Oleh : Dean BZ
Lima orang maut termasuk seorang bayi berumur sepuluh hari selepas gempa bumi dengan magnitud 6.4, melanda Taiwan pada awal pagi ini, turut menyebabkan bangunan pangsapuri 17 tingkat runtuh. Pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan beratus-ratus lagi mangsa yang terperangkap selepas gempa bumi melanda selatan bandar Tainan pada kira-kira 4 pagi itu, menurut agensi berita negeri Taiwan. Lima gegaran susulan 3.8 pada skala Richter menggegarkan Tainan kira-kira setengah jam selepas gempa bumi awal, demikian menurut Biro Cuaca Taiwan. Sekurang-kurangnya 150 orang telah dibawa ke hospital berikutan bencana itu, menurut CNN, manakala pekerja menyelamat mengatakan 221 telah dikeluarkan dari runtuhan. - CARI Infonet.
Sumber - dailymail |
ADVERTISEMENT