Artikel : TS LOO Video: Firdausz & TS LOO
Menurut laporan, berpuluh ribu orang memiliki gelaran palsu Datuk dan Datuk Seri dan gejala tersebut masih berleluasa dalam negara. Terdapat dua keadaan yang menjadi punca berhubung isu tersebut. Yang pertama, terdapat pihak tertentu atau sindiket yang menpergunakan nama kerabat diraja untuk mengurniakan darjah kebesaran kepada mana-mana pihak. Golongan tersebut bukan sahaja mengatakan mereka berketurunan kerabat diraja malah sewenang-wenangnya mengadakan majlis pengurniaan darjah kebesaran. Satu lagi keadaan adalah darjah kebesaran yang tidak diiktiraf oleh negara kita. Sebagai contoh, kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf darjah kebesaran datuk dari Mindanao. Di dalam negara, dikurniakan gelaran datuk atau datuk seri dan darjah kebesaran yang lain merupakan satu kebanggaan kerana ini bermakna seseorang itu diiktiraf berhubung jasanya terhadap masyarakat. Namun, keadaan lain pula bagi datuk palsu, ini kerana kebanyakan yang konon menerima pengurniaan itu, mereka langsung tiada sumbangan terhadap masyarakat dan ada pula hanya berumur lebih kurang 20 sahaja sudah menerima pengurniaan. Sehubungan itu, tinjauan telah diadakan oleh wartawan CARI Infonet di sekitar Kuala Lumpur. Jom saksikan!- CARI Infonet |
14
Bagus |
6
Marah |
13
Terkejut |
2
Sedih |
6
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
revolusi_30 replied at 15-1-2016 09:57 AM
Suruh persekutuan x yah iktiraf gelaran dato' dan datuk ne. Cukup sekadar gelaran utk majlis adat. ...
ADVERTISEMENT