View: 4464|Reply: 27
|
[Tempatan]
Gelaran Datuk Palsu Masih Berleluasa, Apa Masalahnya?
[Copy link]
|
|
Edited by CARI-LTS at 15-1-2016 09:29 AM
Artikel : TS LOO
Video: Firdausz & TS LOO
Menurut laporan, berpuluh ribu orang memiliki gelaran palsu Datuk dan Datuk Seri dan gejala tersebut masih berleluasa dalam negara.
Terdapat dua keadaan yang menjadi punca berhubung isu tersebut.
Yang pertama, terdapat pihak tertentu atau sindiket yang menpergunakan nama kerabat diraja untuk mengurniakan darjah kebesaran kepada mana-mana pihak.
Golongan tersebut bukan sahaja mengatakan mereka berketurunan kerabat diraja malah sewenang-wenangnya mengadakan majlis pengurniaan darjah kebesaran.
Satu lagi keadaan adalah darjah kebesaran yang tidak diiktiraf oleh negara kita. Sebagai contoh, kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf darjah kebesaran datuk dari Mindanao.
Di dalam negara, dikurniakan gelaran datuk atau datuk seri dan darjah kebesaran yang lain merupakan satu kebanggaan kerana ini bermakna seseorang itu diiktiraf berhubung jasanya terhadap masyarakat.
Namun, keadaan lain pula bagi datuk palsu, ini kerana kebanyakan yang konon menerima pengurniaan itu, mereka langsung tiada sumbangan terhadap masyarakat dan ada pula hanya berumur lebih kurang 20 sahaja sudah menerima pengurniaan.
Sehubungan itu, tinjauan telah diadakan oleh wartawan CARI Infonet di sekitar Kuala Lumpur. Jom saksikan!- CARI Infonet
|
|
|
|
|
|
|
|
setiap thun, 200 datuk/dato/tansri.... dilahirkan x 13negeri...paham2 la |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau d kl, amik batu campak mesti kena kepala datuk sorang, dah mcm yindon ramainya |
|
|
|
|
|
|
|
Suruh persekutuan x yah iktiraf gelaran dato' dan datuk ne. Cukup sekadar gelaran utk majlis adat. Bkn sebagai pangkat utk tunjuk kuasa. Kalau mansuhkan terus lagi bagus la |
|
|
|
|
|
|
|
Datuk palsu ni lah juga bukan sahaja membawa masalah rasuah malah mencemarkan imej sultan-sultan Melayu yang sah....
Mansuh kan saja.... gelaran datuk, tan sri, datuk seri.... |
|
|
|
|
|
|
|
dah tua nanti ada cucu dpt la datuk tu, sbb dlm kubur bukan sebut pun kau datuk ke, kau mafia ke? |
|
|
|
|
|
|
|
pangkat dato zaman sekarang ni pun takde kuasa la..orang politik yg berkuasa
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau pangkat datuk tu palsu, mana yg betulnya? bagi la yg betul LOL
ayat ni mmg jilaka ....LOL |
|
|
|
|
|
|
|
Org msia mmg gila title ... |
|
|
|
|
|
|
|
Gelaran dato' d beri sbb ada banyak jasa je kan?
tp dorg ade dpt apa2 elaun x ekk?? |
|
|
|
|
|
|
|
kita senang tak puas hati, pasal ramai kita bukan Datuk pun. Come on la. Nak fikir, kena terbuka.
Zaman tak berapa dulu, Datuk ni dipandang tinggi. Boleh jadi role model. Pasal jasa dia diiktiraf.
Tak yah la nak jadi unik dgn cerita ramai orang lagi berjasa takder Datuk pun and so on.
Tak perlu.
Tu memang kita semua sedia maklum. Kalau orang bejasa ikhlas, dia tak kisah. Jangan kita menggelupur pulak.
Yg jadi Datuk ni, rasional nya supaya orang boleh ambil pengajaran, atau lebih yakin pada dia, pasal jasanya
diiktiraf sultan. (Lagi sekali, bukan makna orang berjasa yg tak diiktiraf sultan, tak guna)
cuma bab lebih diyakini tu la, yg orang mau sangat tu.
Kalau nak bisnes ke, senang dapat lobang...psl orng percaya.
Tu yg smpai beli Datuk tu. Bila dah beli, ramai le jadinya.
Bila dah ramai..
Takder makna dah la Datuk tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya, gomen ade ke tak list siapa yg dapat darjah kebesaran ni? Ada database tak? Updated tak? Ke mmg ade tp saya tak tau?
Kalau ada and boleh akses kepada umum, senanglah nak tau siapa yg palsu siapa yg tak. |
|
|
|
|
|
|
|
Gelaran datuk ni masih kuat pengaruhnya sbb Msia kan menjunjung tinggi sistem feudal. Penjenayah yg mampu beli datuk pon disembah ratu jua. |
|
|
|
|
|
|
|
tak de apa pun yg special pda gelaran datuk tu. yg membezakan manusia ni cuma pada ketakwaan.
yg paling hina kau sanggup nk bayar utk dpt yg palsu tu. klu diketahui org ko kna umpat free2 je.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebab masyarakat memang hip hip hoorayyy dengan orang yang bergelat datk.Terbuntang biji mata kalau yg bertamu bergelar datuk ehh.. datuk paling glemer tahun ni,datuk red kot keh3 |
|
|
|
|
|
|
|
Datuk/Dato yg bermuka penjenayah pun ramai...apa nk kisah valid atau tak valid |
|
|
|
|
|
|
|
ada dua orang manusia famous yg aku kenal tolak pangkat dato' ni.. 1st YB Khairy Jamaluddin..ada interview dulu dia jawab dia tolak sebab dia rasa belum layak sbb tak byk jasa pada negara.. kedua..my ex bos.. ahmad jauhari yahaya ex CEO Mas..alasan dia, dia tak heran haha |
|
|
|
|
|
|
|
dekat US diorang panggil presiden 'sir' ajer.. kat britain pun David Beckham yg famous pun sampai sekarang belum dapat pangkat 'Sir'.. Malaysia mengalahkan India punya kasta.. India ada Pariah, Kesatriya atau Brahmin etc jer.. kita ada rakyat marhaen, bangsawan, kerabat, dato', dato seri, tan sri, tun segala mak nenek semua la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takde masalah apa2. Cuma tukang bagi pingat nak pakai duit |
|
|
|
|
|
|
| |
|