta aku ni. Buat wasiat dan lantik lawyer.
Quote little_sis 20-2-2016 11:00 PM
dah check.. alhamdulillah la.. kot sempat, merasa la, kot tidak pun semoga bermanfaat utk org2 yg ditinggalkan..

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:20 PM GMT+8 , Processed in 0.069808 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top