CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mulai 1 Julai 2015 KWSP Tawar ASB2 Kepada Pencarum

26-6-2015 10:32 AM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 9825| Komen: 23

Description: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) akan ditawarkan di bawah Skim Pelaburan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (SPA-KWSP) bermula 1 Julai ini.


Susulan daripada pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Pelan Malaysia ke-11 2016-2020 pada 21 Mei 2015. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) akan ditawarkan di bawah Skim Pelaburan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (SPA-KWSP) bermula 1 Julai ini.


Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) Mohamad Nasir Ab Latif, terdapat sembilan dana yang ditawarkan di bawah SPA-KWSP yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) menerusi penyenaraian ASB2.

Semasa membentangkan RMK11, Perdana Menteri mengumumkan pencarum KWSP akan dibenar menggunakan Akaun 1 bagi melabur dalam ASB2.


Langkah tersebut bagi memastikan sasaran mencapai 30 peratus ekuiti Bumiputera dapat dicapai menjelang 2020.

Ahli KWSP digalakkan menggunakan kemudahan Portal Informasi SPA-KWSP untuk mendapatkan maklumat tentang dana-dana unit amanah yang ditawarkan di bawah SPA-KWSP serta IPD yang menguruskan unit amanah tersebut, tambah Mohamad Nasir.

Portal yang dilancarkan pada April 2015 itu merupakan inisiatif KWSP untuk pencarum membuat penyelidikan sebelum mengambil sebarang keputusan pelaburan. - CARI Infonet





5

Bagus
11

Marah
10

Terkejut
4

Sedih
14

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mesmerize 26-6-2015 08:33 AM
banyak ke dividen ASB2? ASB2 ni halalun toyyiba ke tidak?
Quote primemova 26-6-2015 08:35 AM
Berapa dividen asb2 nih?
Quote CrowneGlory 26-6-2015 08:37 AM
Setakat ni pelaburan mana terbaik? Ke sama je semua
Quote cmf_kunyit 26-6-2015 08:39 AM
kwsp takut abe jibby senduk lagi ke?
Quote dino 26-6-2015 08:41 AM
mesmerize replied at 26-6-2015 08:33 AM
banyak ke dividen ASB2? ASB2 ni halalun toyyiba ke tidak?

halal simpan duit bwh bantal je
ade org time ord dok tunggu dividen... time tu la sembang halal haram..... ko tak simpan dok diam2 aaa...... join MLM.... itu takpe plak.... dasar...
Quote mesmerize 26-6-2015 08:43 AM
dino replied at 26-6-2015 08:41 AM
halal simpan duit bwh bantal je
ade org time ord dok tunggu dividen... time tu la sembang hala ...

simpan bawah bantal tak beranak pinak duit tu dino

siapa taknak khen tetiap tahun kutip dividen 5 angka.. hiks


Quote blazzard 26-6-2015 08:48 AM
dividen kita leh kuarkan trus ker kena tunggu umur 60 thn gak?
Quote zach2008 26-6-2015 09:37 AM
Lps ni KWSP pun tak nak bg dividen yg tinggi kpd pencarum...
Quote miss_kitab 26-6-2015 10:27 AM
huntong ke idok ni? klau huntong nak ler melabuq
Quote prettyuglybabe 26-6-2015 10:49 AM
lepas tu dah masuk ASB2, suka-suka hati dorang boleh keluar balik duit tu mcm ASB?
mana nak beranaknya duit kalu buat alasan masuk ASB2, pastu 2 3 bulan bawak keluar..
Quote mzzenma 26-6-2015 10:53 AM
kalau masuk asb2 maknanya bleh jual beli mcm biasa ke?
dividen nya pula gimana ya?
member mzz sorang agent unit trust kata since ringgit merundum this year, kemungkinan dividen unit trust naik more than last year
last year dividen 7.6
Quote lizache 26-6-2015 01:07 PM
dividen boleh amik tiap2 tahun le kot. mcm skim annuiti yg selalu bank2 dok buat tu... pokok dia je tak boleh kluarkan..
Quote Potpouri 26-6-2015 01:12 PM
Mestilah dividen tak blh keluar.. Dh objektifnya melabur utk hari tuo.. Dividen kwsp sblm ni kan tak blh dikeluarkan..
Quote poyohabis 26-6-2015 09:39 PM
Duit dr kwsp x leh buat keluar..guna lak cara mcm ni...bijan2..
Quote nazurah 27-6-2015 12:15 AM
aku takut keluarkan duit kwsp masuk dlm ASB, pastu jibby pinjam ASB buat beli tanah pastu x boleh bayar balik. kang aku yang melopong...

susah mau percayaaaa...
Quote Anak_Nogori 27-6-2015 12:19 AM
Tapi bukankah macai ada cakap duit kwsp najib dah sakau..mcm mana boleh keluarkan duit dari akaun 1 utk melabur ni?..

Ketololan apa kah ini?.
Quote emasgunung 27-6-2015 12:38 AM
Rasanya sama je kot dengan pelaburan yg kwsp benarkan sebelum ni utk akaun 1. Biasa yang org ambil sebelum ni public mutual, cwa. Dividen memang tak boleh ambil sbb itu lah cara nak bagi duit tu bertambah.
Quote Anak_Nogori 27-6-2015 12:45 AM
Pelik saya..kalau kwsp dah kering disakau oleh najib...mana kwsp amik duit utk kasi ahli2nya melabur dlm asb2 ni?.

Macais2...please explain?.
Quote zeed 28-6-2015 12:48 PM
Tiap2 bulan kan duit tetap masuk uncle AN..sebab tu sedap najib menarah..yang muda2 ni la menanggung orang2 tua yang nak pencen sekarang..sebab tu gigih suruh tambah anak supaya takde krisis masa akan datang..mcm jepun dah nampak impak..org tua lagi ramai dari org muda..so kerajaan depa dah highlight..jepun urus dengan telus..

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.103020 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top